" Shut up! " Hadif tutup muka dengan kedua telapak tangan. Rosak imej dia. Hifzan pula hanya sengih kecil. Entah, dia sendiri tak tahu nak gelak ke nak kasihan

" Kena reject? "

Kali ini tawa yang seterusnya datang dari suara seorang wanita.

Aunty Mariana.

- entah tatau -

Binaan besar di hadapannya dipandang dengan perasaan tidak percaya. Apakah?!


" Ini rumah family? "

" Yup, where everyone gather together. " Helena senyum riang.

Saleema buat muka tak percaya. Ini bukan rumah, ini istana! Nak aje dia luku kepala Helena. Mak, nak balik!

Mereka berdiri di hadapan pintu besar. Perlahan-lahan pintu itu terbuka dari dalam.

Seorang pembantu rumah yang berpakaian kemas menjemput mereka semua masuk. Barang-barangan mereka semuanya diangkut oleh pembantu yang tak terkira banyaknya. Untuk tempat sebesar ini? Mungkin berpuluh malah ratusan pembantu rumah keluarga ini punyai.

Tambah lagi dengan pengawal-pengawal yang menjaga setiap sudut. Sudah macam berada di rumah manusia terpenting di muka bumi pula.

Hifzan melihat Saleema seperti takut-takut pula nak berjalan.

" Yes, our family is a bit scary. But don't worry they're all nice. " Hifzan cuba menenangkan gadis itu. Senyuman dilakar manis sebaik mungkin.

Saleema hanya sengih saja. A bit scary? Sikit apanya? Kalau aura keluarga ini sudah terasa walau belum bersua muka.

Naik bulu roma.

Mereka berjalan diiringi beberapa pengawal dan dihantar ke bilik masing-masing. Malam nanti mereka akan ada acara penting.





Boleh tak dalam sehari ini dia dapat rehat yang secukupnya?

- Hey you.
- Pretty girl.
- Answer me, fecilita.
- Or else I'll ruin your day.

Oh tolonglah! Jangan ganggu dia ada hari ini aje. Hari ini ada majlis keluarga, dan dia mahu hari itu berlangsung dengan baik tanpa sebarang gangguan seperti sebelum ini.

Helena raup wajahnya. Kalau ikutkan, majlis keluarga sebelum ini selalu berakhir dengan pergaduhan mulut. Tak pernah suasana keluarga mereka tenang apabila berkumpul.

Semuanya berpunca daripada Uncle Rodrigo.

Tok! Tok!

Mendengar bunyi ketukan, Helena turun dari katil dan membawa langkah ke muka pintu.

Sebaik pintu dibuka, matanya tertancap pada susuk seorang lelaki yang berdiri tegak di depan biliknya.

Helena pandang wajah itu. Macam pernah lihat, tapi tak ingat pula. Tak akanlah dia ada kenalan di Itali kut.

" Ya, kenapa? " Tanya Helena. Majlis lambat lagi bermula, tak akanlah dah nak panggil kut?

Dia tengok lelaki senyap tidak bergerak. Tak faham Bahasa Melayu ke?

" Sì, cosa posso aiutarla, signore? ( Yes, what can I help you, sir? ) "

" Tak apa, saya faham Bahasa Melayu. " Lelaki itu menjawab. Tiada reaksi di wajahnya.

Helena sedikit terkejut. Hak elah, dah tu kenapa tak cakap aje tadi?

Lama lelaki itu pandang wajah Helena. Seperti sedang mengamati sesuatu.

" You really don't recognise me, do you? "

Helena pincing mata, cuba mengecam wajah maskulin di hadapannya. Dia geleng kepala laju. Memang tak kenal.

" Try again. Maybe your brain is a bit sluggish. " Ucap lelaki itu tanpa nada namun Helena tahu pasti itu dengan niat menyindir.

Helena cuba menggabungkan segala sel-sel otaknya untuk mengecam lelaki dihadapannya. Dia pernah kenal ke? Tak ingat pun.

" My face changed that much, ha? " Raut wajah itu berubah sedikit ceria dengan senyuman nipis.

" Kita kenal ke? " Soal Helena dengan raut seriusnya. Tangan dibawa menggosok dagu. Kenapa tak ada jambang eh?

Eh.

" We- "

" Helena! "

Mendengar suara yang memanggil dari jauh, lelaki itu mula cemas. Dengan gelabah dia menerjah masuk bilik Helena dan menyorok di dalam tandas. Itu aje tempat yang dia nampak selamat sekarang ini.

" Lena my precious! "

Terpinga-pinga Helena di situ. Mata dikerlip beberapa kali. Kemudian muncul susuk abang Hafiy nya disebalik dinding. Maklumlah, bilik tidurnya berada di hujung dan disebalik selok belok rumah besar ini.

" Yes? "

" Baju yang ini ke yang ini lagi cantik? " Hafiy mengangkat kedua baju sut ditangannya. Mata dikerlip berjuta kali meminta pendapat daripada adik kesayangannya.

Kedua baju itu Helena pandang silih ganti. Sama aje, apa yang beza nya?

" Yang kanan ke yang kiri? "

" Kanan. " Tanpa berfikir Helena memilih. Bak kata abang Habib, kanan lebih afdal.

" Okay, thank you my precious! " Hafiy hilang dari pandangan Helena.

Wah, nak tanya itu aje ke?

Tangannya menutup perlahan pintu bilik tanpa dikunci.

" He's gone. "

Sebaik berkata begitu, lelaki itu keluar dari tempat menyoroknya. Dia menghela nafas lega.

Perlahan-lahan Helena menghampiri lelaki itu dengan tangan di belakang tubuh.

Kakinya setia menderap langkah dan berhenti tepat di hadapan lelaki itu. Wajah itu dia renung dalam.

" Who are you, actually? "

Terdongak lelaki itu apabila Helena menyasar sebilah pisau di bawah dagunya. Dia mengangkat kedua tangannya umpama tanda menyerah. Sejak bila Helena ambil pisau itu pun dia tak tahu.

Inilah Dahlia.

No, this is the opposite of Dahlia.

Bunga dahlia bermaksud kesucian, kebahagian dan kebaikan. Tapi tidak pada Helena Dahlia. Dia adalah yang berlawanan. Kalau dikatakan baik, dialah yang jahat. Kalau dikatakan lemah lembut, dialah yang kasar dan kejam.

Itulah sebab Helena tidak gemar dengan bunga dahlia, kerana ia lemah.

" It's from 11 years ago. Aldo Barone. "

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now