07

6 3 3
                                    

Chapter 07

Dalam mindanya, bergabungnya idea-idea ingin menghias lagi rumah tersebut supaya tampak lebih berseri.

Alang alang dia seorang sahaja yang tinggal di sini bolehlah jugak dia luangkan masa yang terluang dengan kemas semula rumah kecil ini.

Dia bukan seorang pemalas, yang hanya mengharapkan pertolongan dari orang lain sebaliknya dia suka mengemas atau bertukang bagi mengisi masa lapang.

Mereka berangkat masuk ke dalam rumah, dan mula terdengar bunyi seekor anjing sedang berlari ke arah mereka.

"Ini anjing nenek kamu. Kamu mesti masih ingat kan dulu waktu kamu kecil. Kamu selalu main dengan dia"

Kata pakcik itu mengusap wajah kecil milik anjing kesayangan keluarga Kim yang malangnya ditinggalkan di kampung mereka.

"Oh, ingat ini mesti Johnny kan?"

Telinga anjing, Johnny terus tegak mendengar suara Seungmin dan dia berlari ke arah Seungmin sambil bebola mata anjing itu membulat.

"Woof!"

Seungmin hanya tersenyum dan terus terduduk di atas lantai sambil mengusap lembut kepala anjing, si Johnny.

"Ha Seungmin buat masa ini kamu duduk rumah halmeoni kamu sementara dia duduk di hospital kalau boleh jaga juga anjing kamu ini, lama tak berjumpa kan"

Pesan pakcik itu ketika Seungmin mendukung tubuh kecil Johnny yang terlihat sangat gembira dengan kehadiran tuannya.

"Baik"

Pakcik itu hanya menganggukkan kepala dan berjalan keluar dari rumah itu.

Seungmin melangkah masuk ke dalam ruangan bilik yang agak tidak kemas disebabkan keadaan perabot yang tidak disusun dengan rapi.

"So, dah ready?"

Soal Seungmin memandang Johnny yang sedang terlompat lompat keriangan mahu membantu tuannya mengemas kamar.

"Woof!"

Tubuh kecil memeluk kaki milik jejaka itu yang sedang tersenyum melihat kerenah anjing kesayangannya.

Habuk mula berterbangan di saat dia menepuk kuat tilam yang sudah diselimuti habuk menyebabkan hidungnya bertukar menjadi kemerahan.

"Aaacum!"

Johnny tersentak ketika sedang sibuk memerhatikan tuannya bertungkus lumus membersihkan kamar.

Selepas beberapa jam kemudian, Seungmin Mula rasa letih setelah berjaya kemas ruangan tersebut.

"Hm"

Dia melepaskan keluhan berat setelah menghempaskan tubuh di atas katil melepaskan keluhan panjang.

"Woof! Woof!"

Johnny berjalan berada di sebelah Seungmin yang tampak keletihan.

"Hm, penatnya"

Kelopak mata mulai memberat memberikan tanda amaran bahawa dirinya akan terhayut dalam lena.

Lantas, Johnny baring di sebelah tuannya sambil matanya juga mulai berkelip-kelip mahu beradu.

Akhirnya, mereka tidur bersama setelah letih mengemas ruangan yang sudah tampak kemas.

Ketika dirinya masih terhanyut perlahan-lahan dalam lena kepada mimpinya.

Kelopak mata milik jejaka itu mula terangkat dengan sendirinya dan mula memerhatikan keadaan sekeliling yang begitu gelap gelita hanya disinari oleh pantulan suatu mentol lampu di atas kepalanya.

Keadaan ini dapat digambarkan dengan posisi Seungmin sedang duduk di atas kerusi tetapi kedua-dua tangannya tidak terikat cuma tubuhnya tetap kekal kaku.

Kedua-dua bebola mata meliar dengan pantas cuba memastikan sama ada dirinya dalam keadaan selamat atau tidak.

Sedang cuba mencari jalan keluar, setitis demi setitis darah jatuh di wajah gebu Seungmin menyebabkan dirinya terkejut bertindak balas.

Lantas, tangan mula mengusap pipi, dan di tangannya terdapat kesan darah tidak tahu dari mana datangnya.

Dia memujuk dirinya supaya tidak menjadi panik hanya kerana kejadian tadi.

Dalam beberapa minit, sebuah buku jatuh di kakinya yang masih terduduk di kerusi kayu terus dia mencapai buku itu dan mula meneliti dengan lebih terperinci.

"Ini bukan lukisan yang aku lukis ke?"

Bisik Seungmin sambil raut wajah masih keliru apabila mendapat sketchbook miliknya sendiri.

Tidak mungkin ada seseorang milik persis seperti miliknya kerana buku ini boleh dikatakan limited edition hanya satu daripada beribu-ribu orang mempunyai buku ini.

Buku ini hadiah dari ibu bapa mereka kerana Seungmin memenangi pertandingan melukis sejak dari sekolah rendah lagi.

Bibir merah jambu milikinya mula berkumat-kamit membisikkan memohon pertolongan dari tuhan supaya dirinya terlindung dari kejahatan yang mahu memusnahkannya.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now