Bab 26

210 4 3
                                    

"Ark- heish!" Rizzkey pukul dinding kayu yang dilanggar kepalanya itu kerana dia lupa untuk tuduk sedikit. Macam titan pun ada mamat ni. Entah apahal nak tinggi-tinggi sangat.

Fea senyum tengok Rizzkey yang sudah berbaring di atas katil itu. Dia meletakkan jambangan bunga pemberian Lan tadi di atas meja.

"Jangan la stres sangat. Kalah menang adat permainan." Ujar Fea sengaja. Rizzkey duduk semula. Dia pura-pura tak dengar je apa yang Fea cakap.

"Bak bunga tu." Rizzkey hulur tangan.

"Buat apa?" Ghisau.

"Bak jela, aku takde nak rosakkan pun." Jangan suudzon guys tak baik. Fea pun bagi bunga pemberian Lan itu kepada Rizzkey. Rizzkey belek-belek bunga itu. Dia nak tengok cara buatnya macam mana je sebenarnya. Habis tengok dia bagi balik dekat Fea.

"Cantik kan dia buat. Smart la lelaki pun pandai buat."

"Biasala tu." Balas Rizzkey acuh tak acuh.

"Mana ada biasa. Selalunya saya nampak yang kerja kat kedai bunga tu perempuan je. Lepastu lelaki beli bagi kat buah hati dia." Balas Fea pula. Okay, Rizzkey teringat dia beli bunga untuk Fea tapi dia beli sekuntum je bukan sejambak. Takleh jadi ni, kena tanam sendiri bunga ros ni.

"Huh kau tunggu la, aku tanam bunga ros depan rumah kau nanti."

"Haha wow lain macam." Ketawa Fea dibuatnya.

"Eh Rizzkey, kita balik lepas asar eh? Tapi awak kena balik Shah Alam lepas hantar saya sebab member saya ada kat rumah. Awak tak boleh stay."

"Hm, esok aku kena masuk kelas so memang tak boleh stay."

"Ee penatnya, balik nanti terus tidur la ye jangan main ML."

"Iya." Rizzkey angguk-angguk je.

Stres kampung takde line nak main ML.
...

Fea tengok notification dari kalendar di iPhone nya itu.

'Birthday Rizzkey🍰'

"Hehe 23 dah dia." Fea senyum. Dia tekan ruang sembangnya dengan Rizzkey dalam whatsapp.

You
Bz ke?

Takde salam takde apa tetiba tanya busy ke tak pebenda la minah ni.

Rizzkey Huby❤
X
Npe

You
Awk katne

Rizzkey Huby❤
Dewan
Prektis basket

You
Nk jmpa

Rizzkey Huby❤
?
Skrng ke

You
Ye

Rizzkey Huby❤
Asal

You
Nk jmpa je

Rizzkey Huby❤ is calling...

Fea senyum lalu mengangkat panggilan daripada Rizzkey itu.

"Kat mana?" Dengar suara Rizzkey bertanya.

"Kat rumah saya ada member saya, kat rumah awak ada member awak tak?" Tanya Fea.

"Kau nak datang sini ke?"

"Em."

"Lepas solat jumaat aku ambil kau boleh?"

"Tak pe, saya minta Imah dengan Ella hantar. Rumah awak kosong ke?"

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now