atma yang suram.

53 2 0
                                    

sampai bila-bila,
aku akan masih tertanya-tanya,
apakah salahku,
kerana masih bernyawa?
apakah kalian berasa
sungguh terseksa?
atau adakah kehadiran diriku
ini memang tiada guna?

tidak mengapa,
aku juga tidak berdaya.
kerana aku bukan sesiapa,
kenapa harus aku bersuara?
kini, aku masih tenggelam
di dasar lautan yang sama.
meskipun aku berusaha ingin
menggapai ke daratan,
kalian juga berusaha,
agar aku putus asa.

atmaku yang suram,
semakin lama, semakin gelam.
setiap saat, tanpa suara.
setiap detik, tanpa sesiapa.

aku cuba untuk berjuang,
namun aku langsung kalah,
tanpa berperang.
tatkala ramai yang mencela,
aku masih tidak mampu
berbuat apa-apa.
kerana aku–bukan sesiapa.

sesuai identitasku
yang sering kali dipandang keji,
aku sememangnya tidak akan bisa
memenuhi ekspektasi,
bahkan semesta juga mengakui,
maka, aku tiada kuasa
untuk membela diri.

–13:12 [20/12/23]

demi Tuhan, harus kuat.Where stories live. Discover now