2

59 10 2
                                    

Aku berhentikan kereta aku betul-betul di hadapan universiti tempat Amel belajar. Ya, isteri aku masih seorang pelajar di peringkat Master. Dah nak habis dah pun. Bidang apa? Nanti aku bagitahu.

Aku keluar daripada kereta lalu berdiri sambil bersandar di pintu kereta itu. Lengan baju aku, aku lipat ke siku. Aku perasan je ramai perempuan-perempuan kat situ jeling aku tapi aku buat tak tahu. Mereka ni pun, tak payah lah tengok-tengok! Isteri saya garang tau! Tak takut ke?

Di khalayak ramai itu, aku nampak Amel berjalan ke arah ku dengan mukanya yang masam giler. Amel memang selalu buat muka macam tu, tapi harini... lain sikit. Hm... Aku ada buat salah ke?

"Hai, si cantikku Amel". Aku bagi dekat dia senyuman paling manis dalam dunia. Terserlah kedua lesung pipit kut.

Amel masih lagi berdiri di hadapan ku dengan wajah masamnya itu.

"Amel kenapa ni? Kenapa masam-masam ni? Nak cendol?". Aku cuba untuk buat lawak tapi makin masam pula wajahnya. Apa Amel ni tertelan lemon ke tadi?

Aku sebagai suami yang baik lalu mencapai totebag yang disandangnya (?) lalu hampir sahaja aku terjatuh. Takdela, acah je. Tapi aku nak cakap yang beg dia tu berat wey. Amel isi batu bata ke dalam ni?

"Mak ai! Beratnya beg Amel! Amel bawa apa dalam ni?".

Amel masih diam.

Alamak, aku ada tersalah cakap ke?

Tolong aku geng!!!

"Kenapa diam je ni, cantik? Idan ada buat salah ke? Ke Idan bagi Amel sakit kepala lebih harini?". Aku membawa tangan ku untuk menyelitkan beberapa helaian rambutnya ke celah telinga. Terbang-terbang ditiup angin~ Cantik giler! Tapi kalau Amel pakai tudung mesti lagi cantik kan?

" Idan suka ke orang tengok Idan macam tu?". Amel cemburu. Hehe, cemburu rupanya...

" Bila masa Idan cakap--".

Amel jeling aku tajam.

"Eh, takdela. Ya Allah, Idan tak suka! Kenapa la diorang tengok Idan? Ish ish ish".

"Elok-elok lah". Dia bagi amaran. Dia memang pantang kalau aku suka cakap main-main. Memang nak kena.

"Iya, cantikku. Idan tak suka. Tapi Idan nak buat macam mana? Itu mata diorang. Biar jelah, okay? Yang penting, Idan tengok Amel si cantik ni je. Kan kan kan? Nak cium boleh?". Ada je aku nak ambil kesempatan.

Amel diam.

Orang tua-tua cakap, diam maknanya setuju.

Aku lalu cium dahinya sekilas.

" Dah jom, Idan belanja Amel makan steamboat nak tak? Idan lapar ni...". Kata ku sambil menggosok-gosok perut ku. Aku tak kisah langsung kalau ada orang tengok aku bermanja dengan isteri aku di khalayak ramai. Suka hati aku la. Isteri aku kut.

Amel mengangguk.

" Okay, cantik. Kita pergi makan sekarang!".

🦐

Sempat lah juga aku berbual dengan Amel dalam kereta tu sebelum sampai di kedai steamboat yang kami nak pergi tu...

"Hari ni Amel buat apa? Baca kes? Mooting? Or parliamentary debate?". Aku main teka aje sebab aku tak tahu sangat budak-budak undang-undang ni belajar apa. Tambah pula bidang aku dan Amel sangat lah jauh beza.

Amel pelajar undang-undang.
Aku pula bekas pelajar architecture dan sekarang pun kerja sebagai arkitek.

Amel angkat bahu.

"Ni mesti tak tahu sebab banyak sangat kan?".

Amel angguk.

"Amel penat?".

Dia angguk lagi.

Aku pun ambil tangan dia lalu aku gosok perlahan-lahan.

"It's okay, cantik. You did great today! Idan bangga ada isteri yang suka belajar bersungguh-sungguh macam Amel ni walaupun we both know that Idan mampu tanggung Amel. Idan suka ada Amel sebagai isteri yang ambitious ni". Aku memang macam ni... Selain daripada menjadi punca utama Amel sakit kepala, aku juga pakar motivasi dia yang utama. Hehe...

Aku cium bahagian kekura tangannya.

Tak lama lepastu, aku dengar Amel menangis.

"Eh! Kenapa ni, cantik?!! Amel nangis ke?". Panik lah bapak di situ.

"Mana ada". Sambil dia lap air matanya.

"Nak nangis pun takpe. Nanti Idan belanja Amel aiskrim banyak-banyak okay?".

Amel mengangguk.

Lepas dah reda tangisannya, dia tanya aku pula...

"Idan buat apa harini?".

"Oh! Idan bincang dengan bos tentang pelan baru projek hotel tu. Idan yang kena design exterior dia. How it will look like on the outside. Tapi kena ikut citarasa klien juga. Sebab tu tadi Idan ada meeting dengan klien dengan bos Idan sekali".

Terangguk-angguk Amel mendengar.

"Amel bangga tak dapat suami macam Idan?".

Tadi aku yang genggam tangan dia, sekarang dia yang genggam tangan aku dengan lebih erat lalu dia squeezed tiga kali. Maknanya, 'ya'. Amel tak suka sangat bercakap, jadi ini bahasa rahsia dia.

"Amel sayang Idan tak?".

Amel angguk.

"Banyak tak?".

"Bising lah Idan ni". Suara dia dah macam malas nak layan aku. Aku tak terasa pun sebab aku tahu... Amel sebenarnya suka aku yang macam ni. She loves me being crazy and funny and talkative around her walaupun dia selalu pening kepala sebab tu. She enjoys listening to me talking.

"Bising sikit je hehe".

🦐

Double update sebab author suka Amel & Idan ni hehe...

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now