Turun naik dada Hifzan mencari nafas. Terasa seakan ada sesuatu menyekat saluran pernafasannya.

" Tarik, hembus... tarik, hembus... "

Hifzan menarik dan menghembus nafas mengikut tempo Hadif. Tangan kecil Helena dia genggam kuat.

Melihat Hifzan yang semakin bertenang, Hadif mengajak Helena berdiri.

" Abang angkat Lena, Lena cari mana pagar keluar okey? " Cadang Hadif.

Tubuh kecil Helena dia angkat tinggi sebelum jari kecil itu menunjuk ke suatu arah.

" Sana! " Jerit Helena.

" Good job, beautiful. Now remember the way okay? " Hadif tahu, ingatan Helena sangat kuat. Sekali pandang aje sudah hafal.

" Okay... "

Hadif mula menarik lengan kiri Hifzan diletak di belakang bahunya. Helena pula menggenggam tangan kanan Hifzan untuk dibawa ke jalan keluar.

" Belok sini! "

" Kanan! "

" Sinilah! "

Pelbagai arahan dikeluarkan oleh Helena sehinggalah mereka berjaya keluar daripada pagar sesat itu.

Hadif menghembus nafas lega. Tubuh Hifzan dia baringkan ke tanah. Nampak sangat paniknya tadi. Sekarang pun dadanya masih turun naik.

Hadif menggosok kepala Helena dan menunjukkan thumbs up.

Bang!

Sepantas kilat, Hadif menarik Helena ke dalam pelukan apabila terdengar bunyi tembakan. Hifzan yang sudah terduduk mula berbalas pandangan dengan Hadif.

Helena di dalam pelukan erat Hadif menekup mulutnya sendiri dengan air mata lencun membasahi pipi. Diri cuba ditenangkan sebaik mungkin.. Perkara asas yang diajarkan daddy nya sekiranya terdengar bunyi tembakan atau serangan.

Hifzan dan Hadif bergegas ke taman permainan. Takut terjadi apa-apa pada Heidi dan adik-adik mereka.

" Hefzy! " Hifzan berlari mendapatkan Hefzy yang sudah terbaring di tanah. Mujur tiada kesan tembakan. Cuma terdapat beberapa luka dan calar kecil. Tubuhnya hanya dipenuhi oleh darah orang lain...

Hifzan buka mata luas.

" Hadif ¡Encuentra otro! ( Find the others! ) " Laung Hifzan di dalam bahasa kegemarannya, bahasa Sepanyol.

Tak lama kemudian dia dengar satu lagi bunyi tembakan. Makin panik dia dibuatnya. Tubuh Hefzy dibawa dalam dukungan seraya kaki mengorak langkah ke arah kawasan di sebalik taman permainan.

Dia lihat Heidi dan Hadif sedang bertumbuk bersama beberapa lelaki bertopeng. Keadaan makin tegang apabila Hadif bertindak mengeluarkan pistol untuk berbalas tembakan.

Hifzan cari pula sosok si kembar. Ada seorang lelaki sedang bergelut dengan Hafhiz dan Hafiy.

" Argh! " Lelaki itu menjerit kuat tatkala Hafiy menggigit tangannya.

Habib pula lincah berlawan dengan lima lelaki bersenjata dibantu oleh bodyguard nya.

Kemudian Hifzan teringat sesuatu.

Helena tidak bersama Hadif.

Hifzan cuak, jantung mula laju mengepam darah. Dia berlari membawa tubuh Hefzy bersama dengannya untuk mencari Helena.

" Helena!!! " Laung Hifzan kuat. Anak mata kelabu itu tak henti daripada bergerak ke seluruh arah. Tiada langsung pernampakan tubuh kecil yang memakai dres putih.

" Princess! Helena Dahlia! Answer me!!! Helena!!! " Sakit anak tekak Hifzan menjerit. Tak mungkin Helena sudah hilang.

" Princess, where are you... ?! " Bergetar suara Hifzan.

Siapa pula yang berani cari masalah dengan keluarga Grey? Lebih-lebih lagi, bagaimana musuh boleh tahu tempat ini? Tempat ini jauh daripada pandangan manusia, hampir mustahil untuk dikesan.

" Awak siapa? " Lelaki bertopeng di hadapannya dia tatap keliru. Sementara dia terpisah daripada abangnya dan ditarik masuk ke dalam semak.

" Follow me. "

" Tak nak. " Helena genggam hujung dresnya. Dia takut. Mahu saja dia meraung di situ.

" Daddy kata jangan ikut orang tak kenal! " Kata Helena perlahan. Dia menunduk memandang rumput hijau.

Dia dengar lelaki bertopeng itu mengeluh perlahan.

" I have a lolipop. "

Helena angkat wajah. Seketika dia rasa dipukau. Tak! Tak boleh! Helena geleng kepala laju.

" Tak nak! " Helena hentak kaki. Baru saja dia mahu lari dari situ, tangannya direntap kuat.

" Saya ada meow. "

" Miau? " Helena mula kerut dahi. Dia memang dah lama nak kucing.

" Yes. Nak tengok? Jom ikut abang. "

Helena ragu-ragu. Dia tak mahu pergi jauh dari abangnya. Tapi, bukan selalu dia boleh tengok kucing. Rumahnya di tengah-tengah hutan, jumpa harimau boleh lah. Jarang jumpa kucing di sini.

" Boleh ke? "

" Of course. "

Sedikit demi sedikit. Helena berjalan menyambut huluran tangan lelaki di hadapannya.

" Helena!!! "

Terhenti langkah Helena. Dia dengar suara Hifzan. Terus dia pusing belakang.

" Shit. " Aldo mengangkat tubuh kecil Helena dan dibawa lari. Dua orang suruhannya dipanggil untuk menguruskan Hifzan.

" Helena!! No! " Hifzan cuba mengejar lelaki yang mengambil adiknya tadi namun langkahnya terhalang apabila dua lelaki berdiri di hadapannya.

" Tepi, bodoh! " Hifzan cuba mengelak serangan kedua lelaki itu. Pergerakannya agak lambat dan terhalang disebabkan Hefzy yang berada dalam dukungan.

" Helena! "






" Hah! " Tercelik mata Helena dek kerana mimpi tadi. Nafasnya tercungap-cungap. Mimpinya sebijik dengan kejadian sebelas tahun lepas. Seperti diulang tayang.

Tangan dibawa pegang dada sendiri. Kenapa? Kenapa harus diingat kembali? Dia cuba menenangkan diri.

Sakit. Kejadian itu buat dia sakit. Hatinya sakit mengingatkan keperitan abang-abangnya. Apabila dia dipulangkan semula ke pangkuan keluarga, dapat dia perhatikan perubahan yang berlaku. Tambah-tambah lagi, banyak calar dan juga kesan torehan di wajah abang-abangnya. Tak mungkin kesan daripada kejadian lama, melainkan dibuat sendiri. Tak dapat dia bayangkan situasi ahli keluarganya ketika dia tiada.

Dia bangun. Langkah diatur ke arah bilik air. Pili air dibuka dan air ditakung memenuhi lekukan tangan sebelum diratakan ke muka.

Helena tenung pantulan wajahnya di dalam cermin. Mimpi tadi buat dia rasa tak keruan. Macam situasi itu akan berlaku lagi. Cuma mungkin tidak semirip dahulu.

" Hah... A- amar... Lorenzo Vitale. "

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang