∘°∘55∘°∘

Start from the beginning
                                    

"Okay, kalini aku tolong. Pujuk Hana tu baik-baik. Jangan sakitkan dia. Sama ada dia mengandung atau tidak, layan dia macam ratu. Jangan ulang kesilapan aku." sempat dia menasihati Ziyyad. Tak pasal-pasal dia kena minta tolong Tengku Farah jagakan Mikayl dengan Anis. Nasiblah wanita itu bersetuju.

Ziyyad ucap terima kasih lantas terus mematikan panggilan. Dia meletakkan kembali telefon ke tempat asal. Dirinya ingin membeli bunga daisy. Demi memujuk isterinya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

MINDANYA terbang dibawa angin. Perasaannya kucar-kacir. Detak jantungnya berdegup kencang. Frame yang berada di atas meja dipegang erat. Jarinya naik mengusap wajah Ziyyad.

"Walau apa pun salah Hana pada abang, Hana harap abang sentiasa maafkan Hana. Hana tetap sayangkan abang sehingga akhir nafas Hana." dia menulis kata-kata itu di belakang frame tersebut.

Frame tadi dipegang erat. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa. Dipeluk erat frame itu. Sungguh, rasa rindunya pada Ziyyad semakin membuak-buak.

"I miss you abang,"

Srettt...

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Namun Hana langsung tidak ambil peduli. Kerana dia menyangka itu adalah Ziyyad.

"Hey baby.." bisiknya tepat di cuping telinga Hana. Sangkaan Hana meleset apabila figura yang masuk tadi bukanlah suaminya. Tetapi, Ezzan.

Pantas Hana bangun dari pembaringan, dan mengundurkan diri beberapa tapak. Ezzan semakin mendekati dirinya. Kusyen dibuang ke arah Ezzan, menghalang lelaki itu dari mendekatinya. Frame tadi masih berada dalam genggamannya.

"Kau nak apa lagi hah?!" bentak Hana kuat. Semua kusyen dibaling ke arah Ezzan namun langsung tidak memberi kesan. Lelaki itu semakin mendekati Hana.

"Aku pernah cakap dulu, aku akan tetap dapat kau. Kau memang milik aku. Kau memang ditakdirkan untuk aku, Hana Kayyisa." tekannya. Dia menyeringai sinis. Langkahnya makin dekat dengan Hana.

"Aku takkan jadi milik kau! Aku dah kahwin, Ezzan. Cukup-cukuplah buat perkara bodoh macam ni." rintihnya. Ezzan terhenti. Pasu bunga digapai lantas dipecahkan ke lantai.

BRAKK!!

"Aku takkan berhenti! Selagi aku tak dapat kau, selagi tu aku akan kejar kau." bentaknya kuat. Serpihan pasu yang pecah diambil lantas dipegang erat.

"Berhenti, Ezzan! Berhenti!" jerit Hana kuat. Namun semakin galak Ezzan mendekati dirinya. Tangannya jelas memegang serpihan pasu tadi.

"Aku takkan berhenti, bodoh! Kau milik aku! Kau milik aku!" tekannya berulang kali. Pergelangan Hana digapai lantas digenggam kuat.

"Lepaslah!!" rontanya berulang kali. Tangannya yang satu masih setia memegang frame tadi.

"DIAM!!" jerit Ezzan kuat. Serpihan kaca tadi diambil lantas digarit pada pergelangan tangan Hana yang memegang frame tadi. Mujur tidak terkena pada nadinya.

"ARGH!!!" Hana menjerit kuat tatkala pergelangan tangannya ditoreh sebegitu sahaja. Darah pekat menitik di frame gambar yang dipegangnya.

Tangan Hana ditarik lantas tubuh itu ditolak kuat ke dinding. Dirinya yang mengaduh kesakitan langsung tidak dihiraukan. Ezzan mendekati Hana, lantas mendekatkan kepala di ceruk leher wanita itu. Mujur kandungannya tidak apa-apa.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now