8-kecewa

63 5 6
                                    

"kenapa lihatku seperti itu?" Soal Olivia.

"Tiada apa, cuma cantik betul kau malam ni
" balas Jeon dengan senyum nakal.

"Diamlah, aku nak tidur, thanks untuk makanan" sahut Olivia lalu bangun menuju ke bilik tiba tiba tangannya ditarik.

"Ape pegang pegang?" Marah Olivia.

"Aik, salah ke pegang tangan isteri sendiri?" Balas Jeon dengan smrik.

"Hello, belum sah lagi, so lepaskan" tegas Olivia menepis tangan Jeon.

Jeon mengejar langkah Olivia hingga ke bilik.

"Bilik asing kan?" Tanya Olivia.

"Tentulah tak, kita tidur sama sama" senyum Jeon.

"Tak naklah, nanti kau buat macam macam" kata Olivia perlahan.

"Tanggungjawab aku, lagi satu, kau dah kenyang kan? Aku belum kenyang! Aku kena makan juga" balas Jeon.

"Kenapa tadi kau tak minta ayam tu? Aku dah habiskan" sahut Olivia.

Jeon hanya ketawa lalu memeluk pinggang Olivia.

"Eh apa ni Jeon?" Kesalnya.

"Tidak ape, makanan dah ade depan mata, enak" ucap Jeon sambil menggigit bibirnya.

"Ih minggirlah!" Olivia sekuatnya menolak dada Jeon lalu berlari baring dikatil sembari menyelimutkan tubuhnya.

Jeon hanya ketawa terkekeh lalu ikut baring disampingnya. Olivia hanya diam disaat Jeon memeluknya dari belakang.

Jam 8:00 pagi

Olivia membuka matanya kerana terdengar suara seseorang sedang bercakap.

Perlahan dia bangun dan melihat dibalik koridor, Jeon sedang menghubungi seseorang.

Olivia bangun dari katil dan menghampiri Jeon. Namun sebaik menyedari kehadiran Olivia, Jeon langsung memutuskan panggilan.

"Siapa telefon pagi pagi ni?" Soal Olivia.

"Akh tiada siapa, awal betul kau bangun" ucap Jeon senyum.

"Em, aku nak balik" Olivia menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi, semakin tambah hairan bila melihat Jeon sibuk menghubungi seseorang lagi.

Kali ini Olivia perlahan mendekati untuk memasang telinga.

"Cukup Kate, ini penjodohan, bukan mahuku"

Jeon diam seketika menunggu jawapan dari pihak telefon, sayang sekali Olivia tidak dapat mendengarnya.

"Gila kau, jika aku membantah, saham perusahaanku akan dipotong daddy!"

Bentak Jeon perlahan.

Tak lama, Jeon langsung mematikan panggilan dan terkejut saat pusing melihat Olivia berdiri tepat dibelakangnya.

"Olivia, dah lama siap mandi?" Soal Jeon gugup.

Olivia hanya diam lalu mengangguk.

"Lama sangat, sampai telinga ni sakit mendengar" ketus Olivia.

"Aku harap kau faham Olivia" kata Jeon perlahan.

"Baik, aku faham, jadi lepas ini kau tak perlu nak ajak aku keluar hanya untuk ambil hati" tambah Olivia lagi.

Jeon hanya diam lalu menuju ke bilik mandi.

Keluar saja dari bilik mandi, sosok Olivia hilang.
Puas Jeon mencari dimana mana, juga telefon.

"Aish pasti dia marah" ketus Jeon meraih kunci keretanya.

_____________

Disisi lain...
Olivia mengetuk pintu rumah seseorang dan disambut seorang gadis dengan rambut kusut serta pakaian tidur.

"Kau baru bangun?" Soal Olivia.

"Haah, dah kenapa awal pagi datang, kau tahu malam tadi--" ucapannya terhenti.

"Boleh bagi aku masuk dulu?" Kata Olivia perlahan dibalas angguk Nora.

"Masuklah" Olivia segera masuk dan duduk disofa.

Nora menuju ke dapur, beberapa saat dia datang dengan segelas air kosong.

"Ada apa apa nak cerita ke?" Tanya dia pada Olivia.

"Entahlah, aku keliru" balas Olivia perlahan dengan wajah menunduk.

"Keliru ape ni? Pasal Jeon ke?" Sahutnya.

"Macam mana kerja malam tadi, okay ke? Kau nampak penat betul, dah jadi panda dah mata kau" kekeh Olivia mengusap wajah Nora.

"Hm yela, kau cuti, aku sorang kena uruskan manusia manusia kat situ" balas Nora sambil menggosok matanya.

"Aku nak stay kat rumah kau sampai waktu kerja boleh?" Rayunya pada Nora.

"Boleh, lagi aku happy, kalau kau ade nak luahkan kat aku, aku sedia mendengar" balas Nora cuba memberi semangat.

______________

Jam 7:00 malam

Seperti biasa, bar baru dibuka.

Olivia dan Nora segera menyediakan apa yang patut sebelum orang orang gila itu datang.

"Olivia kau okay ke ni?" Soalnya bila melihat Olivia sedikit huyung hayang.

"Okay lah, pening sikit je" balasnya.

"Kalau kau pening, rasa tak sihat ke, beritahu" tambah Nora risau diangguk Olivia.

Jam 9:30 malam

Olivia melakukan tugasnya seperti biasa, namun kali ini sedikit lambat.

Tanpa sengaja dia menjatuhkan minuman pada seorang namja,

"Akh, bagaimana kau bekerja sayang?" Soal namja itu mengusap pinggang Olivia.

Menjadi lebih marah apabila Olivia tidak meminta maaf malah menepis kasar tangan namja itu.

"Kyaa! Sungguh biadap!" Tengking namja itu menjambak rambut Olivia.

"Akh sakit tuan!" Rintih Olivia cuba untuk melepaskan jambakan.

Orang disitu hanya diam melihat kejadian itu.

"Aku akan menghukum kau perempuan" tegas namja itu menyeret Olivia menuju ke pintu utama.

Nora cuba untuk mengejar Olivia namun pengurus bar itu menahan Nora untuk tidak masuk campur.

"Tuan maafkan saya, tolong lepaskan" rayu Olivia namun namja itu terus menarik paksa tangannya.

Hingga ke kereta, namja itu melajukan keretanya.

"Tuan ingin bawa saya kemana" panik Olivia.

"Aku ingin kau ganti pakaianku, setelah itu minta maaf kerana berani menolakku!" Tambah namja itu fokus pada pemanduan.

"Saya minta maaf tuan kerana berkasar, saya sungguh tidak sengaja" rayu Olivia lagi.

Tiba tiba kereta namja itu terhenti bila satu kereta menahannya dihadapan.

"Sial, siapa orang ini?!" Ketus namja itu lalu turun dari kereta.

_________________________________________________

Anneyoung hehe

NIKAH PAKSA__JEON JUNGKOOK Where stories live. Discover now