06

7 5 3
                                    

Chapter 06

Usai melangkah keluar, terlihat lapangan terbang Jepun yang telah dipenuhi oleh ramai orang sedang menunggu ketibaan kenalan mereka.

Mata Seungmin menilau mencari seseorang yang mungkin sedang menunggu dia tiba di Jepun. Tangannya erat terpaut di beg galas yang masih berasa di bahunya.

"Seungmin! sini!"

Seorang lelaki tua menyahut nama jejaka itu yang matanya meliar mencari seseorang dan terus mata Seungmin menangkap tubuh seseorang.

"Oh, pakcik. Maafkan saya lambat sampai"

Ucap Seungmin sambil meluahkan senyuman manis.

"Takpe. Pakcik tak kesah pun. Syukur kamu dah selamat sampai takde laa ibu kamu tuh asyik risau je"

Seungmin tertawa dengan senyuman yang tidak lengkang dari wajahnya.

"Ibu tuh memang macam itu. Risau sangat"

Pakcik itu hanya menganggukkan kepalanya mendengar balasan dari Seungmin sendiri

"Mari"

Pakcik itu terus membantu dengan mengangkat beg yang tergalas daripada bahu Seungmin dan berjalan mengiring Seungmin keluar dari lapangan terbang.

"Hm, pakcik. Saya nak tanya boleh?"

Ujar Seungmin yang memecahkan suasana kesunyian yang kian menyelubungi keadaan dalam kereta.

"Boleh, tentang apa?"

Soal pakcik dengan perasaan ingin mengetahui soalan yang mahu Seungmin tujukan.

"Pakcik percaya tak kalau saya kata ade benda ikut saya?"

"Hah? Ikut kamu?"

Alis kening pakcik itu terangkat sambil melepaskan ketawa di mulutnya.

"Kamu nih buat lawak ke apa? Mana laa pakcik nak percaya semua benda karut nih"

Seungmin hanya terdiam sejenak kerana terasa malu bertanyakan soalan yang mungkin tidak masuk akal bagi pakcik itu.

"Tapi kalau kamu nak tanya pandangan pakcik. Pakcik tak percaya cuma pakcik tahu sebab anak pakcik pernah lalui. Jadi, kamu nak kata yang ada hantu ikut kamu?"

Kedua-dua tangan Seungmin berpaut erat pada Tali pinggang kereta itu sambil menoleh ke arah pakcik itu.

"Ye. Itu yang saya maksudkan sebenarnya"

Wajah orang tua itu bertukar menjadi tenang seketika ssambil erat memegang roda kereta dengan senyuman nipis.

"Apa pun yang berlaku, kamu kene berhati-hati. Jangan terlalu ikutkan apa yang orang cakap walaupun benda mungkin akan paksa kamu"

Seungmin cuba menelan apa yang pakcik itu katakan dan dia kembali mengingat semula apa yang sudah terjadi dalam masa satu hari ini.

Dia tak pernah mengalami apa apa gangguan sebelum ini tetapi hari ini telah membuka matanya tentang sesuatu perkara yang perlu ketengahkan.

"Baiklah, pakcik. Saya akan ingat selalu pesanan pakcik"

Keadaan kekok mulai hadir di kala mereka melakukan hal sendiri tanpa mempedulikan antara satu sama lain.

Bunyi jalan yang sunyi menemani mereka sambil dia menoleh ke arah jendela dengan cahaya matahari menyinari pandangannya.

Seungmin hanya terus berdoa agar identiti itu tidak mengikuti dia sampai ke rumah. Kalau tidak, memang haru biru kehidupan dia selepas ini.

'Moga-moga sahaja'

Hati Seungmin mengucapkan kalimah bagi menenangkan kegelisahan yang kian mendalami jiwa yang tidak berhenti menghentak dinding keberanian yang menghalang keras air empangan ketakutan.

Dia mengigit lembut bibir bawahnya sambil melepaskan keluhan yang sederhana bagi menenangkan hati.

Mungkin suatu hari, dia akan bersua dengan penyelesaian yang mampu melawan kegelisahan menyerang dinding keberanian yang dibekalkan kebenaran.

Kereta hitam milik lelaki tua itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang tidak seluas mana pun.

Rumah itu terang bercahaya yang disinari oleh lampu yang sudah berbekalkan sumber elektrik.

"Jom, ini rumah untuk kamu sementara duduk di sini. Sebenarnya, ini rumah tumpangan sementara pakcik tolong kemaskan rumah nenek kamu"

Seungmin memandang keadaan rumah itu dengan kagum.

Walaupun hanya terlihat seperti rumah biasa pada umumnya tetapi ia sudah menarik perhatian jejaka itu.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now