Bab 27

204 6 0
                                    

"Stt ahh ah aduhh aduhh!" Fea ketap gigi apabila dia terpijak kaca itu dan terjatuh menyebabkan tangannya terkena sekali. Pedih siak.

"Ahh ha haaa aduhh." Sakit sekali ebribodeh. Perlahan-lahan dia bangun dengan rasa pedih di tangan dan kakinya.

"Azab Fea, kau minta cerai tadi. Aduh, moga diampunkan dosa, Aamiin." Fea berjalan terhincut-hincut ke bilik air. Dia cabut segala kaca yang tertusuk di tangan dan kakinya lalu mencucinya dengan air. Rasa pedih makin menusuk. Fea sampai ketap gigi menahan pedihnya.

"Hahhh eh tak baik mengeluh, everything jangan tiru aksi ini ya, astaghfirullahhaladzim tak patut tak patut." Kita layankan aje. Fea mencari first aid lalu merawat kakinya dengan berhati-hati.

Sayangi diri anda!

...

Klak.

Fea memandang Rizzkey yang sedang berada di pintu. Mata mereka bertembung tetapi sekejap sahaja Lepastu Rizzkey tengok ke arah cermin. Segala kaca sudah tiada dan bersih. Rizzkey tutup pintu bilik itu lalu mendekati Fea.

"Kan aku dah suruh jangan usik kaca tu." Ujar Rizzkey.

"Saya tak buka fon." Menjawab kau ya. Rizzkey mengeluh. Minah ni kang. Rizzkey mengambil album di tangan Fea lalu diletakkannya di tepi. Dia tarik tangan isterinya itu ingin melihat luka di tangan wanita tersebut. Fea menarik tangannya.

"Saya dah rawat tadi." Ujar Fea. Rizzkey tidak peduli lalu menarik lagi tangan Fea. Lelaki itu menguak rambutnya stress melihat luka yang lumayan parah di tangan Fea itu. Fea tarik tangannya semula.

"Saya minta maaf sebab buat hal, lagi-lagi harini birthday awak. Em, saya dah masak nasi lemak, makan la. Saya balik dulu." Fea hulur tangannya ingin bersalaman dengan Rizzkey. Patutlah minah ni pakai tudung ya, dah ready nak bla la tu.

"Takyah dulu, kau balik pun bukan kau boleh pergi uni. Jalan pun tak boleh." Rizzkey perasan kaki Fea juga berbalut. Fea geleng.

"Kaki saya tak teruk sangat, still boleh jalan. Tangan je problem sikit tapi boleh menulis lagi."

"Kau nak jalan macam tempang gi uni?" Tanya Rizzkey sambil angkat kening. Fea berdiri.

"Saya boleh jalan macam biasalah." Fea membuat demo berjalan walaupun rasa macam nak meletop kaki. Ngilu rasanya.

"Takyah nak siksa diri. Cuti dalam tiga hari je." Ujar Rizzkey. Fea dah tarik muka.

"Tch, tak pun bagi la saya balik. Awak bukan ada kat rumah ni pun nak temankan saya. Kat Melaka tu sekurang-kurangnya ada juga Ella dengan Imah temankan saya." Majuk ni!

Rizzkey mendekati Fea lalu mendukung isterinya itu ala bridal style lalu meletakkannya di atas katil. Rizzkey mengambil tempat di sebelah Fea.

"Tiga hari je Fea, tinggal dengan aku." Pinta Rizzkey. Fea memandang mata Rizzkey tepat ke dalam mata lelaki itu. Alamak, asal hensem sangat ni! Oh naurr iman ku tergugat!

"E- em." Nak tak nak, Fea terima ajelah. Kakinya pun memang tak nak berkrompomi langsung. Pasrah.

"Bukalah tudung kau balik." Suruh Rizzkey lagi. Fea pun buka tudungnya semula lalu diletakkan saja di kepala katil. Dia mengambil album disebelahnya.

"Saya tak pernah perasan pun kewujudan album ni. Awak sorok ke?" Tanya Fea. Rizzkey mendekat lalu melihat album itu. Dah kawan balik, senang aje.

"Oh, ada je. Kau je yang tak jumpa."

"Ohh." Angguk aje le. Fea buka album itu semula.

"Ni awak eh, budak ni." Fea tunjuk gambar kanak-kanak lelaki yang mungkin dalam umur 4 ke 5 tahun sedang memegang bola takraw.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now