Bab 7

78 11 0
                                    

Aku berlatih di bawahnya dan ternyata ia bukan perkara mudah seperti magik elemen. Ia memerlukan konsentrasi yang kuat dan tenaga yang banyak. Tenaga luar elemen menggunakan tenaga stamina dan kekuatan mental serta kekuatan tubuh untuh mengawal mana yang wujud di luar tubuh. Ia menggunakan seluruh tenaga badan manakala magik elemen hanya menggunakan tenaga mana dari kolam mana di dalam tubuh dan tenaga mental. Ia sememangnya lebih memenatkan dan lebih susah berbanding magik elemen.

"Teruskan fokus! Jangan fikir perkara lain selain bina benteng! Nyawa kami semua bergantung pada kau!" Arah Frengis tegas sambil menyilangkan tangan. Ia membuatkan aku terus lebih fokus membina perisai perlindungan di luar kediaman kami.

"Oi Frengis... Dah tiga hari kau latih dia teruk macam ni. Dia kan kecik lagi. Tak terlalu kasar ke?" Soal Yui mula resah.

"...Dan aku semakin tua. Aku perlu ajar semua pengetahuan yang aku ada sebelum aku mati. Kau semua juga susah nanti kalau tak ada yang boleh menggantikan aku," balas Frengis

"Berhenti cakap macam tu... Kau masih kuat lagi Frengis. Lagipun... Budak tu masih belum sembuh sepenuhnya dari luka dia," kata Yui membuatkan fokusku mulai hilang apabila mendengar pertengkaran mereka lalu magik perlindungan yang aku bina tadi kembali hancur membuatkan aku terduduk sambil mencungap laju.

"Apa kau buat! Aku suruh kau fokus! Kau hampir siapkannya tadi!" Jerit Frengis tegas.

"Ma-maaf..." Balasku sambil mengelap peluh. Yui menghampiriku dan membantuku bangun.

"Cukup untuk harini Frengis. Budak ni kena berehat. Dia mungkin pergi lebih awal dari kau kalau kau latih dia berlebihan macam ni," ujar Yui tenang namun kedengaran tegas. Dia memegang bahuku seolah membawaku untuk mengekorinya masuk ke dalam rumah. Frengis hanya mendengus namun tidak langsung membalas kata-kata Yui.

Tak lama kemudian, Luk juga kembali dengan kecederaan ringan namun pemburuan mereka berjaya. Mereka turut dapat mengutip daun teh pudina yang sukar untuk ditemui dan harus diperoleh melalui menggali. Tubuh mereka penuh dengan tanah serta salji yang mulai mencair dan membasahi pakaian mereka.

"Oi Is... Kau tengok ni... Arnab ni susah nak dapat tau. Dah la laju licik pula tu. Dah tangkap agresif, nasib yang ni bergerak sendiri kalau dia duduk dalam kumpulan memang kami terpaksa berundur," kata Jazeel yang bertubuh kecil tidak seperti mereka yang lain bertubuh sasa. Kepantasannya membuatkan dia dapat turut serta dalam misi memburu.

"Tu bukan arnab biasa... Kau fikir kalau bukan sebab kita dah biasa hadap kematian, kita boleh tangkap ke benda ni? Tapi berbaloi ke? Bukannya cukup untuk semua pun," balas pula seorang lagi yang dikenali sebagai Kola.

"Eh... Hmm... betul juga tu... Aku cuma tangkap sebab dia laju so aku nak cabar diri," ujar Jazeel sambil menggaru kepala.

"Tak apa... Jazeel boleh rasa hasilnya sendiri lagipun saya tak pernah makan arnab," balasku menolak memandangkan ia daging yang sedikit.

"Haha... Tak apa. Lepas ni kami cuba pasang perangkap untuk kumpulan Snow Hare, mereka selalunya berkumpulan tapi selalunya waktu musim mengawan jantan muda dalam kumpulan akan cuba mengawan dengan betina dari kumpulan lain. Memandangkan ia ada di sini maknanya ada kumpulan mereka yang tak jauh dari sini," terang Kola.

"Hmm... Ya betul tu. Haiwan ni kami boleh tangkap lagi tapi kali ni aku nak bagi kau. Anggap je aku penuhi hasrat Grez dan tanda terima kasih aku sebab wujudkan kehangatan kat rumah ni," balas Jazeel. Aku memandangnya lama dan tersenyum nipis. Aku kemudiannya mengambil arnab itu dari tangannya.

