BAB 28

29 1 4
                                    

SELIMUTNYA ditarik hingga ke paras perutnya. Bersedia untuk membuai mimpi yang terkadang hanya sebentar.

Qayla berbaring menghadap ke kanan. Tidak lama kemudian berpindah menghadap ke kiri pula. Beberapa minit kemudian, pergerakan itu diulangi semula.

Berharap untuk segera terlena. Namun dia tetap terjaga. Matanya yang kuyu terbuka sedikit.

Fikirannya tidak tenang memikirkan segala apa yang tidak sepatutnya dia ambil peduli lagi.

Tanpa dia sedari, mengalir bulir bening membasahi bantalnya.

Malam ini Qayla menangis lagi.

Selama ini, dia hanya berpura-pura kuat dan meneruskan hidupnya dengan semangat yang tidak seberapa.

'Sembuh' dari luka itu sesungguhnya memerlukan waktu yang cukup lama. Qayla tidak sekuat apa yang dia kira.

Menyembuhkan diri sendiri amatlah melelahkan. Tetapi Qayla harus tetap bertahan.

Kebahagiaannya tidak terletak pada Danish. Tidak juga diletakkan pada seorang lelaki mahupun sesiapa.

Kebahagiaan itu adalah keredhaan hati menerima takdir yang telah diaturkan untuknya oleh Allah. Barulah kehidupan dikemudian hari akan menjadi lebih baik dari apa yang mampu dia bayangkan.

Sedang dia melayan perasaan hiba.

Tiba-tiba muncul imbasan yang membuatkan Qayla dihamburkan tawa.

****
KLINGG!!

'Qayla, hari ni ada kerja sekolah apa?'
-Iman.

Keesokannya..

KLINGG!!

'Qayla, karangan ni macam mana nak buat?' - Iman.

KLINGG!! KLINGG!! KLINGG!!

'Qayla...'

'Qaylaaa..'

'Qaylaa...'

Setiap hari Iman akan mesej dan bertanya tentang apa yang telah dia terangkan disekolah padanya. Namun masih tetap perlu dia ulangi terus-menerus.

Terasa rimas?

****

Qayla ketawa kecil mengenangkannya.

Kelakuan keanak-anakan Iman terkadang membuatkannya geram. Perasaan benci pada lelaki itu masih ada tetapi ianya memudar. Mengapa..?

Hati Qayla... tertarik pada-

"Eh, Astaghfirullahalazim.." dahinya ditepuk beberapa kali. Baru tersedar dengan apa yang sedang dia fikirkan.

"Eee apa aku fikir ni!!"

Lehernya digaru-guru kerana gatal. Pandangannya tertumpu pada kipas.

Qayla diam sejenak..

"Tapi.." nafas panjang ditarik perlahan.

"Kalau dia adalah yang terbaik untukku, kau dekatkanlah. Jika dia bukan, maka kau jauhkanlah.." tangannya ditadahkan lalu disapukan menyeluruh pada wajahnya.

Qayla berdoa dan memohon.

Kini, dia benar-benar berserah mengikut apa yang telah diaturkan. Dia tidak akan sesekali memaksa hatinya untuk mengubah takdir yang telah tertulis.

Kerana perkara itu, dia sedar betapa pedihnya ketika memaksa sesuatu yang sememangnya bukan untuk dia miliki.

KRINGG!!!

LOCENG setelah rehat telah berbunyi. Kesemua pelajar seharusnya telah berada di dalam kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran yang seterusnya.

You're Mine?Where stories live. Discover now