" Sini. "

Hafiy akur, nak tak nak ke depan juga. Nanti ada pula tazkirah malam-malam macam ni.

Hadif senyum mengejek apabila berselisih dengan Hafiy. Hafiy mencebik dan menolak kuat tubuh Hadif hingga tergolek ditangkap Heidi.

Heidi buat muka blur.

" Ad-duh,duh... sakitlah bo- "

" Janganlah kamu berkata kasar wahai abangku, berdosa. " Hafiy ketawa mengekek. Suka dia kenakan Hadif.

Hadif merengus geram. Heidi yang tadi sempat menyambutnya daripada terus bergolek dicubit kuat. Terhinjut bahu dia.

" Aku pula yang kena. " Heidi gosok lengannya yang menjadi mangsa melepaskan geram Hadif. Tak ada angin, tak ada ribut, dia selamatkan Hadif, dia yang kena cubit.

" Kau tunggu Hafiy, nanti aku balas lagi teruk. " Hadif buat muka bengis. Benci betul.

" Stt, diam. Orang nak baca ni, jangan kacau. Tak baik. " Hafiy letak jari telunjuk di bibir. Amaran Hadif diabaikan, ada dia kisah?

Hafiy sengih berlagak sebelum membaca basmalah.

" Bismillahirahmanirahim! " Kuat dibacanya bersama sedikit lenggok lagu.

Habib angguk-angguk sahaja. Bagus, ada keyakinan.

Ayat pertama surah Al-Ikhlas dia baca.

Pak!

Pedih. Peha dia ditepuk kuat oleh Habib. Digosok-gosok pehanya yang berlapik kain pelikat itu.

" Qalqalah mana? Baca balik. "

Hafiy baca semula. Tangan kanan diguna untuk menunjuk ayat Al-Quran, sebelah lagi menggosok sebelah peha.

Dia nampak saja Habib angguk kepala, terus dia sambung ayat kedua.

Pak!

Peha kirinya ditepuk sekali lagi. Pedih kuasa dua.

" Ini huruf sad, bukan sin. Baca betul-betul. "

Hafiy mendengus kecil. Ini bukan nak tegur semata-mata, ini sengaja nak dera dia! Tadi Hadif dia tak pukul kuat pun!

Hafiy baca sampai habis. Dua tiga kali juga diulang ayat yang sama, lepas juga satu surah.

" Tadi gelakkan orang macam dia tu bijak sangat. " Hadif sengaja kuatkan suara. Memang mengharap si Hafiy dengar.

Tak habis-habis berdua ni nak bergaduh. Yang lain hanya mengeluh saja. Hafhiz pula sudah tertidur duduk menunggu giliran. Helena dan Hefzy di sebelah mengekek ketawa menangkap gambar dia. Menyimpan aib katakan.

Malam itu setelah selesai aktiviti mengaji, mereka melakukan solat Isya' berjemaah diimamkan Tuan Huzhaid.

Habis sahaja solat berjemaah, Hefzy masuk ke dalam biliknya. Tanpa berlengah, dia membuka almari bukunya dan menyediakan segala alat tulis di atas meja belajar. Menjadi rutin baginya untuk belajar setiap kali ada masa lapang.

Dia duduk atas kerusi empuknya. Kertas kajang yang digulung dia buka perlahan. Lakaran binaan yang dihasilkan secara berkumpulan sebagai assignment dia tatap lama. Pensel dikepit diantara atas bibir dan hidung.

Memori ketika dia sedang berbincang bersama tiga rakannya di sebuah taman tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah kembali bermain di kepala.

" Akhirnya... siap! " Saleema angkat kedua belah tangan seakan menyerah. Lakaran sebuah rumah banglo yang diminta oleh pensyarah disiapkan hanya dalam masa sehari dengan bantuan rakan sekumpulan.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now