" Assignment. "

Hafhiz diam sejenak sebelum menyambung kata.

" Hafiy? Apa hal kau tak minta abang kesayangan kau tu teman? " Nada cemburu diselit sedikit. Hafhiz memeluk tubuh sendiri.

" Em... me-merajuk... " Teragak-agak Helena ingin memberitahu. Takut nanti dicop perangai macam budak-budak.

" Dah besar gajah pun nak merajuk bagai, macam budak-budak. "

Ha, kan dah kata.

" Dah tu apa hal tak minta kawan kau teman? Aku kan ada aje kat rumah semalam, kenapa tak cakap? "

" Saleema busy dengan assignment. Abang Hafhiz... " Ayat sengaja dibiarkan tergantung. Dia angkat kepala sedikit nak tengok reaksi Hafhiz. Makin tegang, macam tak jadi pula nak sambung.

" Aku apa? "

Helena menarik nafas sedalam-dalamnya mencari kekuatan. " Semalam Helena dah ketuk pintu bilik abang Hafhiz banyak kali tapi tak ada orang jawab, lagipun bilik abang terkunci dari dalam. Helena ingatkan abang Hafhiz pun busy... "

Mengendur wajah bengis Hafhiz. Tadinya mahu marah sebab tak ajak dia teman, berubah menjadi rasa serba salah. Salahnya juga kerana tidur macam tiada hari esok, semalam. Nyenyak sungguh. Perkataan 'tidur beria' yang dikata pada Helena tadi umpama berbalik pada dirinya semula.

Tapi apalah daya, Hafhiz bukanlah jenis yang mahu mengaku salah, egonya... boleh dikatakan tinggi.

" Eleh, kau boleh aje minta kunci pendua daripada daddy kan? " Wajah ditebalkan, silapnya masih tidak mahu diakui.

" Daddy kan masuk office? " Berpetak dahi Helena. Tak akan Hafhiz tak tahu rutin harian bapa mereka? Kalau tak masuk kerja, kemana lagi kalau bukan bermain tennis dengan rakan sekerjanya. Dia tidak gemar bermain golf, bosan katanya.

Hafhiz tak mampu menyangkal kata-kata Helena. Baru sahaja ingin membidas kembali, Hafiy yang baru keluar daripada bilik air mencelah.

" My precious! Kenapa semalam you tak layan abang? I panggil you pun, you buat tak tahu aje." Hafiy sedaya upaya membuat raut wajah garang. Muka dikerenyetkan mahu dijadikan bengis. Gigi taring juga ditunjuk agar nampak menakutkan.

Hampir sahaja wajah Hafiy mengundang tawa Helena, tapi Helena bertahan. Tak mahu nampak seperti dia tak apa-apa sedangkan masih dalam mood merajuk.

Soalan Hafiy dibiarkan berlalu seperti angin. Tiada langsung rasa ingin menjawab. Tak akan tak tahu kut kenapa dia merajuk.

" Cau lu. " Pantas Hafhiz beredar. Malas mahu mendengar pertelingkahan Helena dan Hafiy, sebijik budak-budak tadika bergaduh.

" My precious... " Hafiy pandang wajah adiknya yang kosong itu. Lama suasana dibiarkan sepi. Hafiy pula sekejap-sekejap memejamkan mata memikirkan segala salah silah yang pernah dilakukan olehnya pada Helena.

" Is it about the toilet just now? " Hafiy cuba menyoal. Mungkin Helena merajuk sebab dia buang hajat di tandasnya?

Helena geleng sekali.

" That chocolate cake? Sorry, I tak tahu pula itu kek you. " Mengendur suara Hafiy.

Wajah Helena naik memandang Hafiy. Kek?

" No! It's not about that ca- wait... abang Hafiy yang maka- "

" Just forget it. Tadi I tersasul aje, mana ada I makan kek coklat you. Haha. " Hafiy gelak palsu. Tangan dibawa menggosok belakang leher. Sempat dia potong cakap adiknya itu, kalau tidak bertambah masalah.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now