Bab 20

276 7 58
                                    

Trio Syantek Tapi Single💋

Ella Umbrella💋
@Akma:) Kitorang lepak ngan adek Hazim kat homestay so ktorang x blik au jgn tggu lak
Jga diri ngan umah baek2 ye bstie
Dtg la sni klau kau nk

You
Malasla aq duk umah je

Imah Syomel💋
X yah jga umah tu
Gi dting dgn Haqiem gi

Ella Umbrella💋
Wala takrobul zina

Imah Syomel💋
Spe la yg lepak kat rumah bofren tu👀

Ella Umbrella💋
Aq single kak😊

Imah Syomel💋
Hts elit, jadian sulit boo

Ella Umbrella💋
😊💪

You
Aq gi jalan2 la
7e je mmpu

Ella Umbrella💋
Jga dri
Sna rmai laki miang
Kau tu dh la ratu cntik
Diculik kau nnti

Imah Syomel💋
Jgn diculik ye akmama😭

You
Haha yeye
Kjap je nk beli cola
Enjoy my single life hoho

Ella Umbrella💋
Kalau sndu sgt ajak Haqiem
Kitorng bgi izin

You
Malasla nk healing sorng2

Imah Syomel💋
Ma beli potato au blik nnti aq nk mkn

You
Boekk

Fea masukkan Iphone dalam poket. Dia memakai cardigannya dan tudung sarung tutup dada. Tidak lupa memakai stokin bercorak beruang. Fea ambil purse nya lalu keluar rumah. Pintu rumah dikunci. Dia sarung sandal jepun jenama Puma itu lalu berjalan ke 7e. 15 minit ambil masa.

Sampai sahaja di 7e, Fea terus mengambil potato yang di order oleh Imah tadi dan juga satu tin cola. Dia menghantarnya ke kaunter.

Ktak.

Satu tin cola diletak di atas kaunter. Fea memandang manusia yang suka-suka hati letak tin itu ketika cola dan potatonya belum dikira lagipun.

Rizzkey. Lelaki itu tersenyum kepadanya.

"Kira sekali eh?" Ujar Rizzkey kepada cashier itu. Cashier itu mengangguk lalu mengira makanan yang dibeli mereka.

"Semuanya 11 ringgit." Ujar cashier itu. Fea ambil reset daripada cashier itu manakala Rizzkey membayar pakai kad.

"Terima kasih." Ucap Fea sopan. Cashier itu balas ucapan terima kasih Fea. Fea ambil cola dan potatonya manakala Rizzkey ambil colanya. Mereka berdua keluar kedai lepastu.

"Anak dara tak bagus keluar rumah malam-malam. Kawan-kawan kau mana?"

"Dorang lepak dengan adik Hazim kat homestay. Tinggal la saya sendiri dan saya ingin pulang bye." Fea ingin berlalu pergi tapi Rizzkey tahan.

"Tinggal kau sorang kat rumah?"

"Tak la, ada cicak dengan lalat sekali teman." Sarkastik lak dia. Fea tarik tangannya kasar lalu terus berlalu pergi.

"Aku hantar kau." Rizzkey kejar Fea lalu berjalan disebelah gadis itu.

"Takyah takyah, gi balik." Fea tolak Rizzkey. Rizzkey geleng.

"Aku hantar kau pastu aku balik."

"Saya cakap tak payah, tak payah la. Sana!" Ditolak Rizzkey lebih kuat tapi memang takde rasa apa pun kat mamat tu. Rizzkey pandang je Fea sambil tahan senyum. Asal comel sangat?

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now