Bab 25

87 13 0
                                    

[Kalau auto play, pause dulu. Sambung play bila sampai ke lirik]

Aku terdengar suara nyanyian di luar gua membuatkan aku mengintainya. Ternyata Kaisara sedang duduk merenung langit yang dipenuhi bintang sambil menyanyikan lagu yang tak pernah aku dengari sebelum ini.

Melihatnya yang seakan baru sahaja menghabiskan nyanyiannya membuatkan aku mendekatinya.

"Di luar banyak makhluk liar. Kau tak patut ada di luar ni," ujarku mendekatinya.

"Milord... Ah! Saya cuma agak terkejut yang kita dapat melihat langit yang cerah tanpa awan di tengah neraka ais. Lihatlah, langit penuh dengan bintang tanpa ada awan yang menghalang. Dan itu... Sebelum ni saya cuma dapat lihat dari jauh, mereka memanggilnya aurora. Sekarang ia lebih dekat, ia buatkan saya kagum seolah saya dapat mencapainya," ujarnya dengan mata yang berkilau. Aku terus memandangnya dengan lebih tenang dan memandang langit.

"Lagu tadi tu... Ia biasa dinyanyikan orang di luar sana?" Soalku ingin tahu.

"Oh tak. Ia lagu yang sering ibu saya nyanyikan untuk dodoikan kami," ujarnya lalu memandang ke tanah.

"'Kami?' Kau ada saudara?" Soalku semula.

"Ya... 7 orang semuanya. Haih... Saya anak yang kelima dan perempuan yang ketiga. Mujur kakak kedua saya sempat untuk berkahwin sebelum dijadikan korban. Walaupun akhirnya saya yang perlu menjadi penggantinya tapi saya lega mereka yang lain selamat," ujarnya membuatkan aku terdiam. Masih memikirkan keselamatan saudaranya walaupun dia sendiri menjadi korban, ia bukan sesuatu yang mampu difikirkan oleh orang lain. Aku tak tahu samada itu pemikiran yang naif atau hanya perasaannya yang kacau.

"Lagu tadi," ucapku menarik perhatiannya membuatkannya memandangku semula.

"Boleh nyanyikannya sekali lagi," pintaku membuatkannya memandangku lama seolah tidak percaya. Wajahnya terus bertukar ceria dengan senyuman lebar dan mengangguk menerima permintaanku. Dia kemudiannya mula menutup matanya dan mendongak memandang langit. Nafasnya tenang dan dia mula bernyanyi semula dengan suara lembut dan merdu yang tak pernah aku dengari sebelum ini.

....

Loo-li, loo-li, loo-li, lai-lay
Loo-li, loo-li, loo-li lai-lay

Lay down your head and I'll sing you a lullaby
Back to the years of loo-li lai-lay
And I'll sing you to sleep and I'll sing you tomorrow
Bless you with love for the road that you go

May you sail far to the far fields of fortune
With diamonds and pearls at your head and your feet
And may you need never to banish misfortune
May you find kindness in all that you meet

May there always be angels to watch over you
To guide you each step of the way
To guard you and keep you safe from all harm
Loo-li, loo-li, lai-lay

May you bring love and may you bring happiness
Be loved in return to the end of your days
Now fall off to sleep, I'm not meaning to keep you
I'll just sit for a while and sing loo-li, lai-lay

May there always be angels to watch over you
To guide you each step of the way
To guard you and keep you safe from all harm
Loo-li, loo-li, lai-lay, loo-li, loo-li, lai-lay

Loo-li, loo-li, loo-li, lai-lay
Loo-li, loo-li, loo-li lai-lay
Loo-li, loo-li, loo-li lai-lay
Loo-li, loo-li, loo-li lai-lay
Loo-li, lai-lay


-Secret Garden : Sleep song-

...

"Fuh... Macam mana? Suara saya tidak begitu teruk kan?" Soalnya sambil memandangku. Aku hanya senyap mendengarinya lalu memandang langit.

"May there always be angels to watch over you. Kata-kata yang indah dari seorang ibu. Aku dapat rasakan harapannya tapi kini kau-" Balasku dan memandang ke arahnya yang kelihatan suci dan tidak sekelumit pun rasa terancamku kepadanya. Dia sememangnya seolah seseorang yang dilindungi oleh angel yang diharapkan penjaganya. Untuk dia yang jelas berbeza dari kami tinggal bersama kami, ia seolah mustahil.

Angel dan demon adalah musuh ketat, bagaimana untuknya terus berada di sini di mana kami sangat bertentangan. Ia ternyata mustahil. Aku tak mahu merosakkan kesucian yang ada padanya. Dia kelihatan seolah boleh rapuh bila-bila saja.

