7

45 9 1
                                    

"Assalamualaikum Amel cantikku sayang! Idan dah balik!". Masuk-masuk je rumah, terus aku bagi salam. Yela, tak kan nak main terjah je kan?

Harini aku balik kerja awak sikit sebab nak teman Amel dekat rumah. Kelas Amel semua cancel harini, jadi aku kesiankan lah pula isteri aku duduk sorang-sorang.

Tapi aku pelik bila salam aku tak terjawab.

"Amel? Idan dah balik ni... Idan ada belikan nasi kerabu untuk Amel. Amel kan suka nasi kerabu kan kan kan?". Aku berjalan di sekitar rumah ku itu tapi kelibat Amel tetap tiada. Dekat ruang tamu tiada, dekat dapur pun tiada.

"Amel... Jangan takutkan Idan macam ni...". Terus aku letak beg kerja dan plastik yang berisi dua bungkus nasi kerabu itu ke atas meja makan terlebih dahulu. Tangga di sebelah meja itu aku daki untuk mencari Amel di tingkat atas.

"Amel si cantikku sayang... di mana kamu?".

Masih lagi tiada jawapan.

Tapi aku nampak pintu bilik kami terbuka sedikit jadi aku masuk lah. Sebelum tu sempat aku lipat kedua-dua lengan kemeja ku hingga ke siku. Panas!

Buka sahaja pintu tu, aku nampak Amel duduk dekat balkoni bilik tu. Di tangannya ada sesuatu. Semacam sekeping kertas putih.

Aku tersenyum lalu perlahan-lahan aku berjalan menghampiri figura Amel yang membelakangi ku itu. Fuh, cantik betul isteri aku ni! Dengan rambut yang terbang-terbang!

Sampai je dekat belakang dia, terus aku peluk pinggang dia membuatkan Amel terkejut. Dia punya terkejut tu sampai terjatuh kertas yang dipegang tadi.

"Amel, Idan dah balik".

"Hm".

"Kenapa Amel tak sahut panggilan Idan tadi? Idan ingatkan Amel kena culik tau! Risau Idan!". Aku cuba untuk membuat lawak seperti biasanya namun Amel tetap terdiam. Tangannya membuang pelukan ku lalu di capai kertas yang terjatuh tadi.

Amel kenapa?

"Amel marah kan Idan ya? Kenapa Amel tak nak Idan peluk Amel? Tu kertas apa? Idan nak tengok". Aku cuba untuk mengambil kertas itu namun Amel menghalang. Dapat aku rasakan yang kertas itu kertas yang penting buatnya.

Tak...

Buat kami.

Amel cuba untuk berjalan masuk semula ke bilik namun aku menahannya dengan suara ku.

"Amelia Aleena. Idan nak tengok kertas tu sekejap boleh?". Aku menggunakan kuasa veto ku sebagai seorang suami. Suara ku masih lembut, jangan risau. Aku tak akan pernah tinggikan suara dekat isteri cantikku ini. Don't worry! In a world of boys, I'm a gentleman!

Langkah Amel terhenti dan perlahan-lahan dia hulurkan kertas tu kepada aku. Aku ambil dan aku baca isinya.

Usai baca, aku pandang kedua mata isteri ku itu. Matanya berair, ya dia sedih.

"Kenapa Amel buat ujian ni?". Soal ku. Tidak marah cuma hanya ingin tahu.

"Amel cuma...".

"Tak minta izin Idan pun? Idan tak tahu pun Amel buat ujian ni. Siapa yang suruh Amel buat ni? Cakap dekat Idan". Aku menghampiri Amel lalu aku usap pipi dia.

"Idan kecewa dengan keputusan tu?". Suara Amel seolah-olah dia sedang cuba menahan sebak.

"Jawab soalan-soalan saya dulu, Amelia Aleena". Aku sudah mulai sedikit tegas. Tidak suka dia mengelak daripada menjawab soalan aku kerana aku tahu ada manusia tak guna yang sibuk dia nak pertahankan.

"Mama. Mama suruh Amel buat. Mama cakap Amel tak boleh nak bagi Idan zuriat. Dah lama sangat dia dan Idan tunggu. Jadi, Amel pergi buat ujian tu atas saranan dia. Turned out, it's true. Apa yang mama cakap, semua betul. Amel tak boleh mengandung. Tak akan pernah boleh mengandung". Aku dah agak dah. Mesti perempuan gila tu yang bagi idea ni dekat Amel. Siapa perempuan gila yang aku maksudkan? Mak tiri aku.

"Kenapa tak tanya saya dulu? Mesti ke awak ikut cakap mama?".

"Idan marah? Idan kecewa dengan keputusan tu?".

"Saya tak pernah cakap saya kecewa dengan keputusan tu, Amelia. Sebab saya percaya dengan rezeki Allah. Yang saya kecewa sekarang ni, awak pergi ikut cakap perempuan gila tu. Awak tahu dia macam mana kan? Dia cakap apa lagi dekat awak?". Aku memang dikenali sebagai Idan yang manja dengan isterinya; Amel. Tapi tidak dengan perempuan gila harta tu. Words can't tell how much I hate my stepmom.

" Amel minta maaf". Terus Amel peluk badan aku sambil menangis. Aku yang nak marah ni pun tak jadi nak marah. Aww my poor baby. Jap lagi Idan pergi babap perempuan gila tu okay? Berani dia buat isteri aku yang kuat semangat slay boss bitch ni menangis?!

"Saya tak marah awak, Amelia. Saya kecewa sikit je sebab awak selalu dengar cakap perempuan gila tu. Lain kali, tolong jangan buat lagi. Kalau ada hal yang awak tak pasti, awak tanya saya. Saya ni suami awak. Okay?". Aku gosok-gosok rambut Amel. Tak boleh macam ni, nanti aku turut serta nangis juga.

Amel mengangguk lalu aku lepaskan pelukan itu.

Kedua pipinya aku pegang.

" Kesiannya Amel cantik Idan ni...". Aku cium kedua mata basahnya.

"Orang cakap macam-macam ya dekat Amel?". Aku tanya dan Amel mengangguk.

"Takpe, nanti Idan jahit mulut diorang semua okay?". Ha, kali ini baru nampak Amel ketawa. Cool kan aku boleh buat isteri aku gelak lepas menangis?

"Dah jangan nangis-nangis lagi. Tadi Idan ada beli nasi kerabu untuk kita makan sama-sama. Nak tak? Idan beli lauk ayam bakar untuk Amel. Pastu Idan beli lauk daging bakar untuk Idan. Cun tak?". Aku jongket-jongket kan kening aku.

Amel mengangguk sambil tersenyum.

" Okay, jom makan. Idan lapar". Aku gosok-gosok perut aku.

Baru je aku nak ambil tangannya, mata kami terpandang pada benda yang sama. Kertas itu tadi.
Kemudian Amel tengok aku lagi.

"Idan percaya rezeki Allah. Takkan Amel tak percaya kan?". Kata ku.

"Idan tak terkejut?".

"Sikit la. It's okay... Lepas makan, kita bincang lagi pasal ni, hm?".

Amel mengangguk.

🍼

Nah, amek arh satu lagi.
Jumpa minggu depan!
(kut)

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now