Tak perlu. Dia manusia pertama yang akan kejutkan semua orang untuk bersahur kerana pukul tiga pagi lagi dia sudah bangun untuk mengulangkaji.

" Helena mana? "

Hifzan tepuk dahi sendiri. Banyak sangat adiknya sehingga terlupa pula ada lagi satu adik perempuan.

Dia terpaksa naik kembali ke tingkat dua.

'Lena comel lagikan cantik'

Penanda pintu itu dia baca sebelum mengetuknya.

" Princess, bangun sahur! " Hifzan berkata diselangi beberapa ketukan pintu.

Sepi.

" Princess! "

Sepi buat kali kedua. Berkerut kening Hifzan. Selalunya kalau panggil sekali dah buka pintu dah.

" Princess, you tidur lagi ke? " Laung Hifzan kuat dengan nada suara naik seoktaf. Risau.

" Princess! " Pintu bilik dia rempuh kuat dengan sisi tubuh tegapnya sehingga terbuka.

Mata dilarikan ke seluruh pelosok bilik bagi mencari sosok adiknya.

Sekujur tubuh yang terbaring di lantai menjadi tangkapan anak mata. Terbeliak matanya.

" Princess! "

" Ab-abang Hifzan... Sakit... "

Tubuh Helena yang meringkuk itu cuba dia tenangkan. Nampak seperti menahan sakit di bahagian pinggang.

" Tell me princess what's happening?! " Cemas suara garau Hifzan kedengaran. Tubuh Helena yang makin meringkuk itu dia cuba untuk dukung namun Helena menggeleng kepalanya bersama tangisan kecil.

" A-abang... "

Tiba-tiba Hifzan rasa sebak. Mendengar panggilan adik perempuannya, dia dekatkan telinga ke mulut Helena.

" Se-senggugut! " Ujar Helena.

" WHAT?! Oh my god. " Tanpa berlengah Hifzan berlari ke bilik air mencari kain tuala.

Air panas dibuka sebelum tuala itu dibasahkan. Hifzan kembali ke arah Helena dan menyerahkan tuala itu untuk dituam ke bahagian yang sakit.

" Th-Thanks.. " Ucap Helena.

Hifzan sudah arif tentang semua ini. Dia belajar tentang perkara ini sejak Helena berusia tujuh tahun. Dia takut terjadi apa-apa pada adiknya. Maklumlah, dia kan adik perempuan. Hifzan juga perlu tahu serba sedikit terutama sekiranya mengalami situasi seperti ini.

" Hot water b-bag. Dalam laci. " Kata Helena. Dia tak berapa selesa guna kain tuala.

Hifzan berlari ke arah almari kecil yang terdapat di hujung sudut bilik. Satu persatu laci dibuka sehinggalah apa yang dicari dijumpa.

Dia isi beg itu dengan air panas dan diberi pada Helena.

Hifzan diam sahaja melihat Helena yang sekejap meringkuk, sekejap bergolek. Tak mampu nak buat apa, hanya kata-kata positif saja yang keluar dari bibir.

Kalau beginilah sakitnya perempuan senggugut, macam mana kalau sakit melahirkan pula? Nak menangis Hifzan membayangkannya. Ngeri! Melihat Helena yang menangis macam nak meraung kerana senggugut pun buat dia rasa yang dia abang tak guna sebab tak mampu memahami keperitan yang dialami darah dagingnya sendiri.

Memanglah tak boleh. Dia lelaki.

" Princess... You baring atas katillah. Sakit tu. " Pujuk Hifzan. Takut pula dia tengok Helena yang buat pelbagai aksi. Meringkuk, menonggeng, sepak oksigen, semua ada.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now