Chapter 27: We will always to be together right?

812 41 13
                                    

Author mirin: Aku masih lagi cuba hubungi Monsta~ Kalau tak dapat juga terpaksa pergi studio mereka... And author sekarang sedang cari pelukis yang boleh lukis komik aksi sebab yang sepatutnya kerjasama dengan author tak jadi pulak~

Ren: Jadi, maksudnya kau sedang cari pelukislah?

Author mirin: Betul tu! And sudah tentu ada pembayaran^^ Kita akan bincang pasal harga buat masa sekarang kena cari dulu... Patner dah ada hanya tinggal pelukis saja.

Aeris: Apa syaratnya? *senget kepala ke sebelah*

Author mirin: Well... Untuk maklumat lebih lanjut silakan baca sampai habis chapter 27 ni!

Semua: Ehhhh~~~

......

Before....

"Well... Aku perlu pergi dulu... Tapi, jangan fikir ia sudah berakhir~ Aku akan datang semula dan bawa mimpi buruk kepada korang semua, utama lagi adik Bbb~", cakap Keres dengan senyuman yang menyeramkan sebelum hilang bersama Kai.

Mereka semua hembus nafas lega dan mereka yang berada di atas lantai tadi sudah boleh bergerak. Ren terus lari ke arah Bbb dan memeluknya sambil menangis. Helena masih lagi tengok di mana Keres berdiri tadi dengan tatapan tak dapat baca. Helena beralih tengok Ren sedang peluk Bbb dengan Aeris masih lagi guna kuasanya atas Bbb. Tatapan mata dia jadi lembut dan sedih.

"Maafkan aku Bbb... Hiks... Maafkan aku... hiks... aku sekali lagi ... Gagal melindungi Bbb... Hiks!"

....

[Content warning will come]

Amato dan Arie pun dekati Ren dan usap belakangnya dengan lembut sambil ungkap kata-kata untuk tenangkan Ren. Bbb pun buka matanya apabila dia rasa air mata jatuh di atas mukanya.

"Abang... Ren?"

Ren terus tengok Bbb dengan muka shock begitu juga yang lain. Muka dia dari shock bertukar jadi lega dengan air mata masih lagi mengalir dan senyum syukur lihat adiknya baik-baik saja.

Dia pun peluk Bbb sekali lagi seolah takut Bbb akan hilang sekali lagi seperti kejadian dengan Retak'ka sebelum ni.

Ren teringat beberapa flashback membuat dia eratkan lagi pelukannya.

Sejujurnya, dia sentiasa mimpi pada hari Bbb diculik oleh Galaxy Cosmos, pada hari dia terpaksa tikam Bbb dan hari Bbb hilang di depan matanya masa serangan Retak'ka. Semua perkara itu telah jadi mimpi buruk dia dan trauma.

Hanya Aurora saja yang tahu semua ni. Sebab Ren tak mahu risaukan semua orang utama lagi adiknya. Bbb sudah cukup derita dan trauma juga jadi dia perlu kuat untuk adiknya.

Dia fikir, dia memang patut derita juga sebab salah dia tinggalkan Bbb dulu dan tak cukup kuat untuknya. Dia harap dia dapat ambil semua penderitaan Bbb dan sudah tentu Aurora dengar semua tanggapan dia marah kepadanya dan ugut dia yang Aurora akan beritahu kepada Bbb dan semua orang nanti.

"Itu tak bagus untuk kesihatan kau! Jangan fikir macam tu lagi budak!", marah Aurora masih segar dalam fikiran dia masa itu.

Ren pun leraikan pelukan itu dan senyum sambil usap pipi Bbb untuk lap beberapa darah dan comot di mukanya. Bbb hanya dumbfounded tengok abangnya, fikir Ren akan berleter dan memarahinya lagi sebab bertindak tanpa fikir panjang sekali lagi.

"Tuanku Helena! Apa maksudnya semua ni!? Betulkah selama ni kami semua ditipu bahawa Putera Helen sebenarnya Bbb!!?", tanya salah satu rakyat di situ yang nampak marah dan kecewa.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now