'°•chapter 35•°'

45 0 0
                                    

Chandelier-sia

"Alex!" jerit dari suara garau itu menghalang badan Wisha dari ditembak oleh seorang yang berada ditingkat atas.

Tengku Faqih dan Wisha berpaling ke arah bunyi jeritan itu dengan serentak.terbuntang luas mata mereka berdua melihat susuk yang menjerit nama wisha itu.

"Liam!" Wisha melepaskan pegangan Tengku Faqih lalu berlalu ke arah William yang sudah terbaring lemah di atas lantai simen itu.

Wisha duduk berlutut lalu mengangkat kepala William dan diletakkan di atas ribanya.

Tengku Faqih pantas naik ke atas semula mencari gerangan siapa yang memulakan tembakan itu.

"L..li..Liam" gagap Wisha mengelus pipi abang kembarnya itu.

"Adik, abang minta ma-maaf tak da-pat ja-ga a-a-adik la-lagi" tersekat-sekat suara William berkata sambil memandang Adik kesayangannya.

"L-Liam please don"t be like that. Kau kena kuat. Kau tahan ye" cemas Wisha melihat keadaan abangnya yang seperti ingin pergi.

"A-abang...please pang-gil a-abang bu-uat kali ter-akhir" adu William.

Wisha terkedu dengan permintaan William kali ini. Ya dia tidak pernah pun memanggil William 'abang' . Dia hanya memanggil William dengan nama ringkasan dari nama William sendiri 'Liam'.

Kalau Xavier dia panggil dengan gelaran 'along' kerana Xavier anak yang lebih tua ataupun sama umur dengan William.

"P-please"

"A-a-abang, please jangan tinggalkan Adik" Wisha memegang erat tangan William. Dengan pegangan itu air mata Wisha dengan perlahan menitis sehingga setitis air mata itu terjatuh pada pipi William itu.

"A-abang sa-yang baby-girl a-a-abang ni. Jan-gan na-nangis nan-ti t-tak co-mel ba-by-girl a-a-a-bang ni"  William menyeka air mata adiknya yang mengalir itu.

Wisha mendengar itu semakin deras air matanya mengalir keluar.

"Abang sayang Adik" ujar William.

Dengan tiga patah perkataan yang terakhir diucapkan kepada Wisha. Akhirnya William Adrean bin Dato' Wilder Ximon sudah menghembus nafas terakhir dan sudah selamat pergi ke rahmatullah dengan mengucap dua kalimah syuhadah  oleh Wisha pada sisi telinga abangnya.

"Abang!!!!" Jerit Wisha apabila tiada lagi bunyi degupan jantung dari dada William lagi.

"Wisha!" Jerit Datin Zea melihat Wisha yang duduk berlutut berdekatan dengan susuk William.

"M-ma-mama.. abang dah-"

"Shh...Kita doakan semoga roh berada tempat yang baik" kata Datin Zea bagi menenangkan anak bongsunya itu.

Dia turut berasa sedih dan sebak dengan pemergian anak keduanya itu.

William Adrean. Seorang abang yang sentiasa berwaspada menjaga keselamatan Wisha dari Malaysia sehingga tinggal di Jerman untuk menjaga keselamatan adik perempuannya.

Kembar Xavier Adrean  yang tegas. Tapi William seorang yang ceria dan senang bergaul dengan orang.

"Vier, angkat William masuk dalam kereta" arah Datin Zea kepada anak sulungnya itu.

Xavier lantas mengangkat badan kembarnya yang sudah tidak lagi bernyawa lalu berlalu keluar menuju ke arah kereta.

"Jom sayang..Kita kena keluar cepat" arah Datin Zea dengan nada lembut sambil tangan menyeka air mata yang kian laju mengalir pada pipi anak perempuannya itu.

Wisha tidak berkata malah hanya mengikut langkah ibunya yang membawa berjalan ke arah jalan keluar.

"Kalau aku tak boleh dapat Wisha kau pun tak boleh dapat dia" sinis Willy yang masih tidak menyerah kalah.

Bang!

Bang!

Wisha yang mendengar  itu lantas mengalih pandangan ke belakang semula dan bergegas naik ke tingkat atas itu dimana ada Tengku Faqih dan Willy yang sudah banyak kesan darah pada baju mereka.

"Abangggg!!!" Jerit Wisha melihat Tengku Faqih yang terduduk menyandar dinding itu.

Tengku Faqih mengerut dahi menahan kesakitan pada pahanya yang ditembak oleh Willy.

Willy turut terbaring gerangan ditembak serentak oleh Tengku Faqih .

"Abang!!"

"Daisy just go " kata Tengku Faqih.

"No! Sha takkan tinggalkan abang" ujar Wisha sambil mengambil beberapa cebisan kain lalu menutup paha Tengku Faqih.

Bagi menghentikan darah mengalir keluar.

"Sayang , listen me" Tengku Faqih menekup kedua-dua belah pipi Wisha untuk memandangnya.

"I always love you and love our son too. Jaga anak-anak kita dengan baik. Cakap dekat Falikh dan Farrel yang daddy sentiasa sayangkan mereka" Wisha mengeleng kepala bersama air mata perlahan-lahan mengalir keluar.

"Jaga mummy untuk daddy ye" ujar Tengku Faqih menghadap perut Wisha yang semakin membesar itu.

"Please jangan cakap macam tu. Abang dah janji tak nak tinggalkan Sha lagi. Abang kena kuat. Jom Kita kena pergi" Wisha menolong Tengku Faqih untuk bangun.

Namun baru sahaja mereka berdua ingin pergi Tengku Faqih dengan pantas menolak badan Wisha ke arah Qay yang berada berdekatan dengan mereka.

"Bawa dia keluar, Qay" arah Tengku Faqih.

"Abang!!"

"I'm sorry, daisy" guman Tengku Faqih memandang langkah Wisha dan Qay yang semakin hilang itu.

Lantas Tengku Faqih meneruskan peperangan itu pada Willy yang turut bangun itu.

"Qay lepaskan aku . Aku nak pergi dekat suami aku" ujar Wisha kpeda Qay untuk lepaskan pegangannya.

"Alexa kita kena keluar sekarang kita dah takde masa"

"Lepaskan aku Qay!" geram Wisha .

"Qay..bagi aku" Qay memandang Xavier yang berada dihadapan mereka berdua lalu Qay menolak perlahan badan ibu mengandung itu.

Xavier dengan cepat mencempung adiknya dan berlalu keluar diikuti Qay dibelakang mereka.

Wisha meronta-ronta dalam dukungan Xavier. Minta mahu dilepaskan. Dia mahu pergi pada suaminya sekarang.

Dalam kiraan satu, dua dan....tiga . Bangunan itu sudah meletup dengan kuat.

Mereka bertiga yang baru sahaja sampai pada kereta mereka memandang bangunan yang mula runtuh itu.

"NO!!!" jerit Wisha melihat bangunan itu sudah meletup bersama suaminya yang masih berada di dalam itu.

"A-a-a-bang" Xavier dengan cekap menangkap tubuh Wisha yang mahu melorot jatuh ke bawah.

Dunia Wisha bagai sudah gelap dan tiada apa yang boleh membuatkan Wisha ingin hidup di dunia ini lagi.

His PSYCHO Daisy [S1]©️Where stories live. Discover now