04

11 5 6
                                    

Chapter 04

Setelah kakinya menjejak masuk ke dalam lapangan terbang, suasana yang agak tenang dengan orang yang tidak terlalu ramai.

Dia berjalan menuju ke kaunter bagi mendapatkan tiket dan waktu penerbangan yang bakal berlepas tidak lama lagi.

Sementara menunggu, dia meluangkan masa yang terluang dengan melakar sesuatu dalam sketchbook miliknya yang sudah lama Puan Kim hadiahkan.

Hanya yang dia tahu, Puan Kim belikan sketchbook itu daripada hasil jualan garaj di kawasan kejiranan mereka sewaktu dia masih kecil.

Dia menyelek beberapa muka surat yang dia sempat lakarkan. Dia membuahkan senyuman setelah melihat semua lukisan sewaktu dia masih kanak-kanak.

Dia menyambung semula melukis dengan lukisan yang belum dapat diselesaikan.

Dengan kesempatan disebabkan dia perlu menjaga neneknya, dia dapat mengambil cuti selama seminggu dan dia hanya mampu berharap yang semua pekerjanya menjaga galeri lukisan milik dia.

Seungmin masih lagi menetapkan posisi kedudukannya yang statistik memandangkan lambat lagi pengumuman penerbangan.

Jari jemarinya terus terhenti melakar lukisan sesusuk lelaki yang kelihatan seperti manusia pada mulanya.

Dia menghadap sesusuk lelaki yang berdiri berpakaian koat musim sejuk yang berwarna kelabu yang jauh dari tempat duduknya.

Namun hatinya tetap berkeras memalingkan semula pandangan terhadap sketchbook. Dia dapat merasakan sepasang mata itu terus memerhatikan dia.

Beberapa hal yang menambahkan kemusyikilan kerana lelaki itu tetap mengekalkan kedudukannya. Adakah itu bukan manusia atau lelaki itu sedang menunggu sesuatu?

Dia perlahan-lahan memalingkan semula pandangan kepada lelaki itu. Oleh kerana rambut hitam milik lelaki itu menutup separa wajahnya.

Seungmin hanya dapat melihat bebola mata berwarna hazel memandang tajam ke dalam mata miliknya dan terukirnya senyuman yang sinis.

Seungmin cuba berusaha mengelak daripada bertembung pandangan dengan lelaki tersebut.

Bulu roma semakin meremang tatkala dapat merasakan sesuatu identiti yang tidak tenang.

Bibir digemam ketika berpura-pura melukis semula lukisan yang sudah tergendala dan hatinya hanya berdoa memohon supaya identiti itu hilang menganggu dirinya.

"Life bought me to you"

Bibir bergerak menuturkan sesuatu kenyataan yang tidak dapat bersuara. Seungmin mengecilkan matanya berharap dia dapat membaca apa yang lelaki itu katakan.

Namun, dia tidak dapat mendengarnya.

Dengan sekelip mata, identiti itu hilang dari pandangan Seungmin.

Justeru, Seungmin memaling semula ke hadapan dan kembali mengenggam erat pensil di dalam gengamannya.

Tanpa diduga, lelaki tadi menghampiri Seungmin dengan meletakkan kedua-dua tangannya mengunci pergerakannya.

Wajah Seungmin berubah dengan matanya terbeliak seketika memandang wajah lelaki yang hanya tersenyum.

Wajah mereka sudah dekat dan hanya derusan nafas menyentuh wajah Seungmin.

"I can smell your fear"

Seungmin hanya mampu terdiam dengan jantungnya berdegup laju merasakan betapa dekatnya mereka.

Dan apa yang lelaki itu ucapkan tentang sebaris ayat yang menyebabkan jejaka itu kian menjadi ketakutan.

Seungmin mencuba menyembunyikan ketakutan yang dirasaikannya. Dia dapat melihat bebotal mata hazel milik lelaki itu.

Wajah lelaki itu seperti sebuah lukisan yang tiada langusng cacat cela di wajahnya. Rambut hitam yang agak panjang dan lembut menghiasi wajah lelaki itu.

Bibir mungil milik lelaki itu bergerak menyentuh telinga Seungmin, yang dapat merasakan derusan nafas. Hatinya kian mendetik terlalu kencang.

"Encik? Encik? penerbangan encik akan berlepas tidak lama lagi", Seungmin tersedar dari lenanya tatkala seorang pegawai wanita mengejutkan dirinya.

"Arhh, terima kasih", dengan segera dia mengalas beg semula dan berjalan menuju ke stesen seterusnya bagi mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now