BAB 42

21 1 0
                                    

LUSA akan menjadi hari terakhir Qayla mengajar di sini. Oleh kerana itu, bermula hari ini dia hanya menginginkan kegemaran bersama-sama anak muridnya.

Qayla sudah memberitahu Yaya. Pada awalnya, dia dimarahi kerana tidak ingin meneruskan bekerja di situ. Tetapi Qayla cuba memujuk. Dan hati ibu mengandung itu dapat menerimanya walaupun perlu sedikit mengeluarkan air mata.

TAMAN permainan mini yang berada di halaman tadika itu dibenarkan untuk digunakannya.

Seawal jam 7.40 pagi lagi, Qayla lekas mengiringi anak-anak muridnya ke sana. Melihat kanak-kanak itu seronok bermain buaian dan gelongsor mini. Masing-masing bergelak gembira dan bahagia.

40 minit diberikan.

"Baiklah.. semua beratur." menyuruh anak muridnya untuk berbaris dihadapannya.

"Alaa, cikgu. Saya nak main lagi" rungut seorang pelajarnya.

"Dah lama tau awak semua main. Takkan tak cukup?" soal Qayla sambil tersenyum melihat anak-anak muridnya itu.

Masing-masing menggelengkan kepala. Masih ingin terus bermain.

"Tapi sekarang dah panas. Cikgu Yaya pun dah pesan dekat saya untuk hadkan masa awak dekat luar."

Monyok semacam wajah masing-masing.

"Awak semua masuk dalam. Saya janji kita akan bermain benda lain. Nak?" tetap memasangkan senyuman dengan wajah yang teruja.

Belum sempat Qayla mengarahkan anak-anak muridnya untuk bergerak masuk bersamanya. Tetapi semua telah masuk dahulu.

Qayla menyimpulkan tangannya sambil menggeleng kepalanya sedikit.

PAGAR tadika itu selesai dikuncinya. Segera dia masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu keretanya.

Beg tangannya di ambil. Telefon pintarnya dicari-cari disetiap celah poket beg tangannya itu.

Jumpa!

Nama ibunya 'Puan Ibu' dicari dalam kenalan.

Mesej ditaip..

'Assalamualaikum ibu..'
'Ibu nak kirim apa-apa tak?'
'Sebab Qayla nak pergi restoran Pak Lah. Teringin pula nak makan Mi Goreng dia hari ni.' - Qayla.

Telefonnya dimasukkan semula ke dalam beg sementara menunggu ibunya membalas.

Butang penghawa dingin ditekan. Stereng mula dipegang. Ingin segera bergerak ke restoran itu.

TOK!! TOKK!!

Tingkap keretanya diketuk. Hanya separuh badan seorang lelaki yang berbaju hoodie biru dilihatnya dari dalam.

"Siapa pula ni?" menjauhkan badannya sedikit dari cermin itu.

Lambat-lambat lelaki itu menundukkan badannya. Barulah terlihat wajahnya.

"Dia ni!" Qayla serasa seperti ingin menjerit.

Tangan lelaki itu menyuruh Qayla untuk menurunkan cermin keretanya.

Cermin keretanya diturunkan hanya sedikit. Cukup untuk masing-masing mendengarkan suara sahaja.

Namun Iman tetap menyuruhnya untuk terus menurunkan cermin itu lagi.

Qayla turuti. Hanya ingin segera beredar.

"Kalau nak mengemis, tolong jangan akhir bulan ya.." perli Qayla selamba.

Iman tergelak sedikit.

"Tak.. aku tak nak duit kau. Tapi aku nak kau." jawabnya. Langsung berhenti Qayla dari menjeling wajah lelaki itu.

You're Mine?Where stories live. Discover now