3

64 9 5
                                    

Hari ni aku dan Amel pergi hospital sebab tadi isteri aku tu cakap, dia sakit perut. Dah dua tiga hari juga dia sakit perut macam ni, jadi aku yang risau nak mampus ni, terus ambil cuti separuh hari bila Amel telefon tadi, ambil Amel dekat rumah lepastu pergi hospital.

Sekarang ni, kami berdua ada dalam bilik doktor. Tengah tungguh doktor nak cakap apa. Aku gelabah nak mampus ni. Amel boleh je relaks giler kat sebelah tu!

"Saya ada berita buruk yang nak disampaikan". Doktor dekat depan aku tu memulakan bicaranya.

"Berita buruk apa, doktor? Jangan buat saya suspen!". Makin gelabah aku dibuatnya.

Tak pasal-pasal kena jeling dengan Amel. Oops, maafkan syuben mu ini Amelia Aleena ku sayang... Hehe...

"Isteri encik ni mengalami gastrik yang agak teruk. Jadi, saya nasihatkan agar encik pantau pemakanan dia. Jangan bagi dia skip makan. Jangan bagi dia stres juga". Ish doktor ni! Buat suspen aku je! Ingatkan Amel sakit teruk-teruk tadi. Eh tapi, gastrik pun teruk lah!

Terus aku berpaling ke arah Amel.

"Amel... Kenapa tak bagitahu Idan yang Amel ada gastrik". Termuncung-muncung bibir aku. Saja nak buat-buat merajuk dengan Amel. Aku kan suami yang mengada.

"Amel kan baru tahu ni, Idan". Amel tengok aku dengan mata malasnya. Mesti dia dah tak larat nak layan aku yang mengada ni harini.

Dia pun tengok doktor tu untuk ucap terima kasih. Aku turut mengucapkan kata itu selepas doktor tu memberikan aku beberapa lagi pesanan tentang penyakit Amel ni. Lepas dah habis, kami pun keluar daripada bilik si doktor.

💊

"Kesiannya si cantikku Amel ni, sakit...". Amel yang sakit, aku pula rasa macam nak menangis. Aku memang tak boleh tengok orang sakit, aku rasa kesian. Bukan orang sakit je, kucing sakit pun aku kesian rasa macam nak nangis. Hati tisu kan aku ni? Memang pun...

Tangan ku, aku gosok-gosok dekat perut dia sambil aku lentokkan kepala ku pada bahunya.

"Mengada la Idan ni".

"Eh eh, Idan bukan mengada okay? Idan risaukan isteri Idan je".

"Amel okay lah".

"Kalau okay, cium pipi Idan sikit. Idan rindu hehe". Aku dekatkan pipi aku dengan wajahnya lalu dicium sekali oleh Amel. Amel selalu macam tu. Pening-pening kepala dia melayan aku pun, dia suka cium pipi aku. Minta atau tak minta, dia selalu akan buat.

"Amel nak makan apa ni? Idan masakkan okay?".

"Idan mana reti masak". Amel membidas. Alah, Amel ni! Orang baru nak fe-feeling jadi suami yang berbakti kepada isterinya dengan memasak. Terus dia sedarkan aku yang aku ni langsung tak pandai masak. Masak mi segera haritu pun hangit periuk. Merajuk Amel sehari. Semenjak daripada haritu, aku dah tak nak masak dah.

"Take out, nak?".

Amel mengangguk.

"Amel nak makan apa? Cepat bagitahu. Idan pesankan".

"Idan?". Maksudnya, 'Idan nak makan apa?'.

"Idan tak rasa nak makan lagi. Idan dah makan dekat office tadi dengan--". Belum sempat aku habiskan ayat aku, Amel dan menjeling aku terlebih dahulu. Jeling tanda amaran. Atau jeling nak tahu aku makan dengan siapa?

"Dengan?".

"Dengan Wadi. Pekerja baru dekat syarikat tu. Kenapa tanya? Amel cemburu ya~~?". Aku sakat dia sambil bahu dia aku tolak-tolak perlahan. Eleh Amel ni, kalau cemburu cakap je--

Amel mengangguk.

"Wooo!!! Amel cemburu! Maknanya Amel sayang Idan lah kan?".

"Idan nak pesan makanan ke tak ni?". Amel dengan suara bosannya. Kedua belah pipinya sudah mulai naik memerah. Malu ler tu!

"Okay, okay. Idan pesan sekarang".

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now