09

12 2 3
                                    

Chapter 09

Katil yang dilekatkan dengan sebuah papan yang tertulis nama 'Song Hyeon' iaitu seorang perempuan tua yang masih terduduk di atas katil.

Dia masih tetap berbual dengan seorang gadis dengan ketawa kecil dilemparkan.

"Halmeoni!"

Dia berlari mendapatkan nenek dia yang sedang berbual bersama seorang gadis muda mungkin teman sebiliknya.

"Seungmin?!"

Gadis muda itu berpaling memandang wajah Seungmin yang sebentar tadi menyahut nenek itu.

Dia terus bangkit melangkah semula ke arah katilnya yang hanya berada di sebelah nenek itu.

"Maaf, Seungmin lewat datang. Halmeoni sihat?"

Soal Seungmin usai menjatuhkan punggungnya di kerusi yang telah disediakan oleh pihak hospital.

"Jangan risau, halmeoni sihat je. Ha mana ibu kamu? tak datang sekali?"

Tanya nenek yang menyambung kembali mengupas buah epal merah pemberian dari tetamu yang datang sebentar tadi.

"Oh, ibu tak dapat datang sebab Hunjoo masih bekerja nanti siapa nak jaga dia tuh. Dahlah tak pandai jaga diri. Orang suruh kahwin dia yang taknak katanya awal lagi habistu nak tunggu tua baru kahwin?"

Seungmin berleter dan menggeleng kepala kerana sudah masak dengan perangai abang keduanya.

"Kamu ini dah serupa radio karat kalah makcik bawang"

Senyuman yang bertindak balas menutup mata milik halmeoni dilemparkan kepada Seungmin.

"Alah Seungmin cakap betul tau. Bukan main main"

Mereka kembali ketawa bersama-sama apabila teringat semula nasih kedua-dua abang dia yang masih belum berkeluarga.

"Halmeoni, siapa perempuan tadi?"

Soal Seungmin yang dari tadi asyik menyimpan soalan sambil dia menoleh sedikit memandang gadis muda itu yang masih duduk atas katil.

"Nama dia Ying Mei, cantik juga orangnya. Dialah yang selalu teman halmeoni. Ha, kamu berkenan dengan dia ke?"

Nenek Seungmin ketawa sambil menundukkan kepala kerana dia tahu sangat bab perasaan cucunya lalu cucuk perut Seungmin menggunakan sikunya.

"Eh, mana ada. Halmeoni ini!"

Dia menyorokkan wajahnya kerana malu dan sekilas memandang Ying Mei yang sedang berbual dengan pesakit lain berdekatan pintu ward.

Ying Mei yang menyedari ada seseorang memandangnya, lantas dia menoleh ke arah Seungmin dengan mengulaskan senyuman manis.

Ying Mei kembali memandang wajah neneknya yang masih terketawa besar.

"Kenapa pipi itu? tetiba merah je hm?"

Nakal sungguh nenek Seungmin mengusik cucunya. Seungmin memarahi neneknya dengan lembut.

"Mana ada. Lagipun Seungmin masih muda lagi. Bak kata ibu, Seungmin belum sedia lagi nak bercinta"

Nenek Seungmin hanya mengangkat kening miliknya selepas mendengar Seungmin yang sangat patuh dengan kata kata ibunya.

"Alah, apa salahnya kalau nak bercinta waktu waktu macam ini? Kamu bukannya sekolah lagi pun dah bekerja. Haih, patutlah abang abang kamu selalu ejek kamu anak mak"

Seungmin hanya tertawa dengan senyuman terukir di hujung bibirnya kerana dia tak dapat nafikan lagi.

"Jangan risau. Ibu kamu bukannya ada kat sini. Halmeoni izinkan. Pergilah tegur dia"

Mata Seungmin terbuka luas kerana nenek dia tiba tiba terus perbualan tentang perkara yang dia cuba elakkan.

"Tapi-"

"Takde tapi tapi. Ying Mei, sini jap!"

Sahu nenek Seungmin yang menoleh ke arah Ying Mei membuatkan Ying Mei berhenti berbual dengan pesakit lain. Tanpa menolak, Ying Mei berjalan ke arah katil nenek Seungmin.

"Ye? Ada apa apa yang Ying Mei boleh tolong?"

Seungmin mengangkat wajahnya memandang wajah Ying Mei yang tetap membuahkan senyuman. Cara pandangan Seungmin menyebabkan nenek itu tersenyum sinis.

"Tolong, tunjukkan Seungmin laluan dekat hospital ini. Nanti dia tersesat pula. Halmeoni ini tak larat nak jalan"

Seungmin hanya mampu terdiam kerana dia tahu nenek dia rancang sesuatu dan dia takkan biarkan dirinya terlepas daripada peluang ini.

"Boleh je. Takde masalah"

Kata Ying Mei lalu memandang Seungmin dengan senyuman dan mengisyaratkan untuk keluar dari bilik ward itu.

A Dark Shade Of Creation Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang