Puan Dairisya senyum sinis, Hefzy pula melopong. Hafhiz nak Hafiy? Betul ke apa yang dia dengar?

Ke dia salah dengar tadi?

Hafhiz tiba-tiba menangis. Air mata sudah dipenuhi cecair panas.

" Nak Hafiy... " Dia tutup mukanya dengan selimut. Masa macam inilah air mata nak keluar. Kalau Hadif atau Helena tengok ni, mahu kena bahan.

" Morning! "

Baru sebut, dah muncul.

Hadif dan Helena turun bersama menapak ke arah dapur. Lapar!

" Kenapa abang Hafhiz menangis? " Tanya Helena. Orang bangun nak ceria-ceria pagi ni, turun bawah tengok abangnya dah keluar air mata.

" Demam. " Jawab Hefzy.

Dua-dua angkat kening bila nampak Hafhiz menangis. Hefzy pula gelabah tak tahu macam mana nak pujuk Hafhiz. Pertama kali dia hadap Hafhiz menangis macam ni. Puan Dairisya pula sudah lari ke mana, sengaja tinggalkan dia.

Hafhiz pula sorok muka dalan selimut. Aaa, malu! Dah lah tadi minta nak Hafiy, lepastu menangis pula.

" Lepastu? " Hadif kerut dahi. Tak akan demam sampai menangis? Kalau Helena iyelah, tapi ni Hafhiz kut.

" Dia nak Hafiy... "

Terus senyum tersungging sinis memandang Helena. Helena membalas senyuman itu dengan mengangguk faham.

" Abang Hafhiz, Abang Hafiy dah balik! " Helena jerit kuat.

Terus Hafhiz angkat muka. Mana kembarnya ni? Makin lama tak ada makin panas rasanya badan dia ni.

Kcek! Kcek!

Hadif menangkap beberapa gambar wajah Hafhiz yang putih itu memerah kerana demam. Terus dia ketawa besar, jarang-jarang dapat tangkap gambar Hafhiz. Selalu mengelak aje, kali ini siap pakej menangis lagi. Dia simpan buat kegunaan di masa akan datang.

Masa akan datang.

Iaitu sekarang. Mesej Hifzan dibuka. Laju jarinya bergerak menghantar gambar Hafhiz yang menangis tadi dengan emoji ketawa.

" Sorry adikku sayang. Aku hantar gambar kau dekat Facebook. " Tipu Hadif.

Hafhiz pula rasa macam nak menangis lagi kuat. Masa dia sakitlah dia lemah, emosi pun sama naik masalahnya.

Hefzy geleng kepala aje. Budak berdua ni kalau tak menyakat tak sah!

" Em, Tuan Hafhiz? Ni bubur, Puan Dairisya suruh saya buatkan tadi. " Saiyda datang bersama semangkuk bubur ayam. Teragak-agak dia nak datang meja makan tadi bila tengok anak majikannya itu menangis.

Saiyda kemam bibir tahan tawa bila dia pandang wajah Hafhiz. Kalau sihat muka garang aje, bila sakit terus jadi manja.

Hefzy ucap terima kasih sebelum Saiyda kembali meninggalkan ruangan itu. Dia yang pening tak tahu nak buat apa.

Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang dicari dan mula membuat panggilan. Apabila yang dipanggil menjawab panggilan, terus dia hela nafas lega.

" Hello? " Yang berada di sana memulakan bicara.

" Hafiy, tolong balik sekarang. " Tegas Hefzy. Risau pula Hafhiz ni demam teruk nanti bila makin galak Hadif dan Helena menyakat.

" Hah? Sekarang ke? Kenapa? "

" Hafhiz, dia demam. " Terang Hefzy. Tak akanlah nak berbasa-basi dulu pula kan.

" What?! My big baby demam? Tunggu, aku balik sekarang. "

Panggilan dimatikan Hafiy.

