Chapter 20: Time to the rescue!

608 55 12
                                    

Author: Aku... Hah... Berjaya...

Gopal: Tulah yang pergi cari pasal dengan Kapten Ren dan rinrin readers apasal? (Dalam group wasap sebelum ni)

Author: Hehe aku bosan

Gopal and Qually: Ahhh....

Klein: Tak betul apa budak ni

Selamat membaca~ ^•^

...

Di suatu tempat...

"Ini tak bagus... Kita tak jumpa sebarang pertunjuk pun!", cakap Jik mula berasa panik.

"Naeva dah pergi minta bantuan pengawal istana tapi hanya dalam kumpulan yang kecil sebab mereka tak mahu tarik perhatian orang ramai", cakap Kaizo pulak dengan tangan di dagu seperti gaya detektif.

"Kenapa pulak?", tanya Gopal sengek kepala ke sebelah. Kaizo facepalm kat budak ni sorang.

"Haiya! Nanti mereka tahu pasal Helen lah!", balas Ying sambil tepuk belakang Gopal membuat kawan tu terperanjat.

"Betul tu, nanti akan timbul huru hara dan misi mencari Helen akan bertambah sukar", jelas Yaya pulak.

"Tapi... Ah betul juga, mereka tak tahu rupa Helen kalau kita tanya mereka pun. Gambar Helen menyamar tadi tiada ka? Mungkin kita boleh guna tanya sesiapa?", tanya Sankyu.

"Gambar dia tiada dan akak dah cuba tadi tapi kita tak boleh tarik perhatian orang lain juga. Mereka akan hairan kenapa kita sedang mencari seorang budak? Mereka akan fikir itu mungkin Putera Zahara. Sebab kita datang sini untuk lindungi planet ni mesti mereka fikir kita kenal Helen juga", jelas Stacy serius.

"Tapi, bukankah itu perkara biasa? Kita penyelamat dan semua orang mungkin fikir kita tolong seseorang mencari budak hilang bukannya Helen", cakap Fang dengan muka hairan.

"Memang betul apa kau cakap Fang tapi tak semua yang berfikir macam tu. Itupun masa kita tanya pasal budak tu ramai orang tengok kita dengan curiga. Buat masa sekarang kita boleh cari sendiri saja", jelas Lay pulak tapi dalam nada bisik sebab dia perasan ada beberapa orang tengok mereka.

Mereka semua mengeluh panjang dan kelihatan resah sebab sudah 5 jam tapi tiada apa pun mereka jumpa dan sebarang berita dari Ren, Kitara dan Klein.

"Tak boleh hubungi mereka Ochobot? Atau lokasi mereka?", tanya Lisa nampak risau.

"Tak... Aku tak dapat lokasi mereka atau hubungi mereka. Seolah ada benda menghalang", jawab Ochobot kelihatan bersalah.

"Mari kita cari mereka lagi", ajak Jun. "Oi, kau lupa ka berapa besar planet ni?", tanya Lay.

"Lepas tu kita nak duduk di sini saja?"

"Kita perlu fikir lebih dalam lagi jangan pergi macam tu saja"

"Korang semua... Aku dapat panggilan dari Ren", cakap Aeris tunjuk telefonnya.

"Jawab Aeris!", jerit Stacy.

Aeris pun jawab panggilan tu. "Ren kun!? Di mana-!"

"Kapten Aeris! Semua! Tolong datang ke sini sekarang! Cepat!! Abang Ren! Hiks! Dia-!"

"Mai sini aku yang cakap! Ini aku Aurora! Dengar sini, korang tolong kesan lokasi kami dan datang kami secepat mungkin. Kita perlu selamatkan Ren. Aku tak tahu kami di mana tapi kami sekarang sedang sembunyi dari geng yang culik Helen tu!

Kami akan jelas lebih lagi, datang sekarang!"

Bip bip bip...

Aurora telah letak panggilan itu meninggalkan mereka semua terdiam sedang proses apa yang baru berlaku tadi.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now