" Taklah. Papa saya takkan cari saya. Dia tahu saya kat sini. "

" Aku rasa papa kau mesti sejenis sempoi kan. Sejenis yang okay je asalkan kau tak melebihi batas. " sengih Junkyu. Woojin terdiam sebelum fikirannya menerawang.

" Pa, Woojin nak keluar. "

" Okay, elok-elok. "

Dan Woojin pulang ketika jam sudah melepasi angka 12 tengah malam. Sedikit pun Junkyu tidak marah, bahkan tiada kata makian dilemparkan. Junkyu cuma bertanya kemana dia pergi, tanpa pertanyaan lanjut.

" Pa, Woojin nak duit lebih sikit boleh? "

" Ada atas almari bilik papa. Ambil lah berapa banyak Woojin nak. "

Ya, Woojin terpaksa kerana pembulinya meminta dia membawa duit lebih sebagai wang perlindungan. Papanya tanpa banyak soal, selalu memberi.

Dan baru kali ini, Woojin yakin dan pasti betapa sayangnya papa pada dirinya. Betapa kasihnya seorang ayah pada anak tunggalnya.

" Haah papa saya baik. Saya sayang sangat papa saya. " balas Wpojin, sebaik sahaja lamunannya mati. Junkyu disisi hanya tersenyum manis.

" Mama kau mana? "

" Mama? "

" Haah, mama kau. Mesti dia cantik kan. Sebab kau pun handsome juga. " usik Junkyu. Woojin menghela nafas lantas mengangguk.

" Mama? Dia cantik sangat. Walaupun dia dah berumur sekarang, dia masih mama saya yang paling cantik. "

" Mama kau kerja apa, dik? Sama dengan papa kau ke? Family polis? "

Woojin geleng halus. Mama seharusnya mempunyai pekerjaan yang lebih baik, namun apakan daya. Sesuatu perkara yang menjerat mama, dan Woojin pasti ianya angkara Watanabe Haruto.

" Mama saya tak kerja, bang. Mama saya... "

Wooojin memandang Junkyu.

" Mama saya banduan. "

Tersentak, mata Junkyu membulat. Memandang Woojin yang masih mampu tersenyum tanpa menitiskan sebarang air mata.

" Kejap... Papa kau polis, tapi..mak kau banduan? "

" Haah. " bangga Woojin menuturkan, mendiamkan Junkyu yang sedikit terkejut.

Dulu mungkin Woojin malu kerana dirinya dihina kerana status mamanya. Namun kini, insan yang mendengar ceritanya ialah papanya sendiri. Junkyu, papanya, insan yang sudi mendengar kisah hidupnya.

" Mama saya lahirkan saya dalam penjara. Lepas tu sampailah saya besar, papa lah yang jaga saya. Saya rajin juga melawat mama saya kat penjara. Kadang-kadang untuk saya mengadu sebab papa banyak juga marah saya. " gelak Woojin. Ah kenangan kembali mengusik mindanya.

Teringat semasa dia berumur 10 tahun, Junkyu memarahinya kerana memecahkan pasu bunga di rumah jiran akibat bola yang disepaknya. Kerana itulah dia merajuk dan bersendiri mengambil bas ke penjara.

Terus dia menangis didepan mama, dan mama lah insan yang bertindak memujuknya dengan baik.

Sehinggalah Junkyu tiba dan mengambilnya.

Nakalnya dia dahulu, semua kerana dia merindukan mamanya. Dia sungguh berharap mama boleh bebas dan menemuinya seperti normal.

Perkara yang dulu dia tafsirkan sebagai angan-angan kecil, sebelum dia kembali ke masa lampau.

Dan menerima kasih sayang Angeline.

" Abang bangga dengan kau, dik. Tak ramai tau terima mak ayah dia banduan, tapi fikiran kau positif. Kau bahagiakan mak ayah kau tau, Woojin. Macam abang ni anak yatim. Nak minta kasih sayang kat siapa pun tak tahu. Jadi kau appreciate lah mak ayah kau okay. "

" Baik, bang. Terima kasih sebab nasihat saya, tuan polis! " seloroh Woojin, sebelum keduanya tergelak.

" Aish kau ni, dik. Doakan lah one day abang dapat anak yang macam kau. Mesti gembira hidup abang nanti. "

————————-

Jam sudah mencecah 3 pagi, dan Woojin bangun daripada katilnya. Junkyu yang ketiduran disofa hanya dikerlimg sekilas.

Mesti papa penat.

Woojin ingin mengambil angin malam sebelum dia keluar esok.

Dia tak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan dalam perjalanannya akan datang. Kerana sesungguhnya hati ini sudah menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan.

Angin malam yang menghembus menenangkan hati si remaja. Dia melabuhkan punggungnya, sebelum dia menyedari seseorang memerhatikannya. Lantas, tempat duduk disebelahnya diduduki seseorang.

" Kau? Kenapa kat sini? " dingin nada Woojin, seperti tidak meraikan kehadiran insan ini.

" Aik? Kau dah benci aku? "

" Taklah. Cuma sekarang 3 pagi dah. Kenapa kau kat sini? "

" Aku pun sama macam kau. Apa salahnya kita bekerjasama? "

Woojin menggulingkan matanya keatas. Sebelum wajah si gadis dipandang.

" Atsuko, apa motif kau? Kalau kau tanya aku, motif aku ialah halang bapak kau daripada masukkan mama aku kedalam penjara. Motif kau? "

Atsuko tersenyum sinis. Lantas dia memandang mata Woojin dengan tajam.

" Aku nak selamatkan mama aku. Aku nak dia jauhkan diri daripada Haruto, so hidup dia takkan sengsara. "

Woojin berkerut. Atsuko ni gila ke?

" Aih kau ni fikir jauh ke tak? Kalau mama kau jauhkan diri daripada Haruto, kau takkan lahir. "

" Memang. Aku memang tak nak dilahirkan. "

" Kau memang dah hilang akal lah, Atsuko. Aku tak nak lah layan kau. Aku— "

" Aku cuma nak selamatkan mama aku. Lantaklah kalau kau nak kata aku hilang akal sekali pun. "

" Mama kau? Perempuan gila mana yang sanggup serah diri kat Haruto tu? "

Woojin sungguh terdiam. Siapalah mama Atsuko ni? Perempuan simpanan Haruto yang mana?

Atsuko berdehem. Memandang Woojin yang seakan merendahkan mamanya.

" Perempuan gila yang kau cakap tu.... "

Atsuko menarik nafas kasar.

" Perempuan tu ialah Kim Hana. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now