Tadi ada pelawat dari syarikat lain datang, dia buat lawak sikit lepastu kena maki. Dia pun tak tahu apa salah dia.

" Yes, welcome to ATC. Is there anything that I can help you? " Hafiy membaca tulisan di tangannya. Senyuman penuh ikhlas diberi pada lelaki yang datang ke kaunternya.

" Hm, where's the meeting room? I can't find it and the meeting will start in ten minutes. " Lelaki itu nampak gelisah. Matanya tak lekang memandang jam tangan.

" I don't know dude. You should get some ice cream, don't be so stressful. Relax. " Hafiy cuba menceriakan suasana. Dia buat gaya menarik dan menghembus nafas.

Lelaki itu buat muka tidak puas hati. Dia sedang tergesa-gesa dan Hafiy pula suruh dia bertenang. Tak semena-mena Hafiy mendapat makian daripada lelaki itu sebelum lelaki itu dihantar oleh seorang receptionist perempuan untuk ke bilik mesyuarat.

Baru sahaja Hafiy ingin menyandarkan tubuh, dia terpaksa berdiri semula apabila seorang wanita yang berpakaian kemas dan mewah datang ke arahnya.

" Em maaf, you siapa? " Wanita itu bertanya dengan sopan. Dia pandang Hafiy dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Tak pernah pula dia nampak Hafiy di sini.

Hafiy pula terdiam seketika. Tak ada orang tahu ke dia baru masuk kerja?

" Saya pekerja baru. " Itu sahaja yang keluar dari mulut Hafiy.

" Oh, okay. Then, continue your work. Sorry for disturbing. " Wanita itu senyum manis sebelum berlalu pergi.

Hafiy diam sahaja. Matanya mengekori langkah wanita itu yang berjalan ke arah lif yang dikhaskan untuk pengarah atau pengasas syarikat.

" Miss! Tak boleh guna lif tu. " Laung Hafiy sedikit kuat. Takut wanita itu tak dengar mungkin.

" Why? "

" It's for the founder. "

" But I'm the CEO. " Tenang wanita itu berkata. Wajah Hafiy yang agak tercengang itu dia pandang biasa dan dia masuk ke dalam lif.

Hafiy pandang saja pintu lif yang tertutup. Dia raup wajahnya.

" I'm dead. "

" No way... maksudnya kau ada secret admirer lah? Ee, seronoknya ada orang minat dekat dia! Haha! " Saleema tutup mulut seakan terkejut.

Dia hanya mendengar cerita Helena tentang mystery guy. Sikit pun Helena tidak cerita pendapatnya tentang kaitan antara mystery guy dengan orang yang menculiknya sebelas tahun lepas.

Helena jeling Saleema.

" Gatal kau! " Laju jari ketam Helena hinggap di lengan Saleema yang dari tadi mencuitnya.

Siapa aje yang suka bila ada stalker?

" Aduh! " Saleema gosok lengannya, pedih betul cubitan anak dara ini.

" Kau ingat seronok? "

Saleema sengih tak bersalah. Cheesecake yang baru dihantar oleh pelayan tadi dia suap ke dalam mulut. Sedap!

" Tadi kau cakap macam kenyang sangat. Ni apa? Sampai tiga kek kau pesan. " Helena pincing mata. Dia pesan satu kek aje. Tapi empat kek yang pelayan hantar.

" Biarlah, aku pun lapar. "

Helena muncung bibir. Sedap pula tengok kek Saleema.

" Tapi kan, macam mana dia tahu kau ada kat sini? " Tanya Saleema. Mustahil ianya kebetulan kalau betul Helena pernah jumpa mystery guy di funfair. Sama kabin pula tu.

" Manalah aku tahu... " Helena gosok dagunya. Kalau dia tahu, mungkin stalker itu dah tak dapat detect dia.

Pintu kereta dikatup rapat dan dikunci.

" We'll start operations in the next two months, and what is this? " Aldo yang dari tadi berada di dalam kereta membuat muka tidak puas hati.

Lorenzo pandang wajah cemberut rakannya itu.

" Just giving her some surprises. " Kata Lorenzo tenang. Telefon dikeluarkan membuka galeri melihat gambar-gambar insan yang bertakhta di hati.

Aldo merengus kecil dan mengeluh.

" Tak apa ke kau tak pakai mask? "

" No one knows me. " Ujar Lorenzo. Matanya masih tapat menatap wajah kekasih hati.

Aldo gigit ulas bibir bawah. Geram dengan Lorenzo yang melayannya acuh tak acuh. Member sudah angau...

Dengan geram, Aldo menekan pedal minyak kuat. Dengan kelajuan 200 kilometer perjam, kereta Porsche GT3 RS itu laju membelah jalan.

" Kita dekat Malaysia, Aldo. Bukan Itali. Kau nak mati pergi seorang-seorang ajelah. Kau ingat kereta aku ni berapa
Euro? Enam digit tahu? " Lorenzo menyelit amaran. Matanya mencengkam tajam Aldo di sebelahnya. Dia tak kisah Aldo nak bawa sampai botak tayar, tapi guna kereta sendirilah. Ini kereta favourite dia, tak akanlah dia nak biar Aldo yang botakkan tayar kereta dia yang mahal ni.

" Tahu. "

Aldo memperlahankan kelajuan kereta. Kalau tidak, nanti ada lampu merah biru kejar. Tak pasal-pasal kena tahan. Dia bukannya warganegara pun.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now