# Happy or Sad?

689 60 0
                                    

Selepas tamat waktu persekolahan.

"Yah Hyerin!! Keluar kelas tak bagitau!" Jungkook berlari kearah Hyerin yang sedang makan roti di taman sains.

"Mian hahaha." Jungkook memandang Hyerin. Krim roti itu terkena bibir Hyerin..

"Comot."

"Biarlahh.."

Chupp!!

Hyerin blushing...

"Manisnya.." Jungkook tersenyum nakal. Dia terus berjalan meninggalkan Hyerin yang terpinga-pinga.

Selepas tiba di tempat BTS berkumpul, mereka berhenti.

"Jom balik?" Ajak Jungkook.

"Jom."

"Aku tak ajak kau sejujurnya. HAHAHA. Gurau je. Weh kata nak main game baru rumah aku? Jom ahh." Jungkook memandang semua members BTS.

"Nak gi ah ni. Jomla." Jawab Namjoon.

"Tapi.. mana Taehyung?" Tanya Jhope.

"Tu.." Suga menunjukkan kearah Taehyung.

"Oi sini!!" Taehyung melambai. Mereka terus berjalan kearah Taehyung.

"Minah gedik ni ada juga. Hish menyampah aku." Taehyung smirk.

"Diam la. Aku tak kacau kau. Jom lintas jalan." Hyerin memegang tangan Jungkook.

'Kenapa dia?!!! Jungkook tak patut rapat dengan kau!!'

"Pegi la dulu, nak ikat tali kasut." BTS dan Hyerin melintas jalan. Kemudian Taehyung pula melintas. Dan..

BANGGG!!!!

"Taehyung!!!!!!!" Jerit semua members BTS serentak. Mereka terus berlari mendapatkan tubuh Taehyung yang berlumuran darah akibat dilanggar kereta. Hyerin hanya kaku tidak berganjak..

HOSPITAL

"Doktor!! Macam mana dengan anak saya?!!" Ibu Taehyung terus mendapatkan doktor yang merawat Taehyung.

"Kami telah cuba sebaik mungkin namun Kim Taehyung tidak dapat diselamatkan. Kami hanya membantu. Bukan kami yang menentu hidup dan mati seseorang. Maafkan saya, saya minta diri." Doktor itu terus berjalan dengan muka kesal.

"Ani!! Taehyung ada!! Taehyung selamat kan yeobo?!" Omma Taehyung meraung-raung bagai tidak percaya apa yang dikatakan oleh doktor itu..

"Omma.. dahlah, semua yang hidup pasti akan mati." Abang Taehyung cuba menenangkan ibunya.

Airmata mula mengalir dari tubir mata members BTS. Walaupun Taehyung agak menyakitkan hati, namun dia seorang yang periang dan kawan di kala suka dan duka. Mereka bertujuh berkawan semenjak 4 tahun lagi dan berjanji hidup mati bersama. Tapi kenapa Taehyung pergi dahulu?

'Musuh aku mati. Aku patut sedih ke happy? Kenapa aku tak rasa apa-apa? Yah Hyerin kau takde perasaan ke..' Hyerin buntu.

Mereka semua melangkah masuk ke dalam wad. Tubuh kaku Taehyung terbaring lemah.

"Kau member paling degil. Pastuu suka cari gaduh. Tapi aku sayang kau. Sebab kau kawan aku. Siapa nak kacau aku nanti Taehyung ahh?" Namjoon memeluk tubuh Taehyung. Dia rindu saat Taehyung membalas pelukannya.

"Aku benci kau Taehyung!!! Kau kata nak masuk Universiti sama-sama, berjaya sama-sama dengan aku. Tapi sekarang aku sorang la bodoh!! Aku nak tidur dengan siapa nanti?!!" Jimin menangis tersedu sedan.. yang lain hanya memerhati dengan perasaan sebak.

Hyerin terdiam. Tidak tahu apa perasaannya. Adakah dia patut menangis seperti yang lain? Atau bersorak kerana musuh yang paling dibencinya mati?

FLASHBACK WAKTU REHAT

Taehyung ; Hyerin, ikut aku jap.

Hyerin ; Dah la, aku penat. Cukuplah dengan rancangan kau tu.

Taehyung ; Aku janji tak kenakan kau kali ni.

