Chapter 15 : Memories Okager part 2

730 59 40
                                    

Di bilik Bbb...

"Hmm... Kenapa sunyi ni?", guman Bbb hairan kenapa di luar sunyi jer. Selalu waktu pagi begini riuh rendah dengan Helen dan Naeva bergaduh di dapur dan saling melawan siapa yang akan bangunkan Bbb.

Bbb sweatdrop teringat pasal tu. Arien sedang tidur atas peha Bbb dengan nyenyak. Bbb nak bangun cari dua beradik tu pun susah sebab tak sampai hati nak bangunkan si comel ni.

"Sudah 5 hari... Aku harap mereka semua baik2 saja utama lagi abang Ren dan ayah. Pasti mak dengan Mechabot sedang tenangkan mereka sekarang", guman Bbb sambil mengusap bulu Arien yg gebu tu.

"Aku mesti cari cara hubungi mereka... Dan beritahu pasal Keres... Helen dalam bahaya. Ah! Apa patut aku lakukan!? Macam mana aku nak tolong Helen!?", cakap Bbb tak sedar membuat Arien terkejut selepas dia angkat kedua-dua tanganya menggaru kepalanya hingga rambutnya jadi sarang burung dah.

Bbb sedar apa dia buat dan tengok ke bawah tengok Arien sedang melihat Bbb dengan muka tak puas hati dan marah. Bbb tersenyum janggal sambil garu kepalanya.

"Hehehe... Sori"

"..."

Clang! Clang! Clang!

Bbb terus bangun dari katilnya membuat Arien lagi sekali jatuh dan renung tajam kat Bbb tapi Bbb tidak hiraukannya sebab dia sedang fokus dengar bunyi itu.

"Itu... Bunyi pedang? Di luar!?"

Bbb lari keluar dari biliknya dan menuju ke pintu depan. Dia sudah pegang tombol pintu dan tanpa fikir panjang dia terus buka pintu itu.

"Helen! Naeva!?"

Bunyi pedang itu berhenti dan dua nama dipanggil beralih melihat Bbb berada di pintu masuk.

Pedang Helen dan Naeva yang sedang pegang itu segera bawa turun. "Bbb? Maaf kami jagakan kau", cakap Helen senyum kecil lepas tu dia lepas pedangnya bertukar menjadi cahaya dan lesap.

Bbb ternganga mulut sedikit dan Naeva ketawa kecil melihatnya. Bbb segera geleng kepala dan bertanya.

"Ah... A... Apa korang dua lakukan tadi? Ini kali pertama aku tengok korang dua berlawan... Latihan ka?", tanya Bbb sambil sengek kepala ke sebelah.

Helen ketawa kecil sekali lagi sambil menghampiri Bbb. "Betul tu, ini latihan. Kami dua menguji kekuatan masing2. Aku perlu hebat dalam pedang dan kuasa supaya aku boleh melindungi kerajaan aku suatu hari nanti", jelas Helen ajak Bbb duduk di bangku bawah pokok tu.

Bbb angguk kepala faham. "Dan juga supaya kami boleh lindungi diri sekiranya dalam bahaya", cakap Naeva pulak muncul dengan Arien.

"Hai Arien"

Bbb mengambil Arien dan mengusap bulunya tapi Arien nampak marah dan cuba tidak mencair dengan cara lembut Bbb mengusap bulunya.

"Hmm... Kenapa dia nampak macam marah jer ni?", tanya Naeva hairan.

"Haha... Mesti sebab aku buat dia terkejut dan terjaga dari tidur tadi", balas Bbb senyum janggal. Helen dan Naeva ketawa kecil.

"Aww... Si serigala comel ni merajuk~?", usik Naeva dan hasilnya Arien pergi dari situ dengan muka tak puas hati dan marah.

Mereka bertiga ketawa dan geleng kepala melihat kelakuannya. "Umm... Helen? Naeva?".

"Hm? Kenapa Bbb?", tanya Helen sambil sengek kepala dan Naeva hanya diri saja di hadapan mereka dua. Naeva kebil mata hairan kenapa Bbb panggil mereka dua.

"Itu... Tiada apa aku boleh tolong ka?"

Helen dan Naeva saling memandang lepas tu pandang Bbb balik. "Maksud kau?", tanya Helen lagi.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now