Bab 25

265 6 4
                                    

"Assalamualaikummm umiiii." Fea beri salam dengan sangat ramah. Umi Lan itu menjawab salam Fea dengan senyuman manis.

"Feaa lamanya tak nampakk, makin cantiklahh." Umi Lan memeluk Fea. Fea senyum juga membalas pelukan Umi Lan itu.

"Hehe yeke?" Gedik minah ni. Umi Lan tertawa.

"Jom la masuk dulu. Ee dah lama tak borak, rindu la umi dekat Fea."

"Hehe Fea pun sama. Ha umi, lupa bagitau. Ni suami Fea, sorry baru nak bagitau umi."

"Hah?" Muka umi Lan itu begitu terkejut. Dia pandang Rizzkey yang berada disebelah Fea itu.

"Oh, Lan belum bagitau umi eh?" Fea angkat kening.

"Belum, dia belum balik rumah pun lagi. Umi fikir dia pergi jumpa kawan la kot." Umi Lan nampak sedikit kecewa.

"Ohhh." Fea angguk-angguk.

"Ah, jom masuk dulu. Suami Fea nama apa?" Umi Lan tersenyum manis kepada Rizzkey.

"Rizzkey." Rizzkey juga tersenyum manis. Umi Lan mengangguk.

"Jemput masuk ya Rizzkey, Fea. Umi buatkan air dulu." Umi Lan berlalu pergi ke dapur setelah Rizzkey dan Fea sudah duduk di atas sofa.

"Auntieeee." Seorang kanak-kanak lelaki berlari anak mendekati Fea. Fea senyum teruja.

"Imannn." Macam drama je gayanya.

"Auntie nak jumpa Pak Su ke? Pak Su belum balik." Iman bercakap menampakkan giginya yang rongak.

"Pak Su pergi mana?" Tanya Fea lembut.

"Entah la auntie." Iman angkat bahu membuatkannya nampak begitu comel. Fea ketap gigi kegeraman. Asal comel sangat budak rambut mangkuk ni?

"Kalau Pak Su dah balik nanti, cakap auntie kirim salam eh?"

"Okay auntie."

"Tenkiu." Fea cubit pipi Iman. Iman angguk membuatkan rambutnya ikut bergerak.

"Ni siapa auntie?" Iman tunjuk Rizzkey. Fea tarik tangan Iman supaya jangan tunjuk jari pada Rizzkey. Tidak beradab jika menuding jari pada orang dan Fea sedang mengajar Iman untuk bersikap lebih sopan.

"Ni husband auntie. Iman kena panggil uncle ni, Uncle Rizzkey. Boleh?"

"Eh? Husband auntie bukan Pak Su?" Iman kelihatan bingung. Rizzkey dah senyum tak percaya. Budak ni dengar fitnah akhir zaman jenis apa ni?

"Haha kenapa pulak? Iman ni, kan auntie tak kahwin pun dengan Pak Su."

"Bukan?" Naif betul muka budak ni. Rizzkey senyum lalu petik jari di depan wajah Iman membuatkan budak lelaki itu memandangnya.

"Dari mana kau dengar isteri aku kahwin dengan Pak Su kau?" Itu dah paling lembut dah tu. Fea pukul tangan Rizzkey. Iman dah blur.

"Siapa yang cakap dekat Iman yang auntie kahwin dengan Pak Su?" Fea tukar versi yang Iman faham.

"Opah." Unexpected. Fea buat muka tak percaya.

"A- ah, Iman... Em, opah gurau-gurau je dengan Iman. Auntie dengan Pak Su tak kahwin." Kan dah awkward. Iman angguk sahaja.

"Uncle Rizzkey pandai tumbuk-tumbuk ke?" Tanya Iman. Fea dah kaget. Rizzkey senyum nampak gigi taring.

"Mestilah pandai. Asal kau tanya?" Rizzkey tumbuk perlahan perut Iman membuatkan budak itu tergelak.

"Pak Su kata auntie suka lelaki hebat tumbuk-tumbuk." Iman pegang perutnya. Fea dah blushing.

"Imannnn tak payah la percaya cakap Pak Su tu. Dia gurau je." Fea dah tepuk bahu Iman.

FATE (HIATUS)Onde histórias criam vida. Descubra agora