" Hm, Fahd Bariz. Apa macam? Okey? " Hafiy tunjuk ibu jarinya. Kalau Helena tak nak nama tu, dia boleh tukar.

" Okay, nice! Nah, dua ringgit. Thank you! " Helena hulur dua keping not seringgit. Dia mula memandang patung kucingnya semula. Besar, comel dan lembut. Kalau boleh dia nak gigit aje.

" Fahd Bariz dengan Lyra Adelin Sofia! " Helena angkat patung itu tinggi di hadapan wajah Hafhiz, Hadif dan Hefzy.

" Bukan main nama patung dia, agaknya macam mana nama anak buah aku nanti. " Hadif berbisik ke telinga Hefzy. Kalau benda pun dia letak nama hebat-hebat, nanti anak buahnya pasti gah-gah namanya. Jangan yang pelik-pelik sudah.

" Harapnya tak letak nama makhluk asing. " Hefzy membalas. Suara diperlahankan sehabis baik.

" I hope so. "

" Ei, mengumpat Lena eh?! " Lena mengerutkan muka. Dalam diam, mengumpat pasal dia, ingat tak dengar ke?

" Mana ada, hehe. " Hefzy berdalih.

" Abang Habib...! " Panggil Helena meleret. Nak mengadu, biar abang berduanya itu kena ceramah sebab mengumpat.

Habib yang baru duduk di sebelah Hafiy sambil memakan aiskrim yang berwarna hijau segera mengalih pandangan apabila Helena memanggilnya.

" Apa, Habibah sayang? " Soal Habib lembut.

" Tadi- "

Hadif dan Hefzy menekup mulut Helena.

" Tadi kita orang na- nak ajak dia! Ha, nak ajak Lena naik... em, tu ha, yang kuda pusing-pusing tu! " Hadif sengih kekok. Kalau Habib tahu dia mengumpat tadi, memang taman tema ini bertukar jadi pusat ceramah percuma.

" Oh, lepastu? " Soal Habib lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Sangat positif.

" Lepastu, Lena nak ajak kau. "

" Lepastu? "

" Tiga. " Jawab Hefzy.

" Eh ye ke? " Hafiy pula menyibuk. Tadi sibuk main dengan patung arnab dia.

Helena pula menarik-narik tangan Hadif dan Hefzy dari mulutnya. Mahu lemas dia dibunuh abang sendiri.

Hadif melepaskan tangannya apabila Habib pergi ke arah Hifzan.

" Abang H- "

" Nak aiskrim? " Hefzy memotong. Topik harus ditukar segera.

" Nak! " Dengan sekelip mata, Helena telah dimanipulasi oleh abangnya.

Hadif angkat ibu jari, terbaik.

Helena tenung luar tingkap dengan tangan menongkat dagu. Tadi lepas naik kuda pusing dengan abang-abangnya termasuk Hifzan, dia ajak pula naik roda Ferris.

Mula-mula dia teruja, sekarang tidak lagi. Roda Ferris itu hanya boleh dinaiki dua orang saja untuk satu kabin penumpang.

Tuan Huzhaid bersama Puan Dairisya, manakala Hifzan bersama dengan Hadif.

Bilangan abang dia tidak genap, jadi dia terpaksa duduk dengan stranger memandangkan abangnya semua dah naik dulu. Tahu-tahu aje dia naik seorang masa beratur tadi.

Dan orang di hadapannya nampak sangat mencurigakan.

Pakai topi hitam, pelitup muka hitam, siap pakai spek mata hitam lagi. Baju pun hitam!

Helena rasa nak lompat keluar aje dari kabin ni. Kalau boleh dia nak cari siapa yang buat kabin ini hanya untuk dua orang sahaja duduk. Dia ini sudahlah single.

Lama dia tenung matahari yang sudah masuk fasa terbenam. Cantik. Perlahan-lahan bibirnya tersungging senyuman nipis. Tak sedar langsung orang yang bersamanya di dalam kabin itu sedang merenungnya.

" La mia fecilita. "

Mendengar perkataan itu, kepala Helena automatik berpusing. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan tatapan curiga.

" Who- "

Baru ingin menegur, lelaki itu sudah keluar dari kabin. Helena yang baru tersedar kabin itu sudah sampai di bawah terus keluar dari situ.

" Wait! "

Dia harus memastikan siapa lelaki itu. Ayat yang dikatakan lelaki itu sama dengan gelaran yang diberikan mystery guy kepadanya.

Di dalam kerumunan orang, dia cuba mengejar langkah lelaki yang bersamanya tadi sebelum sosok itu hilang begitu saja.

Dia keluh perlahan.

Ting!

Masuk satu notifikasi di dalam telefon Helena. Terus dia buka telefon dan membaca mesej yang dihantar seseorang.

- We'll meet again in another day, fecilita.

Dahi Helena berkerut seribu. Benarlah lelaki tadi ialah mystery guy. Tapi kenapa lelaki itu muncul di hadapannya? Siapa lelaki itu?

" Lena! "

Helena toleh ke belakang melihat abangnya yang melambai ke arahnya. Dia menghampiri sekumpulan lelaki itu.

" Buat apa jauh-jauh sana? " Soal Hefzy. Roda Ferris di sini, adiknya di sana. Macam mana boleh pergi jauh ni? Terbang ke?

" Hah? Tak, ada orang... jual popcorn... " Helena memberi alasan. Kepala yang tidak gatal digaru. Tak akan nak cakap dia pergi kejar stranger pula kan?

" Okey, you nak popcorn ke Lena? Jom, I belikan! " Hafiy menawarkan diri untuk membelanja Helena. Rasa sebersalah tadi tinggalkan Helena seorang di kabin roda Ferris. Dah masuk dalam kabin dengan Hafhiz baru dia teringat, 'mana Helena?'.

Helena agak mengelamun. Kepala masih memikirkan lelaki tadi. Leka dia melayan fikiran, Hafiy terus tarik tangannya ke gerai popcorn.

•••

- sorry late update ಥ‿ಥ

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now