"Kalau begitu, saya terima," balasku membuatkan mereka tersengih lebar. Malam itu seolah pesta di luar. Kawasan perumahan terasa hangat dan tiada ribut seperti selalu membuatkan kami dapat mewujudkan unggun api dan makan beramai-ramai. Malam itu penuh ceria seolah kematian rakan-rakan mereka sebelum ini langsung tak menganggu mereka.

.
.
S
K
I
P
.
.

"Perghh!! Terbaiklah Is! Kau berjaya!!" Sorak Jazeel dan yang lain melihatku yang akhirnya berjaya mewujudkan magik pertahanan seperti yang diajarkan Frengis.

"Hmm... Ia tak sekukuh magik aku tapi... Ia lebih baik dari yang aku jangkakan," komen Frangis membuatkan aku rasa berpuas hati dapat mendengar pujiannya.

"Wiiii!!! Kau dengar tu Is! Frengis yang suka merungut tu puji kau! Kau memang terbaik!" Kata Jazeel sambil mengosok kepalaku dan memeluk leherku. Aku mula mengukir senyuman apabila merasakan mereka mula menerimaku sebagai sebahagian dari mereka.

Sementara itu,

Luk melihat Is dari jauh sambil menyilangkan tangannya dan Yui menghampirinya sambil mengeluh berat.

"Kau yakin kau nak gunakan budak tu untuk wujudkan organisasi baru?" Soal Yui.

"Frengis kata dia terbukti ada tubuh 'Hyperalem'. Dia mungkin ada juga cara untuk hapuskan sumpahan ni dan bawa kita keluar dari sini. Aku tak nak lepaskan peluang untuk balas dendam pada Elvind macam apa yang dia buat pada mendiang tuanku Altera. Dia tak layak jadi seorang raja. Pengkhianat sebenar," balas Luk tenang.

"Tapi... Yang dia nak hadapi keluarga dia sendiri. Kau yakin dia mampu buat? Dia tu... Mungkin tak setuju untuk jatuhkan Elvind," kata Yui mula memaparkan wajah resah. Luk terdiam lama sambil terus memandang Is yang masih disorak.

"Dia dicampak ke sini. Kalau dia tak terima biar aku ingatkan dia apa berlaku kalau aku tak ambil dia sertai kita," balas Luk mula berlalu pergi.

"Dendam cuma akan membinasakan Luk," kata Yui menasihati.

"Tak perlu berpura-pura. Aku tahu kau pun masih berdendam dengan perempuan tu. Aku nampak riak kau bila budak tu sebut dia anak  perempuan tu. Kalau bukan sebab parut dia sebelum ni... Aku rasa kau pun dah merancang untuk bunuh dia," balas Luk membuatkan Yui terdiam. Tiada jawapan dari bibir Yui seolah apa yang dikatakan Luk adalah benar membuatkan Luk hanya terus berlalu meninggalkannya.

.
.
.
.

Hari berlalu seperti biasa dan aku mula mempelajari asas elemen lain daripada banduan lain. Ia agak menganggumkan memandangkan mereka semua juga bekas pengguna elemen membuatkan aku seolah dikurniakan guru yang ramai.

Bukan itu saja, selain magik mereka juga mengajarku seni bertarung. Ia bukan hanya untuk mempertahankan diri tapi ia juga untuk membunuh membuatkan aku berpotensi untuk mengekori mereka berburu kalau aku dapat memahirkannya. Yui juga mengajarku cara membezakan herba dan racun. Ada kala terdapat tumbuhan yang hampir serupa namun kesannya berlainan. Yui melatihku untuk imun kepada racun dengan memberiku racun dan penawarnya setiap hari.

Ia agak membahayakan tapi aku tak boleh jangkakan hidup di sini mudah memandangkan ia merupakan medan perang bagi manusia dan makhluk demon. Aku malah rasa lega memandangkan mereka menganggapku sebagai ahli mereka dan mengajarku semua yang mereka tahu. Apa yang mereka ajarkan tak kan dapat aku belajar mahu mengharapkan sewaktu di dalam istana dulu.

Bersambung...

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

DeadassWhere stories live. Discover now