8

40 10 1
                                    

Hari ni aku dipaksa oleh papa untuk balik makan malam di rumah keluarga aku. Dekat meja makan sekarang ni ada sekali papa, aku, Amel dan perempuan gila tu a.k.a mama tiri aku. Oh ya lupa nak bagitahu... Aku sebenarnya anak tunggal papa hehe.

Masing-masing hanya diam membisu tatkala sibuk menjamu selera. Makan kan tak boleh bercakap? Lain lah kalau ada orang tu sibuk nak menyakitkan hati aku dan Amel kan?

"Diam aje, Wildan. Dah tak nak borak dengan mama papa ke?". Kan ada dah cakap. Mesti ada punya! Dengan ton suara sarkastiknya yang memang boleh menaikkan darah aku itu.

"Makan tak baik bercakap". Balas ku, mudah. Aku sebenarnya memang malas nak bersembang dengan perempuan gila tu. Kalau boleh, aku nak makan cepat-cepat pastu balik cepat-cepat.

"Wildan...". Papa menyeru namaku dengan nada datarnya. Menandakan yang dia tidak mahu aku mencari gaduh dengan ibu tiri ku itu sendiri. Uwekk, nak sebut perkataan tu pun dah meluat!

"Betul lah Wildan cakap. Makan tak baik bercakap. Kalau nak makan, makan dulu. Kalau nak bercakap, kemudian. Kan, Amel kan?". Aku menyiku-nyiku lengan Amel yang sedang makan tertunduk di sebelah ku itu. Aku tahu, Amel tidak selesa dengan renungan si perempuan gila terhadap dirinya. Perempuan tu memang daripada dulu lagi tak suka isteri cantik comel meletops aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Ada masalah jiwa kut.

Amel hanya mengangguk sekali.

Kesian Amel ku cantik. Mesti dia tak selesa kan makan semeja dengan perempuan tu?

"Alah tapi kan mama rindu nak berborak dengan--".

Bunyi dentingan sudu dan garfu besi aku pada permukaan kaca meja makan itu menghentikan kata-katanya. Amel yang terkejut dengan tindakan ku itu terus mengangkat wajahnya dan memandang ke arah ku. Papa pula hanya diam membatu.

" Nak berborak sangat dengan Wildan? Fine, fine. Wildan ada satu topik nak buka dengan mama". Aku jeda sebentar sebelum surat yang sudah dilipat kecil di dalam poket aku itu dikeluarkan lalu diletakkan dengan kasar ke atas meja.

"Apa tu, Wildan?". Papa bertanya.

"Papa tanya sendiri isteri papa tu".

"Idan...". Amel cuba untuk melarang ku daripada terus memarahi si perempuan gila, namun aku buat tak endah sahaja. Amel ni sampai bila nak suruh orang pijak kepala dia? Amel diam bukan bermakna aku nak diam juga.

"Dan mama. Wildan tak suka, langsung tak suka dengan cara mama yang sibuk nak mengatur hidup Wildan dan Amelia. Hal rumah tangga kami, mama tolong lah jangan masuk campur. Jangan nak suruh Amelia buat itu ini tanpa pengetahuan Wildan. Ini baru mama suruh Amelia pergi buat pemeriksaan kesuburan kononnya tak sabar-sabar sangat nak dapat cucu. Lepasni apa pula? Mama nak suruh Amelia paksa Wildan kahwin lain?!". Aku menengking perempuan gila itu di hujung ayat ku.

" Wildan Nu'aiman!!". Ini pula suara papa menengking aku. Good job papa!!

" What? Tak betul ke semua yang Wildan cakap tu mama?". Perempuan gila itu terdiam mendengar soalan ku itu.

Aku lalu mencapai tangan Amel, menyuruhnya untuk bangun berdiri bersama ku.

" Sekali lagi ya mama, Wildan nak pesan. Jangan memandai-mandai nak atur hidup Wildan dan Amelia. Wildan tahu macam mana nak uruskan hal rumah tangga kami sendiri tanpa perlukan nasihat sesiapa. Especially from you. Stranger". Aku lalu menarik tangan Amel dan berlalu pergi daripada situ.

🍦

"Woahh! Sedap giler aiskrim ni, Amel! Aiskrim Amel pun nampak sedap. Idan nak rasa boleh?". Aku gesel-gesel kan kepala ku pada bahunya.

Kami sekarang tengah makan aiskrim dekat taman berhampiran dengan rumah ku. Saja nak buat hilang stres.

"Aiskrim Amel perisa oren. Idan mana makan oren". Amel berkata dengan suara datarnya. Takpe, aku dah biasa! Aku kan kuat! Ceyh...

"Oh ye eh? Idan lupa yang Idan tak makan oren. Amel nak rasa aiskrim Idan tak? Idan beli perisa mangga tadi. Amel kan suka mangga. Kan kan kan?". Aku suakan aiskrim batang yang berperisa mangga itu kepadanya. Amel pun gigit sedikit daripada aiskrim itu.

"Serius la Amel gigit? Tak sejuk ke?".

Amel geleng-geleng sambil mengunyah aiskrim yang digigit tadi.

Situasi kembali sunyi. Aku dan Amel sibuk menikmati aiskrim masing-masing sambil melihat bintang di langit.

"Amel...". Panggil ku.

"Hm?".

"Amel takkan paksa Idan kahwin lain kan?".

Terhenti segala perbuatan Amel pada saat itu.

"Kenapa tanya macam tu?".

"Idan takut. Idan takut perempuan gila tu hasut Amel yang bukan-bukan lepastu dia paksa Amel untuk paksa Idan kahwin lain. Idan tak nak kahwin lain. Idan sayang Amel je. Sejak daripada zaman kolej lagi. Amel tahu tu kan?". Aku meluahkan rasa takut ku. Normal kah seorang lelaki untuk merasakan hal yang sebegini?

Amel angguk sekali.

" Idan sayang giler-giler dekat Amel. Idan tak kisah kalau sampai tua kita hanya hidup berdua tanpa anak. Yang penting, Amel seorang sahaja bidadari dunia Idan. Idan tak sanggup nak belah hati Idan untuk orang lain. Nanti Amel dapat separuh je. Idan nak Amel dapat semua hati Idan. Separuh-separuh mana cun kan?". Lama-kelamaan rasa kabur pula mata ini. Nak nangis ke ni? Alamak!

" Amel... ". Panggil ku lagi.

" Ya, Idan?".

" Amel sayang Idan tak?".

Amel angguk.

" Banyak tak?".

Amel angguk lagi.

" Jadi janji dengan Idan yang Amel takkan suruh Idan kahwin lain okay? Janji dengan Idan yang Amel takkan dengar lagi cakap perempuan gila tu okay?". Aku pandang Amel, Amel pandang aku.

Diam je.

"Janji la Amel~".

Chup!

Dia cium sekilas bibir aku.

Omo!

Omo omo omo!

Wildan Nu'aiman blushing!!!

HELPPPPPP!!!

"Iya, Amel janji".

🍦

Nah, amek arh satu lagi sebab kita tengah baik hati ni hoho!

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now