Bab 38

237 7 6
                                    

"Allah Ya Allah!" Fea sorokkan pandangannya apabila hantu di dalam tv itu mula menunjukkan diri. Rizzkey yang tak jumpa mana seramnya itu hanya melihat cerita itu dengan senyap dan khusyuk membiarkan Fea yang asyik-asyik pegang dia sebab takut. Benda la, bukannya hantu tu boleh keluar tv pun ach sekali betul-betul keluar tv nangis kau bang.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ee takut lah." Fea tepuk Rizzkey di sebelah. Nak bagi signal yang dia terlalu capek melihat makhluk halus. Rizzkey toleh pandang Fea.

"Mana yang seram sangat? Nak aku ulang?" Rizzkey ambil remote tapi lepastu dia ketawa sebab Fea memukulnya.

"Dah la, tak nak la tengok. Awak la ni, ajak saya tengok cerita hantu pun malam-malam. Karang dia muncul macam mana?"

"Pergi la kau tidur kat bilik tu sorang-sorang kalau tak nak tengok." Mamat ni sengaja. Fea laju geleng. Sorang-sorang lagi lah dia tak mampu.

"Nak tengok cite apa? Jawan nak?" Chaleya~

"Dah tengok dengan Ella ngan Imah." Sape minat SRK, kite geng.

"Hmm, movie apa yang best?" Tanya Rizzkey sambil-sambil scroll Netflix di tv itu. Fea termenung je melihat terlalu banyak pilihan movie di situ. Persoalannya, yang manakah paling best?

"Hmm, yang paling best adalah jalan-jalan. Tutup la tv tu. Bazir elektrik je." Fea bangun dari sofa. Banyak sangat movie, last-last tak tengok mana-mana pun bijak amat. Rizzkey nak tak nak pun mematikan televisyen itu. Dia ikut Fea dari belakang. Dia mengusap wajahnya apabila kantuknya terasa. Pasrah jela bini ajak jalan-jalan time malam. Takde la lewat malam sangat tapi sebab Rizzkey memang kurang rehat so cepatlah dia penat. Baru jam 9 lebih guys. (Author turu jam 2 pagi dowh)

"Sayang, sini jap." Rizzkey memanggil Fea yang baru siap pakai tudung itu. Fea pun mendekati Rizzkey dan mengangkat keningnya.

"Apa?" Tangan masih betulkan tudung yang sudah sedia betul.

"Nah, ambik jersey aku. Aku tak pakai long-sleeve." Rizzkey hulur jersey milik lelaki itu yang kelihatan seperti belum pernah guna pun. Bau kedai pun belum hilang awokawok.

"Jersey apa ni? Buat sendiri ke?" Fea mengambil jersey itu dan melihat-lihat coraknya. Tertera nama 'DAIM' di situ dengan nombornya, nombor 1. Captain la katakan.

"Team aku bagi. Tapi aku tak pakai, tak suka long-sleeve. Panas." Lagi api neraka. Fea angguk-angguk.

"Awak nak saya pakai bila ni?" Rajin bertanya, amalan mulia ach.

"Suka hati kau la sayang." Jawab Rizzkey sambil mencari jaketnya di dalam almari. Fea angkat bahu lalu melipat jersey baru miliknya itu dan diletakkan di atas katil.

"Pakai jaket, nanti kau sejuk. Malam-malam sejuk dia sampai tulang sumsum." Rizzkey hulur jaketnya kepada Fea. Fea akur memakai jaket oversize itu. Terima jelah dah dia nya jenis tak tahan sejuk.

"Nak naik motor ke jalan kaki?" Tanya Rizzkey setelah sudah siap menyarungkan jaket ke tubuhnya.

"Jalan, kita exercise sikit." Fea keluar bilik terlebih dahulu. Rizzkey ikut sahaja. Sampai keluar rumah, Rizzkey mengunci pintu rumahnya. Berjaga-jaga bukan amalan author tsk tsk tsk tak patut tak patuttt.

"Come, pegang tangan aku." Rizzkey hulur tangan kepada Fea. Fea pandang kejap tangan Rizzkey itu lalu memegang tangan yang jauh lebih besar darinya itu. Dilemma, dia yang kecik sangat ke mamat ni yang besar sangat. Mestilah mamat ni yang besar sangat, geng titan dah ni ach tak baik la korang ni. Tsk tsk tsk tak patut tak patuttt.

"Banyaknya bintang, esok mesti panas." Ujar Fea sambil mendongak melihat langit malam. Rizzkey ikut melihat bintang. Teringat lagu Didi & Friends. Btw saya suka Jojo ;)

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now