Hefzy menutup telefon dan mula melabuh punggung di sebelah Hafhiz. " Makan ni. " Dia suruh Hafhiz makan bubur yang dimasak Saiyda tadi. Makan makanan dulu, baru boleh dia bagi ubat nanti.

" Tak nak. " Hafhiz toleh kepala. Dia tak mahu makan selagi Hafiy tak pulang.

" Makanlah cepat, nanti dah demam, sakit perut pula. " Mengada betul orang demam ni, tampar kang baru dengar kata.

" Tak nak makan... nak Hafiy... " Hafhiz macam nak menangis lagi. Hadif dan Helena pula sudah sedia dengan kamera telefon.

" Kau makan bubur ni, nanti Hafiy balik. " Pujuk Hefzy lagi. Kalau lepas ni Hafhiz demam, memang dia yang pertama cabut lari. Mengada mengalahkan budak-budak!

" Nak Hafiy...! "

" Kau makan sekara- "

Bam!

Pintu utama terbuka luas.

" Mana big baby I?! " Laung Hafiy tanpa segan silu.

Hadif dan Helena terpaku seketika. Terus mereka hambur ketawa kuat. Apa ni? Big baby?

Comel betul.

" Hafhiz, kau demam apasal tak bagitahu? " Hafiy masuk watak abang-abangnya. Padahal Hafhiz lagi tua darinya walaupun kembar.

" Hm.. " Hafhiz diam aje. Dia kemam bibir. Laju Hafiy papah Hafhiz masuk dalam bilik. Biar dia sendiri yang jaga kembarnya ini. Tahulah dia apa nak dibuat.

" Hafiy. " Panggil Hefzy.

Hafiy berhenti memanjat anak tangga dan menoleh ke belakang sedikit.

" Ni bubur dia. Nanti suruh dia makan. " Hefzy memberi bubur itu kepada Hafiy. Memang Hafiy aje yang boleh buat Hafhiz makan sekarang ni.

" Okey. " Ringkas dia balas. Tangga dipanjat lagi bersama Hafhiz yang lemah di sebelah.

Sampai di depan pintu bilik, dia buka dan tutup pintu menggunakan kaki sebelum tubuh si kembar dia letak di atas katil. Badan Hafhiz ditegakkan.

" Nah, makan bubur ni. " Hafiy menyua satu suapan kepada Hafhiz. Pantas saja bibir itu bergerak memakan bubur itu sehingga habis. Semuanya disuap Hafiy.

" Good. " Hafhiz dilayan seperti kanak-kanak. Nak buat macam mana, memang kalau dia demam macam itulah perangainya. Dia tahu Hafhiz jenis tak suka makan ubat, jadi dia sorok ubat demam tu dalam bubur tadi.

Segelas air diberi pada Hafhiz. Diteguknya sehingga habis. Selesai itu, Hafhiz membaringkan tubuh. Hafiy pula menarik selimut ke paras leher Hafhiz. Ditepuk-tepuk peha Hafhiz sehingga tertidur bersama selawat.

Hafiy senyum nipis. Dapat saja tahu Hafhiz demam tadi, gelabah dia pulang. Memang begitu, kalau Hafhiz demam dialah yang terpaling menjaganya. Kalau dia demam pula, Hafhiz hanya beri dia ubat dan teman dalam bilik sampai demam Hafiy kebah sambil main permainan video.

Mungkin Hafhiz nampak seperti kasar, tapi dialah yang paling lemah. Tengoklah, demam sikit aje nak cari kembarnya.

Bila Hafhiz demam atau sakit, Hafiy akan jadi serius. Tiada lagi sakat menyakat dan pergaduhan. Kalau dia demam pula, tak adalah mengada macam Hafhiz. Elok aje, macam orang biasa demam.

Hafhiz aje kut terlebih feeling.

•••

- ( How Hafhiz cry in Hadif's eyes )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- ( How Hafhiz cry in Hadif's eyes )

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now