perbahasan semesta.

29 3 0
                                    

di dalam setiap satu ciptaan-Nya,
semuanya mempunyai hal-hal tersirat
yang boleh membuktikan
bahawa Dia Maha Berkuasa nan Perkasa.

kita selalu berdebat,
tentang cakerawalanya semesta.
malah penasaran, tentang
apa yang ada di sana.

padahal kesemua pendapat itu
membawa maksud yang sama.
atmosfera yang Dia ciptakan,
sangat indah walau dalam apa keadaan.
hanya terpulang kepada
sesiapa yang melihat dan menilai
setiap apa yang dilihatnya.

walaupun, kata mereka,
"pelik, padahal tiada yang istimewa"
kita tetap suka dengan semesta.
kerana bagi kita,
semuanya memberi rasa bahagia.

rasakanlah dengan jiwa,
itu adalah tempat
pulang yang ternyaman di dunia.

–04:30 [03/04/24]

demi Tuhan, harus kuat.Onde histórias criam vida. Descubra agora