Bab 31

43 5 0
                                    

Di sudut dunia yang lain, ada yang dapat menjalani kehidupan yang aku selalu impikan. Mungkin juga di dalam kerajaan yang dikawal sepenuhnya oleh Elvind. Aku takkan pernah tahu tapi adakah aku sanggup memusnahkan semuanya demi kepentingan aku sendiri? Demi memusnahkan apa yang Elvind bina dengan atas dasar 'keadilan' namun sejauh mana 'keadilan' ini dapat mengadili perbuatan aku?

Aku cuma mahu musnahkan Elvind tapi ia kelihatan mustahil untuk mereka yang menyebelahinya. Kadang kala aku mula mempersoalkan pilihanku di mana aku risau jika aku sama seperti Elvind. Namun sebesar manapun kekesalan aku, ia takkan dapat mengubah apa yang telah berlaku mahupun membalikkan waktu.

"Tuan Deadass... Hamba mempunyai berita yang ingin disampaikan," ujar Yui sambil menunduk hormat. Di belakangnya Frist mengekori dengan wajah resah.

"Panggil aku Is macam selalu Yui. Tak perlu melayan aku seolah raja," balasku dingin.

"Tidak mungkin tuan Deadass. Sebagai pengikut ada peraturan yang kami harus turuti. Dengan panggilan itu saja yang menguatkan dan membuatkan kami masih dapat berfungsi," Ujar Yui membantah. Ini bukan kali pertama aku pinta darinya untuk melayanku seperti dulu. Namun nampaknya masih ada peraturan yang aku dan mereka perlu turuti. Mungkin disebabkan itu juga, Izreth sanggup menjatuhkan takhtanya.

"... Jadi apa yang kau nak katakan?" Soalku terus kepada topik yang ingin dia ceritakan.

"Ia... Tentang manusia tu tuan Deadass," ujar Frist kelihatan masih resah. Aku memandang ke arahnya. Nampaknya dia sudah jauh terjalin dengan Kaisara sehingga dia tidak dapat mengetepikannya.

"Dia bukan kumpulan kita, kenapa kau risau?" Soalku sambil menyilangkan tanganku.

"Tapi... Bagaimanapun mereka tidak mengancam kita. Mereka ingin bekerjasama. Mereka bukan pesalah tuan Deadass," ujarnya lagi.

"Mengambil dia ke dalam kumpulan aku bukan keputusan aku Frist. Aku tak mahu ada kena mengena dengan manusia lagi tapi kalian yang membawanya datang," balasku dan berpaling darinya.

"Itu-" Frist tidak lagi dapat bersuara memandangkan aku menolaknya mentah-mentah.

"Haha... Tuanku masih mempunyai hati yang lembut dengan membiarkan perempuan tu bersama kita. Patik tertanya-tanya apa yang istimewanya dengan manusia tu rupanya dia cuma di sini kerana mereka ni?" Ujar Izreth secara tiba-tiba sambil melihat Frist.

"Apa yang kau nak Izreth?" Soalku ingin tahu.

"Hmm... Aduan yang mungkin sama dengan pengikut tuan Deadass yang ni. Manusia yang dilepaskan dari hukuman mati mula memberontak untuk makanan," ujar Izreth.

"Ouh... Begitu. Jadi sebab tu kau resah Frist?" Soalku semula dan Frist menunduk.

"Selama ni Owen dan Otto menguruskan makanan untuk mereka?" Soalku memandang Frist.

"Ya... Tuan Deadass," ujar Frist.

"Mereka tak ramai. Apa yang menjadi masalah?" Soalku.

"Makhluk liar mula keluar dari kawasan membuatkan sumber makanan semakin berkurang. Otto dan Owen terpaksa merentas sempadan untuk mencari buruan tapi ia mengambil masa yang lama. Manusia tak dapat bertahan untuk terus menunggu sehingga mereka pulang," terang Frist resah.

"Mereka manusia, di mana-mana pun mereka dapat mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Hmm... Lagipun buat apa kita berikan mereka makanan percuma? Mereka tak berbuat apa-apa yang menguntungkan kita pun di sini," ujar Izreth membuatkan aku mendagu. Selama ini aku hanya membiarkan Frist dan lain-lain menguruskan Kaisara memandangkan pengikut 'undead'ku kelihatan lebih kemanusiaan semenjak Kaisara wujud dalam kumpulan tapi dengan penambahan manusia yang lain ia cuma akan menyulitkan keadaan aku.

DeadassWhere stories live. Discover now