"Ada apa-apa yang tak kena dengan saya? Awak tak suka dengan suara saya?" Soalnya kelihatan resah apabila aku memandangnya lama. Aku memandangnya tenang dan mula terfikir tentang masa depannya. Dunia ini kelam untuk seseorang sepertinya.

"Tinggal di sini selama yang kau nak. Aku tak jaminkan kebahagiaan untuk kau. Kau boleh pergi bila-bila saja. Kau tak mahu dilindungi oleh demon bukan? Menyanyi atau menari, buat apa saja yang kau mahu," ujarku dan meninggalkannya. Frist menunduk dan memberikanku tundukan hormat apabila aku melalui mulut gua. Dia seolah sentiasa di situ untuk menjaga Kaisara tanpa aku mengarahkannya.

Malam itu malam yang sangat jarang untuk berlaku, tidak ada ribut besar yang datang. Yang menemani kami pada malam itu hanyalah angin tenang dan tiada langsung petanda terdapat sebarang makhluk bahaya yang akan mendekati. Aku mengambil peluang itu untuk menyelongkar bilik yang digunakan oleh demon lord sebelumnya.

Tempat utama di mana demon lord dan hero dahulu pernah beradu kekuatan dan kedua-dua mereka mati di sini. Aku pasti semakin dalam aku di dalam istana yang hancur ini semakin banyak tulang-tulang milik pengikut kedua-dua pihak yang memiliki kekuatan yang luar biasa. Ia membuatkan aku memiliki peluang yang besar untuk menggunakan kekuatan mereka untuk memburu Elvind.

Tiba di satu kawasan yang dipenuhi runtuhan batu, aku mula dapat mengesan terdapat kesan roh yang mempunyai dendam yang kuat pada seseorang. Aku mula membangkitkan mereka dan bermacam-macam bentuk makhluk yang wujud yang aku tidak pernah lihat. Mungkin pengikut demon lord memandang daripada bentuk mereka yang lain daripada sebarang makhluk yang biasa aku lihat. Mereka semua mengaum kuat sebaik sahaja dibangkitkan sehingga membuatkan gua itu bergegar.

"Tenang. Aku tuan kau semua sekarang," kataku dan mereka seolah tidak mahu bekerjasama malah cuba menyerangku namun aku menyerang balas mereka tanpa henti sehingga akhirnya mereka berputus asa apabila melihatku yang sama dengan mereka; tidak tumbang walaupun tercedera.

Mereka berhenti menyerangku lalu melutut hormat menerimaku sebagai tuan mereka. Aku hanya mengambil mereka yang sanggup berlawan untukku. Melihat Luk yang kelihatan kuat malah dia tidak perlu menurut serta dalam perlawanan tadi membuktikan bahawa tiada yang disiakan jika menjadi pengikutku. Malah ada antara mereka sanggup menjadikan diri mereka korban untuk menjadi medium kepada raja mereka yang sebelumnya iaitu demon lord yang sebenar.

Salah seekor dari mereka membawaku masuk lebih jauh ke dalam sehingga tiba di satu tempat di mana satu rangka dengan tengkorak yang bertanduk duduk di atas takhtanya dalam keadaan gah seolah dia kekal kelihatan kuat walaupun sewaktu kematiannya. Menurut pengikutnya, sebaik sahaja raja demon Lord merasakan kematiannya menghampiri, dia segera meruntuhkan tempat ini agar tiada sesiapa yang mencuri atau mencemari tubuh dan barangan pengikutnya serta dirinya.

Dia takkan mahu tubuhnya mahupun pengikutnya menjadi pingat kemenangan buat penceroboh. Dia menjaga pengikut serta rakyatnya dengan baik. Satu-satunya kesalahan untuknya adalah hanya kerana dia kelihatan berbeza berbanding manusia membuatkan manusia menganggapnya sebagai ancaman. Aku rasa seolah cukup memahaminya memandangkan kini aku juga cukup membencikan manusia.

Dengan arahanku pengikutnya yang berbentuk rangka mula memburu untuk mencari medium yang kuat demi raja terdahulu mereka. Kesetiaan mereka bukan padaku tapi mengetahui bahawa aku mempunyai kuasa yang sama seperti raja mereka membuatkan mereka menganggapku setaraf dengan raja mereka. Ia sangat menakjubkan melihat pengikutnya yang masih ingin berkhidmat deminya walaupun sudah terlepas daripada tugasnya.

Bersambung...

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

DeadassWhere stories live. Discover now