05

11 5 2
                                    

Chapter 05

Wajah si identiti itu tidak dapat digambarkan kerana dari segi penampilannya, tampak seperti sungguh mesra bagi Seungmin.

Fikirannya disumbat oleh pelbagai persoalan menekan tekanan yang dialaminya terus menerus.

Setelah selesai menjalani satu per satu stesen, akhirnya dia berada di dalam kapal terbang yang akan berlepas tidak lama lagi.

Dia menyumbat earphone yang berada di gengamannya sambil menekan butang memainkan playlist kegemaran.

Mula memainkan irama lagu yang dinyanyikan oleh Haley Reinhart.

Kapal terbang mula berlepas ke udara menghalakan arah ke negara terbitnya matahari, iaitu Jepun.

Dia muka memejamkan mata mengikuti rentak lagu yang mengiring gerak geri jemari miliknya.

Ini bukan pertama kali, dia menaiki kapal terbang malahan sudah berkali-kali sewaktu zaman kanak-kanak.

Perlahan-lahan dirinya hanyut dalam mimpi, kelopak mata mulai terbuka memerhati keadaan sekeliling yang tampak agak lama.

Di mana, keadaan dapat digambarkan seperti pesawat yang sudah lama terhempas dan bangkainya terbiar.

Dia bangkit dari kedudukannya dan mula bersuara memanggil sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat ini.

"Ada sesiapa di sini?!"

Rambut hitam diselak kasar sambil berjalan menuju ke tempat yang mengawal pergerakan pesawat.

Kelihatan sekeping foto yang agak lama, memperlihatkan sekumpulan gadis kecil seperti gambar sekolah.

Dia terus meneliti sekeping foto yang berada di tangannya sambil wajahnya berubah menjadi berkerut.

Ketiika dia mengabadikan gambar itu, dia dapat mendengar beberapa tapak kaki dan terus dia mengangkat kepala.

Namun, tiada sesiapa yang berdiri di hadapannya.

Dia berpaling semula ke arah kerusi pesawat yang sudah kosong dan bebola mata mulai membuntang seluasnya.

Radio memutarkan lagu yang sungguh muram sebagai suara latar belakang bagi memberikan kesan kepada Seungmin yang agak mengigil.

Bulu roma terus tegak ketika mendengar lagu yang diputarkan sambil dia terus mengamati irama lagu yang sungguh suram.

"Kim Seungmin?"

Dia dapat mendengar suara yang sungguh ramah menerpa telinganya dan dia terus menoleh ke arah sekujur tubuh di hadapannya.

Dia...dia lelaki yang datang sewaktu di lapangan terbang antarabangsa.

Namun, apa yang Seungmin dapat rasakan wajah lelaki itu sungguh mesra seperti dia sudah mengenalinya.

Sebutir perkataan meniti bibir Seungmin kerana dia rasakan nama yang terpahat di fikirannya adalah benar.

Lelaki itu hanya tersenyum dengan ketawa yang sinis lalu mengeluar sepucuk pistol yang dihalakan ke arah Seungmin.

"Kenapa kau tak selamatkan aku?"

Kata lelaki itu yang tampak seperti emosi yang bercampur baur memaksa dirinya.

"Kau tahu kan kita kawan dah lama. Sanggup kau buat aku macam ini?"

Seungmin yang tadinya mengigil dan terus mengigil ketakutkan sambil matanya tidak lepas daripada memandang lelaki itu.

"Aku...aku tak biarkan kau hidup bahagia!!"

Kemudian, lelaki itu menghalakan kembali sepucuk pistol ke arah kepalanya sendiri sambil dia mengukirkan senyuman sinis lalu mengacukkan pistol di kepalanya sendiri.

Bang!

"Arghhh!"

Dia mengembali bangkit daripada lena menyebabkan seorang pramugari terkejut akibat tindakan refleks daripada Seungmin.

"Encik okay?"

Soal pramugari setelah melihat tubuh Seungmin yang dibasahi peluh seakan-akan sudah berlari keliling padang.

Dia tercugap-cugap menarik nafas dan cuba menenangkan diri dia yang masih teringat mimpi tadi.

Dia mengerling ke arah ke arah pramugari yang tampak sungguh risau dan hanya mampu memandang wajah Seungmin yang masih dalam ketakutan.

"T-takpe....saya okay"

Pramugari hanya menganggukkan kepalanya setelah mendengar suara Seungmin dan pemandu kapal terbang mengumumkan kapal mereka sudah mendarat di Jepun.

Dia terus bangun dan berjalan keluar dari pesawat kerana sudah tiba di destinasi.

A Dark Shade Of Creation Where stories live. Discover now