pemilihan hati.

10 2 0
                                    

kini, aku sudah mengerti.
betapa sakitnya hilang rasa
kepada orang yang dicintai(?)
walaupun mereka tidak melakukan apa-apa hal yang tidak disukai,
namun apabila hati mati,
maka, aku hanya mampu berhenti.

hati yang membuat pilihan,
kita tidak mampu berbuat apa, bukan?
bahkan bukan kita yang mengawal
soal hati dan perasaan,
lantas bagaimana bisa kita bertahan?

benarlah, kita perlu percaya kepada pemilihan hati,
kerana ianya lagi mengetahui,
maaf, jika aku masih
ingin membela diri,
bahawasanya aku tidak
menghancuri mana-mana hati,
tetapi jika aku masih tetap di sini,
pasti ia akan lagi tersakiti.

biar aku yang mencintaimu sedalam mungkin,
jangan kamu paksa apa yang aku mungkin tidak suka,
barangkali aku yang memulakannya,
namun biarlah aku juga yang mengakhirinya.
kerana hati ini sudah tidak mampu menghadapinya.

sejujurnya, aku tiada perasaan kepadamu.
namun, aku berusaha membuka pintu hatiku.
ternyata, perasaan ini hanya atas dasar simpatiku.
aku tidak mahu terus menyakitimu,
sebaiknya aku berundur dahulu.

maaf sekali lagi,
soalnya aku,
sememangnya tidak bisa lagi.

–06:65 [21/12/2023]

demi Tuhan, harus kuat.Kde žijí příběhy. Začni objevovat