Chapter 26: Enemy attack

833 48 17
                                    

Bbb hembus nafas lega apabila semuanya sudah settle hanya tinggal majlis hari lahir dia, majlis dinobat sebagai pemangku Helena dan kena lawat rakyatnya esok. Festival Zahara selalu akan diadakan selama seminggu. 

Esok dia kena jumpa rakyatnya dan tengok pertunjukkan bunga api. Dia lega dia tak perlu berhati-hati sangat jadi seperti Helen sebab mereka tidak tahu bagaimana personaliti dia padahal mereka dua hampir sama. Bbb mengeluh panjang kali ini fikir berapa banyak kerja dia kena buat hari ini dan hari-hari seterusnya. Ren dan Kenji perasan Bbb mengeluh tadi.

"Kamu okay Helen?", tanya Ren dengan tatapan mata yang risau. "Ha? Ya, saya baik-baik saja Kapten Ren. Cuma boleh mengeluh berapa busynya hari ini dan mungkin saya tak dapat bersama korang semua hari ini", guman Bbb di ayat terakhir buat mulut muncung.

Ren tersenyum kecil dan main rambut Helen membuat dia marah dan makin kembangkan pipinya kat abangnya. "Apapun, Helen. Lepas ini, pergi rehat dan jangan keluar bilik. Malam ini, ada majlis kau dan kau kena jumpa ramai tetamu penting utama lagi tetamu dari planet-planet kerajaan lain seperti Gur'latan dan Windara", cakap Kenji.

Bbb tersentak bila dengar nama Gur'latan dan beberapa flashback lintas di fikirannya membuat dia berkerut dahi. Kenji dan Ren nampak reaksi Bbb tadi. Walaupun dengan cepat dia cuba bersikap normal tapi Kenji dan Ren dah nampak.

"Kenapa Helen? Kau ada kenal dengan siapa-siapa ka dari-Oh... Betul juga, kau pernah pergi sana sebelum ini", guman Kenji di ayat terakhir tak mahu orang lain dengar kecuali mereka dua.

"Ya, walaupun semuanya dah okay. Aku dah maafkan dia dan kami dah berbaik cuma tak berapa rapat sangat mungkin sebab sejak kejadian itu aku terlalu busy selesaikan misi. Mungkin aku akan rasa janggal nanti bersama dia kecuali dari Windara. Harap tak terkatoi"

"Hmm... Oh, abang ada dengar mengenainya sebelum ini. Ia agak serius juga...", guman Ren tahu juga pasal Kirana sebelum ini itupun sebab Kaizo ada cakap dia mempunyai seorang kawan baik dari Gur'latan.

"Jangan risau Helen, mereka tak tahu siapa kau", Bbb hum setuju lepas tu dia beralih tengok Kenji dan abangnya.

"Oh ya, mana yang lain?", tanya Bbb baru sedar sesuatu. Dia tak jumpa kawan-kawan dan mak ayahnya dari pagi tadi sebab sesi pagi tadi. Begitu juga, Kitara. Selalunya dia akan ikut Ren nak teman Bbb.

"Oh, mereka keluar meronda dengan Kitara sekali sebab ada group yang kekurangan seorang member", jawab Ren lepas itu berhenti berjalan apabila mereka tiga sudah sampai di bilik Helen. Bbb pun beralih tengok abangnya dan Kenji seperti ingin cakap sesuatu. Mata puppy itu. Kenji sudah kenal dan buat muka jengkel sebab tahu tak boleh lawan dan Ren hanya boleh senyum.

"Mahu teman? Rasa bosan duduk sorang-sorang"

"Kau kena tidur kan?", balas Kenji pandang tempat lain dari tengok mata puppy tu. 'Ergh! Dia dengan Helen saja'

"Tapi~"

"Bbb... Tidur okay? Malam ni ada kerja lagi dan jangan risau kami dua ada di luar"

"Kalau macam itu, duduk sebilik dengan B-Helen juga", Bbb rasa rohnya hampir keluar apabila ada pekerja istana lalu dan tunduk beri hormat kepadanya sebelum pergi dari situ. Tapi, Bbb sempat beri senyuman menawan dan lambai kepada dua pekerja itu membuat mereka blush. 

Kenji guman sesuatu tapi tak dengar dan Ren hanya tersenyum melihat reaksi dua maid istana tadi tu.

"Okaylah, Kapten Ren boleh teman Helen dalam bilik dan saya akan jaga di luar lagipun ini untuk keselamatan Helen juga mana tahu ada serangan musuh utama lagi Keres", setuju Kenji apabila fikirkan balik ada betulnya juga.

Ren angguk kepala faham dan Bbb hampir nak lompat gembira. Mereka dua pun masuk tinggalkan Kenji tersenyum kecil dan geleng kepala. "Mereka dua manusia yang aneh", bisik Kenji kepada dirinya sendiri.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now