Hyerin ; *senyap*

Jungkook ; Aku takkan lepaskan kau kalau kau buat Hyerin sakit lagi.

Hyerin ; *tersenyum* // sebab ni la aku sayang kau Jungkook. Lebih daripada seorang kawan..*

Taehyung ; Ye.

Taehyung cuba menarik tangan Hyerin namun direntap.

Hyerin ; Jangan sentuh aku dengan tangan kau.

Taehyung ; Well okay, aku takkan sentuh dah.

Taehyung dan Hyerin berjalan naik ke bumbung sekolah meninggalkan Jungkook dan yang lain.

Hyerin ; Kau nak buat apa? Bunuh aku?

Taehyung ; Ani.. aku... aku... aku.. just... em..

Taehyung mengeluh kasar kerana tidak berjaya menghabiskan ayatnya.

Hyerin ; Kau budak baru belajar cakap ke? Cepatlah!!

Taehyung ; Aku nak minta maaf!! Sebab buli kau selama ni. Aku malukan kau. Sakitkan hati kau.

Hyerin ; Kau demam nak mati ke?

Taehyung ; Maybe. Tapi aku tetap benci kau.

Hyerin ; Araso, aku benci kau sejuta kali ganda daripada kau benci aku. Aku maafkan kau.

Taehyung ; Gomawo. Jaga diri. Jaga hati. Jaga mata. Aku benci kau sangat sangat.

Hyerin ; Wae kau dah kenapa?

Taehyung ; Tah, rasa macam... tak lama.

Hyerin ; Woi gila!!

Hyerin menyepak kaki Taehyung. Taehyung mengaduh kesakitan. Kemudian Hyerin terus turun tanpa menghiraukan Taehyung.

END FLASHBACK

"Sebab ni ke kau cakap bodoh?" Hyerin bertanya.

"Apa maksud kau Hyerin?" Tanya Jungkook.

"Dia cakap benda pelik kat aku tadi. Dia minta maaf tapi dia cakap dia masih benci aku. Dia suruh aku jaga diri." Hyerin tunduk memandang lantai. Dia sedih kah? Sejujurnya dia terasa kehilangan Taehyung. Dia akan rindukan usikan Taehyung..

Seminggu selepas kepergian Taehyung..

Hyerin duduk di meja belajarnya. Dia sedang membaca nota yang dicatatnya. Tiba-tiba angin bertiup kuat. Sliding door biliknya diketuk bertalu-talu. Padahal biliknya di tingkat 3. Rasa seram mula menerpa.

"Nugu? Nenek? Sohyun? Atau oppa mabuk? Janganlah kacau. Aku nak belajar ni. Haish." Hyerin menggelengkan kepalanya. Dia sering dikacau kerana dia ada kebolehan melihat roh yang berkeliaran.

"Bukan. Aku la.." Hyerin terkejut mendengar suara itu. Dia berpaling belakang.

"Ahhhhh!!!!!" Dia menjerit.

"Yah kenapa jerit?!"

"Kau... nak bunuh aku ke.. jangan Taehyung..." Hyerin mula mengundur. Dan dia tersekat..

"Haah. Kenapa?"

"Aku minta maaf.. kau nak apa.. kau ada tak puas hati ke. Aku bantu kau. Asalkan kau tenang." Hyerin terketar-ketar. Entah kenapa dia takut sangat.

"Betul ni?" Tanya 'Taehyung'. Hyerin mengangguk laju.

"Aku tolong kau. Kau tolong aku juga boleh?" Hyerin cuba membuat pertaruhan.

"Araso. No prob. Tu... Jungkook dengann kau kan?" Taehyung memandang bingkai gambar di atas meja belajar Hyerin.

"Nae.. apa kau nak aku tolong?"

"Aku ada suka kat seorang perempuan ni.. senior kita. Aku tak lama kat sini. Aku datang balik. Nak terus terang yang aku suka kat dia. Biar aku tenang."

"Nugu?"

"Hyolyn."

"Ah, Sistar. Araso."

"Kau?"

"Aku.. em nantilah aku cakap!! Aku nak keluar E-Mart!!" Hyerin terus mencapai baju sejuknya dan keluar daripada bilik. Taehyung hanya membuntuti Hyerin.

© true love ➽ kth [short ff]Where stories live. Discover now