hangatnya cinta kita.

31 1 0
                                    

raut wajahnya suram,
alur matanya kelihatan lelah
kerana terlalu banyak yang dipendam,
hanya dirinya dan Tuhan yang tahu,
betapa beratnya beban di bahu.

aku ingin mendakap tubuh itu,
monolog hatiku memaksa langkahku,
aku berdiri di hadapannya sambil
mendepakan tangan untuk memeluknya,
tanpa aba-aba, sebelum aku mendekat
ternyata dia yang terlebih dahulu
menyatukan tubuh kami seeratnya.

aku terkedu,
dia malah menangis.
aku terdiam,
sambil mengusap belakangnya.
aku terpaku,
kerana kehangatan tubuhnya.

segalanya menjadi satu perasaan;
yang tidak dapat aku ungkap
dengan aksara.
terlalu nyaman, sehingga tiada kata.

–01:01 [11/2/24]

demi Tuhan, harus kuat.Where stories live. Discover now