" Ish, sibuk aje. " Puan Dairisya mencuit lengan Hadif. Nanti kan Hadif pula dia tembak.

Heidi pandang abang sulungnya yang memeluk tubuh tidak jauh daripada dia. Dia menghampiri Hifzan dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

" Jangan mati. " Pesan Hifzan. Mungkin itu saja kata-kata yang terlintas di fikirannya.

Heidi senyum kekok. Dia tak boleh janji, ajal maut di tangan tuhan.

" Auch! " Berdecit Hifzan apabila perutnya dicubit Puan Dairisya. Laju aje tangan ketam itu hinggap di tubuh tegapnya.

" Mummy tampar mulut tu kan. " Dengar saja perkataan mati hampir berjurai air matanya keluar. Jauh sangat fikirannya pergi.

" Sorry. " Menikus Hifzan dibuatnya.

" Eh, aku kau tak salam? " Hadif jungkit kening beberapa kali, muka berlagak. Yalah, walaupun Heidi tinggi sikit daripada dia, dia masih lagi abang kepada Heidi.

Heidi menghulur tangan menyalam abangnya itu.

" Bagus-bagus. Cium tangan abang kau yang suci ni. "

Tak sempat bibir Heidi jatuh di tangan berurat itu, dia tarik balik bibir apabila Hadif berkata sebegitu. Hadif pula mencebik.

Selesai bersalaman dengan semua adik beradiknya, dia menyalami pula tangan kedua orang tuanya.

" Bye! Assalamualaikum! " Jerit Hadif, Hafiy dan Hefzy kuat apabila Heidi mula memasuki balai pelepasan.

" Dah, jom balik. " Ujar Hifzan senada. Tubuh dipusingkan dan kaki panjangnya mula melangkah.

" Alah, balik terus ke? " Helena juih bibir. Tak akan datang sini semata-mata nak hantar Heidi saja? Apa salahnya sekali sekala ambil angin.

Hifzan berhenti melangkah dan menoleh ke belakang memandang Helena.

" Funfair? "

" Yeay, jom jom! " Helena jerit kecil. Kaki kecilnya mula mengejar langkah Hifzan dan tangan sasa itu dia rangkul dan tarik untuk berjalan lebih laju. Dah tak sabar dah ni. Kali terakhir dia nak pergi taman tema pun tak jadi, kali ini dia akan pulun semua permainan di situ.

" Eh, Helena! Tunggu I! " Hafiy berlari mendapatkan Helena.

" Awak nak ikut ke nak balik terus? " Tuan Huzhaid memandang isterinya yang memeluk tangan kirinya.

" Nak ikutlah! " Ceria pula Puan Dairisya membalas.

Tuan Huzhaid mengangguk kecil. Comel pula isterinya ini. Senyumannya ditahan sehabis baik di depan khalayak ramai. Mereka berjalan berdua diikuti beberapa pengawal peribadi. Anak-anak mereka sudah jalan menonong di depan.



" Again?! " Hampir terjerit dia mendengar hujah kawannya itu. Mahu tercekik dibuatnya.

" Mi manca, Aldo... ( I miss her, Aldo. ) " Ya, dia rindu sangat dengan si kecil yang pernah menceriakan hidupnya dulu. Dahulu dia berfikir hanya akan menyayangi gadis kecil itu sebagai seorang adik, namun sedikit sebanyak hatinya seakan menaruh rasa... cinta.

" Sei innamorato? ( Are you fall in love? ) " Aldo Barone bertanya. Sakit kepala dia melayan sahabatnya yang satu ini. Nak kata gila, ada akal, nak kata bodoh pula, macam tak logik.

Lelaki yang berdarah Itali itu mengangguk kepalanya sekali. Tubuh disandar pada kerusi empuknya. Dia penat. Penat menahan rindu.

" Seriously, dude. Are we going to do it again? " Aldo mencekak pinggang. Hidungnya yang mancung digosok beberapa kali, selesema.

Lorenzo Vitale hanya mengangguk lagi.

" Anche nel giorno del suo compleanno. ( Even on her birthday. ) " Sambungnya lagi. Rancangan sudah disusun rapi, hanya tinggal menunggu masa yang tepat sahaja.

" Vuoi davvero farlo come negli ultimi undici anni. ( You really want to make it like the past eleventh years. ) " Aldo merengus geram. Kalaulah dia tak terlibat dengan keluarga Vitale ini, pasti hidupnya lebih aman.

" Lo dirò a Lucas e Leo. ( I'm going to tell Lucas and Leo. ) " Aldo mengeluarkan telefon daripada poket seluar dan menghantar mesej kepada dua kembar berdarah Sepanyol.

" Don't forget to tell Luiz. He might be useful. "

Membesar mata Aldo.

" What? Luiz Aubert?! You're not serious right now, Lorenzo. We are not going to a war, just looking for your girl. Why would we tell him? Non fare il pazzo, Lorenzo. ( Don't be crazy, Lorenzo. ) "

Kalau tak difikirkan dengan siapa dia berhadapan sekarang, memang awal-awal lagi dia tolak untuk buat tindakan jenayah ini.

" Just tell him. " Lorenzo mengarah begitu saja. Kaki kiri disilang ke atas kaki kanan. Secangkir teh yang disediakan pembantunya tadi dia cicip sedikit.

" Tell me the reason first. " Aldo masih berkeras tidak mahu memberitahu Luiz.

Luiz Aubert, bakal ketua eksekutif syarikat keluarganya yang bergerak dalam bidang bisnes, penghasilan senjata merbahaya kepada sesetengah pihak.

" We're dealing with Grey, remember? "

Aldo diam tidak membalas. Dia mengangguk kecil. Dia tak mampu nak halang perbuatan Lorenzo, daripada mati kena ikat dekat pokok baik dia turutkan saja.



•••




- dah dapat nama hero kan? sori nama dia cliche sangat

btw haritu Hafiy nak cari job.

pov dia terdesak :

pov dia terdesak :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


caught in 4k

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now