# Meet Hyolyn.

738 56 7
                                    

Hyerin mengambil ramen dan kaunter untuk membayarnya, selepas itu dia meletakkan air panas dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Kau makan ramen? Yahh!! Dahlah malam ni. Tak baguslahh!!" Taehyung cuba mengambil ramen itu. Namun mangkuk ramen itu menembusi tangannya.

"HAHAHA tak dapat xD Padan muka. Biarlah, okay kau duduk. Aku nak tanya something." Arah Hyerin.

"Tanya jela. Aku tak lenguh. Aku bukan manusia."

"Pape jela, selama ni kau stress sampai aku jadi mangsa kau tu sebab Hyolyn Unnie ramai scandal ke?"

"Ha'ah. Mian." Taehyung tertunduk.

"Gwenchana. So now.. kau nak cakap sendiri ke nak suruh aku cakap kat dia? Haritu ada kakak ni, dia meninggal time dia nak bagitau keputusan yang dia terima laki tu kat laki tu. Tapi dia excident. Dia bagitahu sendiri jadi ada lah caranya." Kata Hyerin.

"Ani, kau la cakap. Aku bukan macam yang lain. Aku berbeza. Orang lain tak boleh tengok aku."

"Habis kenapa aku boleh kalau kau bukan macam hantu hantu yang lain?" Tanya Hyerin.

"Aku bukan hantu la mangkok. Nanti aku bagitahu."

"Eleh sedap je kau!!" Jerit Hyerin. Semua mata yang berada disitu berpaling kearahnya.

'Mesti dorang kata aku gilaa cakap sorang-sorang.. aduihh'

Hyerin terus menghabiskan ramennya dan pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Taehyung tidak habis habis mengusiknya.

"Yah janganlah main rambut aku!! Geli ahh." Hyerin cuba menepis tangan Taehyung.

Setelah tiba di rumah, Hyerin terus berbaring di atas katilnya.

Katalk! Katalk!

Hyerin membuka peti mesejnya.

Jungkook Bae
- Hi! Dah tidur?
**
- Hi. Belum. Baru balik dari E-Mart. Kau?
**
Jungkook Bae
- Aku? Rindu kau. Esok jumpa kat sekolah eh.
**
- Ye alright. Tidur dulu. Byebye.
**
Jungkook Bae
- Nae, dream of me. Byebye.

Hyerin pun meletakkan telefon di sisinya.

"Oii!!"

"Opocot!" Hyerin melatah.

"Hahahahaha jom bincang!!" Kata Taehyung dengan ketawa yang masih berbaki.

"Bincang apa? Aku ngantuklah." Hyerin menjeling.

"Kau nak aku tolong kau apa? Kan dah buat perjanjian."

"Ahh lupa.." Hyerin bangun dan duduk bersila di atas katil.

"Kau tahu tak? Yang aku suka siapa?" Tanya Hyerin kepada Taehyung.

Taehyung mengangkat kedua dua belah bahunya dan menjuihkan bibir bawahnya tanda tidak tahu.

"Jeon Jungkook. Kawan baik aku. Macam tak logik kan? Hahaha." Hyerin tergelak sendiri. Apa yang lawak pun tak tahu.

"Ohh.. lepas kau tolong aku, aku tolong kau pula eh." Taehyung tersenyum.

Hyerin membalas senyuman itu. Taehyung tidak pernah senyum kepadanya waktu Taehyung masih seorang manusia..

"Boleh aku tidur sebelah kau?" Pinta Taehyung.

"Boleh. Kau bukan boleh buat apa pun kau." Hyerin tersengih. Dia merebahkan badannya dan menutup mata.

---

"Woiiiii bangun!!!!!" Tubuh Hyerin dipukul pukul.

"Aduh!! Sakit la!" Hyerin mengaduh

"Dah pukul 6:50 ni!" Taehyung mengejutkan Hyerin yang masih lena.

© true love ➽ kth [short ff]Where stories live. Discover now