BAB 35

22 1 2
                                    

TOK!! TOKK!! TOKK!!

"Assalamualaikum.." pintu rumahnya diketuk beberapa kali kemudian menunggu untuk dibukakan pintunya.

Terdengar suara seorang perempuan menyahutnya..

"Waalaikumussalam, siapa?" pintu itu perlahan-lahan dibukakan. Terlihat seorang wanita tua yang membukakan pintu itu. Raut wajahnya langsung berubah setelah melihat wajah gadis yang mengetuk pintu itu tadi.

"Qayla.. anak ibu dah balik.." kelopak matanya bergenang tanpa dia sedari.

"Masuk, masuk.. panas dekat luar ni" menarik lengan Qayla untuk masuk ke dalam rumah. Qayla ikutkan sahaja.

Suasana ruang tamu yang telah sekian lama tidak dilihatnya menjadikan hatinya sayu.

Rasanya sudah 7 bulan lamanya dia terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai seorang cikgu ganti di sekolah rendah yang terletak di Perak selepas dia menghabiskan pengajian di Institusi Pendidikan Guru sehinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian perguruan.

Hari ini, akhirnya dia dapat menjejakkan kakinya semula ke halaman rumahnya.

"Duduk-duduk dulu.. ibu nak pergi buatkan air ya.." lantas kedua-dua bahu ibunya itu dipicit-picit perlahan.

"Ehh!! Tak payah susah-susah lah, ibu... Lagipun Qayla tak haus pun.." menyuruh Puan Murni untuk duduk di sofa menemaninya.

"Hmm, iyalah tu" kuntuman senyuman lebar Puan Murni mekar. Sungguh dia merindukan suara anak perempuan tunggalnya itu.

Qayla duduk bersila disamping kaki Puan Murni sambil-sambil dia mengurut kaki ibunya itu. Seronok juga jika dapat berbual mesra dengan ibunya. Setelah sekian lama dia merindukan saat-saat ini.

"Mana abah?" soal Qayla sambil tercari-cari setiap sudut ruang tamunya.

"Keluar pergi kedai. Seronok dapat tahu pagi tadi yang Qayla nak balik hari ni, itu yang cepat-cepat dia nak mencari barang-barang dapur untuk masak. Itu tak tahulah tu, betul ke tidak abah kamu tu beli barang yang ibu pesan tadi.." masing-masing mula bergelak ketawa.

"Wah! Ibu nak masak special lah ni?" semakin kuat urutan pada kaki ibunya itu.

"Mesti.. anak ibu balik kan.." kepala Qayla diusap-usap perlahan. Serasa rindunya kini terubat.

PINGGAN dan gelas disusun diatas meja. Kemudian lauk-lauk dituangkan ke dalam mangkuk dengan berhati-hati.

"Qayla.. panggil abah makan." suruh Puan Murni yang sedang meletakkan semangkuk nasi ke atas meja makan.

Qayla berjalan ke ruang tamu semula. Mencari-cari keberadaan Encik Za'im yang ternyata sedang mengangkat barang-barang Qayla keluar dari bonet kereta.

"Abah.." panggilnya. Wajahnya Qayla langsung dilihat.

"Jom makan. Ibu dah panggil tu.."

"Iya iya.. sekejap lagi abah datang." perlahan-lahan membawa kotak masuk ke dalam rumah.

"Biarkan aje dulu barang-barang Qayla tu. Lepas makan nanti Qayla boleh angkat sendiri." tegurnya.

"Tak apa.. abah kuat lagi. Jangan sangka abah tua-tua ni dah tak kuat ya.." menafikan hakikat yang sebenarnya.

"Heh.. iyalah. Cepat tau, nanti dah sejuk makanannya" Qayla kembali ke dapur semula untuk membantu sedikit lagi kerja yang tinggal.

MENU nasi ayam adalah menu istimewa mereka hari ini sekaligus adalah makanan kesukaan Qayla. Sudah pastinya sebagai seorang ibu, Puan Murni tahu apa yang anak perempuan tunggalnya itu sukai.

You're Mine?Where stories live. Discover now