Chapter 17: Welcome to Planet Zahara

891 62 26
                                    

Selamat membaca rinrin readers~🍓

Di angkasa lepas

"Aku tak sangka aku kena sebilik dengan kau", guman Ren penuh rasa benci dan marah. Kitara hanya buat tak tahu dan terus tidur.

Ren berada di bawah dan Kitara berada di atas. Katil double. Mereka dua dipaksa tidur sebilik selepas mereka semua cabut undi kerana perlu share bilik.

"Kenapa semua ni berlaku?", soal Ren lagi. "Well aku terpaksa... Aku cuma diminta oleh orang atasan kau untuk ikut korang sekali kerana aku berasal dari sana dan... Aku ingin tolong cari Bbb juga", guman Kitara perlahan di bantal di ayat terakhir.

Ren terdiam dan dia mengeluh panjang lepas tu cuba tidur juga.

Flashback

"Ka... Ka... KAU RUPANYA!?", jerit Ren dengan muka nampak tak percaya dan kedengaran keliru, marah dan risau.

"Abang Kitara!!?", jerit Klein pulak. Kitara tersenyum kecil pada Klein dan lambai kepadanya.

"KENAPA DIA ADA DI SINI!? BUKAN DIA PATUT ADA DI PENJARA SEKARANG!?", tanya Sankyu kelihatan begitu terkejut sekali.

Yang lain terdiam dan hanya menatap Kitara dengan tatapan tak percaya dan terkejut seperti nampak hantu.

"Jadi, apa korang tunggu lagi? Bukan kita patut bertolak ke planet Zahara sekarang? Ia akan ambil masa 3 hari untuk sampai", cakap Kitara macam biasa dingin seperti diri dia yang dulu.

Sunyi....

Mereka masih menatap dia, terdiam dan keliru. Jik dan Jun ketawa kecil di belakang.

"Jelaskan", arah Kaizo.

"Pihak atasan korang minta aku ikut korang sekali sebab aku berasal dari sana. Kedua, aku masih dalam hukuman jadi aku perlu TOLONG korang! Aku hanya setuju sebab Bbb. Aku tahu apa berlaku dan aku tak sangka korang boleh biar perkara tu berlaku utama lagi kau", cakap Kitara tunjuk jari ke arah Ren dan jeling tajam kepadanya.

Semua orang terdiam dan Lay dengan Kaizo berasa marah dengan kata2 Kitara jadi mereka dua menuju ke arah dia untuk belasah dia tapi Jik dan Jun berdiri di depan Kitara.

"Tengok, aku tahu korang semua marah dengan dia tapi dia pun risaukan Bbb dan ingin tolong cari juga. Malah, pertahanan kita akan jadi kuat sekiranya ada seorang lagi dalam pasukan kita. Kita tak tahu sebab Bbb hilang. Kemungkinan besar dia dah dh dibawa pergi tapi kita tak tahu sama ada itu ailen jahat atau tak.

Kitara boleh tolong dengan siasatan kita", jelas Jun dengan muka serius.

"Dan korang tak perlu risau kalau dia khianiati kita sebab gelang yang ada di dua2 pergelangan tangan dia membuat dia tak boleh guna kuasa dia dan hanya aku dengan Jun boleh buka gelang tu", jelas Jik pulak kelihatan serius juga padahal dia seorang yang ceria.

"Tapi, kenapa tak minta tolong dari Naeva atau orang2 dari sana yang kita akan pergi nanti?", tanya Yaya.

"Hah... Itu mustahil sebab mereka akan sibuk dengan persiapan festival dan hari jadi putera mahkota Zahara. Dan bukan sebab tu Kitara di minta ikut kami sekali. Dia perlu tolong aku dan Jik cari musuh di dalam sana. Kitara alien jahat dulu jadi dia boleh bantu kami mencari mereka. Aku tak boleh beritahu mereka pasal ni kerana pihak atasan tak benarkan selagi perlu sekurangnya Kitara mahu tolong sebab Bbb.

Sebab tu Kitara yang akan tunjukkan jalan dan apa2 dia boleh bantu masa di sana utama lagi dia pernah jadi jahat dulu", jelas Jun lagi tapi sempat ketawa kecil kat Kitara.

Kitara terus jeling tajam kat dia dan mengeluh. Dia beralih melihat mereka semua saling memandang masih kelihatan curiga dan berjaga-jaga.

'Huh... Mestilah aku hampir bunuh kawan baik mereka dan mereka semua sebelum ni... Aku takkan ikut cakap mereka kalau bukan sebab Bbb dan Klein', cakap Kitara dalam hati lepas tu teringat memori Bbb dan Klein senyap2 datang jumpa dia dan persetujuan dia bersama pihak atasan mereka.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now