03

5 5 1
                                    

Chapter 03

"Belum lagi, aku masih dalam perjalanan. Ha kau itu jangan asyik bekerja je kesian ibu tinggal di rumah sorang sorang buat aku risau je"

Ucap Seungmin melemparkan pandangannya di luar jendela kereta di kala bulan menerangi jalan yang begitu gelap.

Kereta teksi masih lagi merentasi jalan yang gelap hanya diterangi oleh lampu tiang jalan.

Pemandu teksi tetap mendiamkan diri sambil kedua-dua tangannya memegang erat roda kereta.

"Bab itu kau jangan risau pandai pandai lah aku fikir. Seo Jun itu pun masih lagi outstation tak pulang pulang haih itu buat ibu makin risau. Aku cuba contact dia semula, jaga diri kau bila kat sana nanti kalau ada apa apa call"

Hunjoo berdiri semula menuju ke arah jendela yang menampakkan suasana bandar di waktu malam.

"Baiklah, aku tahu. Kau tuh pun sama jangan asyik pesan orang je diri itu jaga juga"

Ujar Seungmin menghalakan semula pandang ke hadapan. Di hujung corong, terdengar ketawa abang kandungnya apabila adiknya mengucapkan penyataan sebentar tadi.

"Ha aku lupa nak tanya sesuatu dengan kau alang alang nih"

Hunjoo hanya berkerut dahi mendengar apa yang Seungmin katakan dan dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Apa dia?"

"Macam mana dengan kes kematian ayah. Kau ada tanya polis tak pasal semua tuh?"

Soalan yang Seungmin tanyakan membuatkan Hunjoo terdiam sejenak memikirkan kenangan gelap yang menghantui hidupnya.

"Aku bukan apa cuma...takkan kita nak diamkan diri pasal kematian ayah. Lagipun, aku nak tahu siapa yang sanggup buat macam itu kat ayah"

Hunjoo melepaskan keluhan yang agak berat setelah mendengar Seungmin yang tidak mahu berputus asa mahukan kes kematian ayah mereka dibuka semula.

"Ye aku tahu. Aku pun takkan biarkan kes kematian ayah macam itu je. Jangan risau nanti aku rujuk semula dengan polis"

Seungmin hanya mengeluh sambil tersenyum kerana lega mendengarnya.

"Okay, nanti apa apa kau update je kat aku"

"Hm, jangan risau. Jaga diri"

Hunjoo menamatkan panggilan tersebut dan meletakkan telefon pintarnya di atas meja dan berjalan ke arah cermin pejabat.

Dia menyeluk kedua-dua tangannya dalam pokey koat dengan wajah yang tegang. Dalam fikirannya, terlalu banyak perkara yang dia sedang fikirkan.

Dia cuma taknak Seungmin terlalu memikirkan kematian ayah mereka yang tidak menemukan jalan penyelesaian.

Puan Kim pula tidak nampak seperti mahu kes kematian ayah mereka disiasat semula membuatkan dia masih tertanya.

Namun, dia fikir mungkin Puan Kim tidak mahu sedih memikirkan semula kenangan yang amat perit bagi mereka.

Bersangka baik dengan ibu sendiri, itu yang Hyunjoo katakan pada dirinya.

Matanya mengerling ke arah bingkai gambar mereka bertiga. Seungmin, Hunjoo dan Seo Jun yang kelihatan sungguh gembira.

Di sudut hatinya, dia berharap mereka dapat kembali bersama seperti dulu sebelum kematian ayah mereka.

Setelah talian ditamatkan, akhirnya Seungmin telah sampai di lapangan terbang antarabangsa. Dia melangkah keluar dari perut kereta sambil setia mengalas beg.

"Terima kasih, pakcik"

Dia menundukkan kepala memberikan ucapan terima kasih kepada pemandu tersebut. Pakcik teksi itu hanya menganggukkan kepalanya dan kembali memandu kereta.

Seungmin mengeluarkan telefon pintarnya yang telah menerima beberapa pesanan daripada ibunya.

Jari jemarinya menaip untuk membalas semua pesanan daripada ibu dia yang kelihatan sungguh risau dengan keadaan Seungmin.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now