Bab 16

80 11 0
                                    

Aku disuapkan oleh Yui memandangkan aku tak mempunyai tangan atau jari untuk menggunakan sudu. Namun keningnya sentiasa mengerut memandangku membuatkan aku tahu dia sedang marah. Aku terus memerhatikannya sehingga aku selesai makan namun Yui hanya terus berdiam.

"Kalau kau terus berdiam macam tu... Budak tu takkan tahu apa salah dia," ujar Frengis mendekati dan menegur Yui.

"Kau terus keluar ha Is? Badan kau dah betul-betul baik ke? Uhuk! Uhuk!" Ujar Frengis dan tiba-tiba dia batuk dengan teruk membuatkan aku resah.

"Saya okey tapi Frengis... Okey ke?" Soalku resah melihatnya yang kelihatan kurang sihat.

"Ehem... Kalau kau risaukan aku... Lepas ni jangan tiba-tiba menghilang macam tu saja. Aku dah tua, aku dah tak larat nak bina benteng lagi. Benteng yang ada pun tidak sekuat dulu. Kau pun dapat rasa kan?" Balas Frengis terus terang. Yui mengeluh berat lalu menyediakan minuman herba panas untuk Frengis.

"Haih... Walaupun dia dah beritahu sebabnya aku masih tak dapat terima. Dia masih anggap kita akan membelot dia walaupun kita dah menjaga dia sejak dia menapak di sini lagi. Aku tak sangka dia fikir begitu," kata Yui meluahkan perasaannya. Aku menunduk kesal. Aku mula faham perbuatanku sememangnya salah besar.

"Saya minta maaf... Saya tahu apa yang saya ucapkan masih tak cukup untuk buatkan semua maafkan saya tapi... Saya sanggup buat apa saja untuk buktikan kekesalan saya. Saya minta maaf tak percayakan semua," ujarku terus tertunduk kesal.

"Haih... Kami sememangnya bukan seperti orang istana Is. Kami pernah merasai pembelotan juga jadi tak mungkin kami akan membelot kau," balas Yui tegas. Aku hanya berdiam. Kata-kataku tak lagi berguna. Amarahnya kepadaku sememangnya wajar.

"Hok! Hok! Hok! Ehem... Aku rasa usia aku dah memakan tubuh aku," kata Frengis batuk secara tiba-tiba lagi membuatkan aku resah dan mula teringat pada Marie. Aku terus menutup mataku dan dengan sedikit sisa mana yang ada aku salurkan pada Frengis.

"Hentikannya! Is!" Yui menjerit sambil menepuk meja membuatkan aku tersentak kerana terkejut.

"Kau masih belum sembuh sepenuhnya. Berhenti membebankan tubuh kau. Kau mahu risaukan aku lagi?" Soal Yui sambil menjerit kemarahan.

"Yui... Sudah. Budak ni tak tahu apa-apa. Dia cuma nak bantu aku. Is, kau tak perlu gunakan magik kau. Cukup dengan herba ni buatkan aku jadi lagi baik," kata Frengis cuba menghentikan Yui yang sedang marah. Aku menunduk merasakan aku dah buat sesuatu yang lebih teruk.

"S-saya cuma salurkan mana saya sedikit supaya Frengis jadi lebih baik. Ia tak membebankan saya," balasku cuba untuk menenangkan Yui.

"Heh? Kau nak aku percaya? Kau sendiri tak sedar dan tak dapat rasa seteruk mana keadaan kau tempoh hari dan sekarang. Sampai sekarang... Kau lihat diri kau tu seolah ia langsung tak menganggu kau Is. Kau masih boleh tersenyum walaupun tubuh kau dalam keadaan kritikal?! Masih tenang walaupun keadaan tubuh kau macam tu bukan reaksi biasa seorang kanak-kanak usia kau! Kau tak sedar?! Kau nak tahu reaksi sebenar seorang kanak-kanak macam mana?! Biasanya mereka akan menangis kesakitan dan panggil penjaga mereka! Tapi kau tak! Kau tak pernah sedar... hanya kami yang merisaukan kau tapi kau tak pernah risau tentang diri kau sendiri. Sesiapa pun takkan anggap kau normal dalam keadaan macam ni," jerit Yui membuatkan aku membutangkan mata.

"Yui! Kau dah melampau," ujar Frengis cuba menghentikan Yui lalu  turut menepuk meja dengan kuat.

"Apa jadi?" Luk tiba-tiba masuk ke dalam selepas mendengar kekecohan yang berada di sini. Aku hanya terdiam dan tak membalas atau menerangkan apa-apa. Aku risau keadaan akan jadi lebih teruk jika aku bersuara lagi.

"Yui... Mungkin kau penat. Aku rasa baik kau berehat," arah Luk tenang mula faham dengan apa yang sedang jadi. Yui mengetap giginya lalu terus keluar pergi.

DeadassWhere stories live. Discover now