BAB 18

26 1 0
                                    

QAYLA sekadar melihat belakang badan Yaya ketika sedang berjalan menuju ke kantin. Tidak berani mahu memanggil. Dia tahu Yaya benar-benar kecewa dengannya.

Jika dia dipinggirkan, itu juga atas kesalahannya dirinya sendiri.

Sedang Qayla memegang bekas polisterin makanan dan minuman dikedua-dua belah tangan, sambil-sambil itu matanya melilau mencari-cari tempat untuk dia duduk.

Terlihat 2 orang rakan sekelasnya, Adawiah bersama Dina di meja kantin. Kerusi panjang dihadapan mereka kosong. Mahu tidak mahu, dia harus tetap bertanya.

"Maaf.. sini ada orang?" sambil jari telunjuknya diarahkan pada kerusi panjang itu.

"Tak.. duduklah." ujar Adawiah sambil kepalanya mengangguk beberapa kali.

Qayla langsung duduk lantas menjamah makanan yang dia beli tadi.

Sedang sesuap sudu yang dipenuhi nasi goreng itu masuk ke dalam mulutnya, satu pertanyaan masuk ke dalam telinganya.

"Awak tak makan dengan Fathya ke?" soal Dina. Dia tidak bermaksud mahu menyibuk urusan Qayla, tetapi dari dulu lagi Qayla hanya berkepit dengan Yaya sahaja. Namun beberapa hari ini mereka langsung tidak bertegur.

"Dia.. makan dengan kawan-kawan dia.." Qayla juga tidak tahu Yaya sedang berada dimana.

Mungkin saja sangkaannya benar, Yaya mempunyai ramai kawan selain daripadanya. Yaya langsung tidak terasa kosong tanpanya.. Dia faham.

"Awak bergaduh ke dengan dia?" soal Adawiah. Sekadar ingin tahu.

Cepat-cepat Dina mencubit lengan Adawiah. Mulut tu celupar!

Qayla hanya berdiam. Jika diingatkan perkara yang membuatkan Yaya kecil hati padanya, Qayla juga turut merasakan sakit kehilangannya.

Melihat wajah Qayla yang kian berubah. Adawiah langsung menukar topik. Hanya mahu menyejukkan hati Qayla sahaja. Kasihan dia melihatnya.

"Tak apalah.. sementara ni awak dengan kami ajelah. Balik nanti awak jalan sama-sama dengan kami.." ujar Adawiah lagi. Sementara ini biarlah dia yang menemaninya. Dina juga bersetuju.

Qayla dengan senang hati mengangguk..

JAM menunjukkan pukul 4.36 petang. Kerja sekolahnya telah dia siapkan. Telefon yang berada ditepi meja belajarnya diambil.

Dia langsung tidak perasan, ada banyak mesej dari group subjek kelasnya. Seperti biasa, kerja sekolah tambahan diberikan oleh cikgu last minute. Stress !

"Banyaknya!" Qayla mengeluh.

Satu per satu mesej dibaca hinggalah mesej yang terakhir yang berasal daripada Danish. Qayla lantas membaca lalu membalasnya.

'Sampai hati awak tinggalkan saya dekat kelas tadi..' - Danish.

'Maaf' - Qayla.

Walaupun bukan salahnya. Tetapi entah mengapa Qayla tetap mengalah.

Bukan ini yang ingin dia katakan sebenarnya tetapi Qayla tidak tahu caranya mahu mengatakan bahawa dia tidak selesa dengan perubahan Danish sekarang.

Selepas segala susah payahnya untuk mendapatkan Danish sekian lamanya. Tetapi kini dia seolah-olah mahu melepaskan tetapi masih terikat.

'Disebabkan awak tak layan saya tadi, sekarang saya tuntut semula..' - Danish.

'Apa?' - Qayla.

'Kita main game, nak?' - Danish.

'Tapi ada satu syarat.. kalau saya kalah, saya akan belanja awak makan..'
- Danish.

'Kalau saya kalah?' - Qayla.

You're Mine?Where stories live. Discover now