Chapter 18: Helen Zahara

927 60 33
                                    

Sebelum ni...

"Selamat berkenalan, nama saya Helen putera mahkota Zahara. Maafkan saya kerana lambat kenalkan diri", cakap Helen sambil pejam mata dan senyum lembut kat mereka semua.

...

Sekarang...

Mereka semua terdiam. Helen, Naeva dan Kenji sengek kepala ke sebelah dengan muka yang hairan kerana mereka semua diam dan hanya bunyi angin saja lalu.

Selepas 2 minit...

"Ah... Korang?", panggil Naeva sambil lambai depan muka mereka semua.

"Ah! Ah... Alamak... Maafkan kami tatap tuanku macam tu", cakap Jun segera tunduk badan lepas tu mereka semua pun ikut kecuali Kitara tapi Ren terus tarik rambutnya dan ikut tunduk sama Kitara... Dengan paksa.

"OI!"

"Hahaha tak mengapa dan korang semua boleh saja panggil nama saya seperti Naeva"

"Eh? Betul ni?", tanya Sankyu pulak kena penyiku dari kakaknya. Stacy siap jeling tajam katnya dan Sankyu sweatdrop.

"Haha tak mengapa lagipun Kenji pun panggil nama saya kecuali waktu kerja hehe dan korang tak perlu formal sangat. Hahaha korang semua ni lawak lah", cakap Helen sambil ketawa2 kecil hingga air mata nak mengalir dan lap air mata tu dengan satu lagi tangan di perut memeluk tubuhnya untuk menahan ketawa.

Mereka semua termasuk Kenji dan Naeva terpukau melihatnya dan kecuali Kenji... Mereka merasakan sesuatu yang sama mereka pernah rasa dahulu... Bersama Bbb.

"Ah, maafkan saya", Helen sedar apa dia lakukan dan garu pipi sedikit dengan muka yang merah.

Mereka semua ingin ketawa dan geng perempuan pulak kecuali Naeva jerit gila dalam hati nak picit pipi tu. Mereka selalu buat macam tu kat Bbb dulu. Kelakuan Helen hampir sama dengan Bbb membuat mereka semua berasa ingin melindungi dan dekat dengan dia.

"Oh Helen, kau patut tunjukkan bilik mereka semua bukan?", tanya Kenji siap senyum sinis kat Helen dan Helen pulak balas balik dengan jelingan memaut tapi Kenji tak takut kecuali Gopal, Qually, Sankyu dan Klein saling berpelukan.

Gulp.

"Aku tak lupa lah~ Kenji~ Apapun mari aku tunjuk di mana korang semua tinggal", cakap Helen dengan senyuman mesra dan lembut tapi tetap nampak seram bagi mereka malah Kitara sendiri pun berasa seram sejuk. Ini salah Kenji.

Mereka semua pun ikut dari belakang Helen dan Kenji. Naeva pulak berada dengan Y duo bersembang. Gopal dan Qually sempat lagi makan lepas tu Sankyu dan Klein bergaduh pasal sesuatu pulak membuat Lisa dan Stacy perlu tarik mereka.

Ren pulak kelihatan termenung panjang dan masih tidak lepas pandangan dari Helen yang sedang berborak dengan Kenji. Muka Ren nampak begitu serius malah Kitara yang perasan Ren pun masih menatap Helen mula syak sesuatu.

'Aku perlu cakap dengan budak ni juga walaupun dia tak suka dengan aku.. Ada sesuatu pasal budak putera tu', getus Kitara dalam hati.

Tiba2 Kitara hampir langgar belakang Jun kerana mereka berhenti berjalan tiba2. Kitara nak marah tapi tak jadi apabila nampak riak muka Ren berubah. Dia beralih ke hadapan melihat seorang pengawal istana sedang bercakap dengan Helen.

Helen dan Kenji kelihatan shock. Helen angguk kepala faham dan pengawal tu pun pergi dari situ.

"Kenapa Helen?", tanya Lay.

"Ah... Itu... Bonda dan orang2 istana panggil saya ke mesyuarat. Maaf sebab saya tak dapat bersama korang semua lebih lama tapi saya akan datang balik selepas habis mesyuarat nanti. Kenji dan Naeva akan tunjukkan bilik kepada korang jadi saya perlu minta diri dulu", cakap Helen kelam kabut dan terus pergi dari situ.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now