Bab 16

281 13 52
                                    

Fea membuka stokingnya lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mencuci tangannya di sinki. Nyeri dia apabila teringat Rizzkey ditikam. Pasti sangat sakit. Fea menggeleng-geleng ingin menghilangkan bayangan itu dari fikirannya. Setelah mencuci tangan dan mukanya, Fea keluar lalu membuka tudungnya. Dia berbaring di atas katil lalu memejamkan matanya. Penatnya...

Prang!

Fea terkejut melihat tingkap kaca yang pecah selepas ditembak itu. Dia turun dari katil lalu menunduk. Dia mengucap banyak-banyak. Kalau mati, biarlah mati dalam iman ye dok?

Kedengaran tembak-menembak di luar biliknya juga. Fea telan liur. Apalah dendam kesumat musuh ni sampai dalam rumah pun nak main ni? Mentang-mentang encik boss tengah injured, berani-berani eh dorang serang sampai rumah.

Fea cari tudung sarungnya lalu memakainya. Emergency kalau kena suruh keluar asalkan dia dah pakai tudung.

Tok tok tok!

"Puan, buka pintu ni. Kita kena pergi daripada sini sekarang. Bahaya." Kedengaran suara lelaki di luar. Fea telan liur lalu membuka pintu itu. Dia tak kenal siapa tapi mungkin lelaki ini adalah salah satu konco Rizzkey.

"Saya dengar ada orang tembak-tembak tadi. Dorang kat mana?" Tanya Fea.

"Puan jangan risau, yang penting kita pergi dulu dari sini. Dah tak selamat, orang Beez nak culik Puan." Lelaki itu menarik tangan Fea mengikutinya untuk turun tangga. Fea ikut tanpa banyak bunyi.

Bang!

"Ah!" Tangan lelaki itu yang memegang tangan Fea tadi terlepas. Fea terkejut besar. Dia melihat siapa yang telah menembak tangan lelaki itu.

Rizzkey?

Mamat ni tembak konco dia just sebab konco tu pegang tangan Fea je ke? Gila ke apa?

"Ah!" Fea terjerit apabila lelaki tadi menariknya lalu mendekatkan pisau pistol di leher Fea. Ketar-ketir la Fea apalagi kan. Biasanya nampak kat drama je, ni dah jadi kat diri sendiri ni sumpah seram gile. Mengucap aje mampu.

"Letak pistol kau kalau tak aku tembak minah ni!" Ugut lelaki itu. Rizzkey terus sahaja buang pistolnya tanpa banyak fikir. Dia memandang malas lelaki itu.

"Ni last game kau Mir, lepaskan dia." Arah Rizzkey. Lelaki yang digelar 'Mir' itu menembak Rizzkey tepat di kaki lelaki itu.

"Diam!" Marahnya. Rizzkey yang ditembak kakinya itu melutut. Dia memegang kakinya yang mengeluarkan darah itu. Fea nak nangis melihatnya.

"Kau akan jatuh pada Beez harini 'boss'... Kau akan jatuh pada Zain... Haha senang je nak jatuhkan kau sebenarnya, just need this gurl." Mir meletakkan muncung pistol itu di kepala Fea semula. Rizzkey paksa diri untuk berdiri semula.

"Kau nak apa?" Tanya Rizzkey. Wajah lelaki itu tampak penat.

"Aku nak kau menyerah, so kitorang boleh siksa kau macam mana kau siksa ahli kitorang."

"Aku dah cakap, aku takkan maafkan pengkhianat. Aku akan buat kau lagi teruk Mir." Rizzkey senyum piskopat nya lalu berjalan selamba mendekati mereka.

"Si*l!" Mir ingin melepaskan tembakan pada kaki Fea tetapi Ten lebih dahulu menembak tangan lelaki itu. Rizzkey kutip pistolnya kembali.

Fea pun berlari mendekati Rizzkey mencari perlindungan pada lelaki itu.

"Boss, pertahanan dah tak kuat! Beez bawa ramai, orang kita kena serang kat markas. Ada yang masih on the way jugak. Aku rasa dorang target wife boss." Ujar Ten mendekati Rizzkey.

"Kau bawa Mir tu, pastikan dia tak lari mana-mana. Jangan bagi dia lepas. Aku bawa Fea dulu."

"Tapi kaki boss macam mana? Saya panggil yang lain bawa kereta?"

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now