Chapter 19 : Betrayed or Plan?

687 57 36
                                    

satu bulan yang sibuk kan~ Author seperti nak pengsan sebab bulan 5 ni busy~

Jom back to story now~

....

flashback sebelum Helen hilang...

Sebelum Kenji kehilangan Helen. Helen ternampak seorang budak perempuan yang kelihatan seperti tersesat di tengah kesesakkan orang ramai.

Dia pun pergi dari situ tanpa beritahu siapa2 kerana ingin tolong budak tu. Helen dengar Kenji memanggilnya tapi dia ingin tolong budak tu dulu.

Walaupun begitu, apabila dia dah sampai tiba2 budak itu hilang.

"Eh? Tadi... Dia baru saja di-Mmph!?"

Helen tidak sempat habis cakap apabila mulutnya ditutup dengan sapu tangan hitam dan bukan itu saja sapu tangan itu berbau cloform.

Helen jadi panik dan matanya terbuka luas. Dia cuba jerit minta tolong, lawan atau cuba guna kuasa dia tapi dia tak dapat sebab dia mula berasa lemah malah waktu dia dicekup tadi dia ditarik ke dalam lorong gelap di mana tiada siapa pun perasan dia hilang.

'Aku tak boleh guna kuasa aku! Kepala aku... Tak... Guna-'

Helen hilang kesedarannya dan terlantar di situ. Kelihatan dua sosok berbadan besar, tinggi dan pakaian serba hitam tengok ke bawah melihat Helen sudah pengsan.

"Kau pasti dia putera mahkota tu?"

"Bodoh... Tu memang dia. Budak ni hanya menyamar saja. Lagipun...", Lelaki yang cakap tadi tu tunduk sedikit ke bawah dengan lutut sebelah di tanah dan berada di sebelah Helen.

Dia capai tangannya ke arah kolar baju Helen dan bawa keluar rantai batu saphhire itu.

"Dia ada rantai ni... Kau tahu kan? Rantai ni simbol dan identiti keluarga diraja Zahara itu bermaksud budak ni... Ialah Helen, Putera mahkota Zahara yang misteri tu", jelas lelaki itu dengan nada yang tenang dan senyum sinis.

Lelaki lagi satu merinding melihat senyuman itu dan telan air liur.

'Lebih baik aku jangan cari pasal dengan dia... Dia ni... Auranya begitu kuat walaupun dia hanya nampak biasa saja'

"Jom kita pergi sebelum budak kucing dan pasukan tapops dengan laskar tu perasan budak ni hilang", cakap lelaki itu lagi lepas tu dia angkat Helen dan letak di bahunya. Lelaki lagi satu ikut dari belakang dan mereka dua hilang dalam kegelapan.

Present...

Di pusat beli belah terbesar Zahara...
Di ruang taman mini...

Mereka semua sudah berkumpul di situ dengan muka kelihatan risau dan gelisah masing2 utama lagi Kenji nampak sangat takut dan pucat lesu.

"Ada apa2 berita dari Ren, Klein atau Kitara?", tanya Stacy serius dan risau pada masa sama.

Kaizo hanya geleng kepala, "Tak... Mereka masih belum hubungi kami"

Mereka semua mula makin risau sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada mereka atau Kitara khianati mereka.

"Kenji, kau okay?", tanya Sankyu risau. Mereka semua terus beralih tengok Kenji masih menangis dan getar satu badan.

Dia cuba tenangkan dirinya tapi dia tak boleh berhenti bayangkan apa yang sedang berlaku kepada Helen sekarang.

"Dia okay?", tanya Lisa pulak nampak sangat risau.

"Kenapa Kenji nampak seperti trauma sesuatu?", soal Yaya sengek kepala sebelah dengan muka hairan.

Manakala, Naeva pulak kelihatan serius dan genggam kedua-dua tangannya hingga kukunya hiris sedikit tapak tangannya.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now